11 April 2010

sebenarnya...

pagi ni mulanya bercadang nak gie jogging. tapi tak jadi arr.. kak norma balik membawa perkhabaran yang kak roza dah masuk icu. semalam peparu dah di masuki air. platlet darah makin turun. aku doakan moga kak roza makin sembuh. kak norma pun look very tired. nanti, dia jaga orang sakit, nanti dia pulak yang sakit.

hari ni aku tak de plan apa dah.. paling jauh aku gie hari ni adalah ampai kain jerr.. gate depan pun tak melepasi lagi. malas nak kuar

awal2 lagi aku layan movie ni. kalo ada 3D viewer sure best. tapi citer ni memang best.
sambil layan citer ni.. aku mengadap roti canai. ni kak norma beli masa dia balik tadi. sejam baru abis sekeping roti canai. sampai keras2 dah. hehhehe.. sebab dok melayan citer ni. best. kelako plak tu. dah le cekeding jerr ada hati nak join orang tangkap dragon. tapi citer ni.. touching aarrr... sangat sangat sangat.

pastu agenda diteruskan dengan citer nihwalau pun dag basi.. tapi ok aarr aku baru terr nak layan. dulu2 tak berkesempatan. sebijik cam dragon ball. best gak..

habis citer nih aku layan citer nih plakciter ni.. tak leh layan malam2. nanti takut nak turun tangga. hehhehe.. siang2 tak perr.. sebab banyak terkejut2. kalo malam, pasti walau bunyi sikit jerr dah terjaga.. hish.. tak leh.

pukul 3 lebih baru aku start masak. penne with tuna.
satu tin tuna aku habiskan.. punya la heaven rasa ikan. tadi king siap suruh aku makan nasi. rasanya last sekali aku makin nasi, masa jumpe dia aarr.. eehh tak tengah hari jumaat aku ada makan nasi. baru dua hari tak makan nasi maaa.. lom sampai seminggu.

tatau dah nak wat mende. nak tido mata tak nak lena.. maka layan lah citer nih..aku rasa.. hari ni, dah nak muntah2 dah tgok movie. best gak bermalas2 kat umah. tapi kalo hari2 cam nih, mau bosan tahap gaban nih.

petang tadi masa layan blues. kilat sabung menyabung. guruh kuat pulak tu.. hujan jugak la petang tadi. sebenarnya.. apa ye.... tapi.. ni la sebenarnya...

Apa Sebenarnya- Fauziah Latif

Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu

Akan aku berlalu bila tiba saat itu

Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku

Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu

Susah senang hidup dengan mu

Sumpah janji semakin layu

Hingga kini jatuh satu persatu

Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu

Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu

Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku

Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku

Dan yang terbilang kesilapanku

Memang payah dimengertikan

kerana tertutup pintu hati mu

Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran

Yang ingin kau nyatakan

Aku rela terima semua....













....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment