21 February 2010

Ku Sapu Air Mata Tanda Perpisahan

Alhamdulillah, hari ni, semua yang aku nak rancangkan terlaksana. lepas jer subuh aku dah siap2 nak gie swimming kat umah ita. kak norma & ogie pun join sekali. best gak berendam pagi2. bajet sejuk. tapi tak de nya.. tak sejuk langsung. dapat berenang dengan aman lagi tenteram tanpa gangguan.
balik dari umah ita, terus gie kedai bakeri sebab kak norma suruh aku buat muffin. balik dari tu, lepas kemas2 bilik aku terus buke kedai bakeri. mula2 buat muffin blueberry. rasa macam manis2 masam skit. tapi still sedap.
lepas siap jerr muffin ni, sambung dgan muffin orange pulak.
kak norma yang masak untuk lunch tengah hari ni. aku hanya sempat amik gambo. yang lain2 tu aku tak sempat.
sebabnya aku bz dengan muffin2 aku tu. nampak jerr cam tak pedas. rupanya kak norma letak black paper. kak norma ajar aku makan pucuk mengkudu rebus. aku try sikit jer. sebab seumur hidup aku, aku tak pernah langsung telan. sebab aku tau pahit. tapi tadi kak norma cakap, tak de la pahit sangat, aku pun rasa aarr sikit. mak ooiii pahit ya rabbi. ce mana la boleh makan pahit2 tu.

petang aku tido sejam sebabnya tired giler swimming. kaki aku kejang 2 kali masa dalam pool. tapi bukan masa swim. masa nak kuar dari pool. memang kejang sangat2. padahal sebelum tu, wat cam tu, tak sakit pun. perrgghh kejang giler. sampai skrang masih lagi terasa. lama dah tak kejang cam ni.

petang mujur hujan. sejuk la sikit. aku mandikan jimmy hari ni. err.. baru nampak rupa. semalam fiza dah tegur. pesal kete aku cam nih.. kotor giler. biasa kete aku kalo kotor pun tak de la sampai cam tu.. hehhehe nak wat ce mana.. dah adat balik kg cam tu.

petang aku ngan kak norma gi masjid. maghrib dan isya. kuliah maghrib hari ni tentang alam barzakh. Ya Allah permudahkan perjalanan kehidupan hambaMu yang lemah ini.

malam ni aku wat chocolate cake. esok aku nak bawa ke office sempena my birthday. aku dapat call dari Jatt. punya la lama tak bercakap & jumpa dengan timbalan aku tu. dia cakap aku masih sama cam dulu. see, aku tak pernah berubah pun. aku memang rapat dengan dia masa kat utmkl dulu. dia bukan setakat timbalan aku, tapi as a adik. banyak perkara yang kitaorang share berdua.

Ku Sapu Air Mata Tanda Perpisahan - Sting

Siapa sangka kan jadi begini
siapa duga kita kan berpisah
kutak percaya biarpun kenyataan
Yang pastinya kukan kehilanganmu

Kita sebumbung tapi tak bersama
Kita serumpun tapi tak sekata
Rindu setahun hilang sekelip mata
Lautan kasih di sapa kemarau

Ku ku ku ku derita
Kau kau kau kau berpura
diriku menangis engkau ketawa ooo...

Kau Kau Kau aku sayang
Ku ku ku kau singkirkan
siksa aku selamanya haa...

Ku ku ku tak menduga
Kau kau kau dah berubah
Dalam diam kau menolak cintaku uuu...

Kusedar siapalah diri ini
bagaikan pipit disisimu
Dan kau merak kayangan
kutak di senangi
Kusapu air mata tanda perpisahan











....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment