19 June 2010

Malam pesta muda mudi

hari ni, awal2 lagi dah buke kedai dobi.. semua stock2 dari penang, dapat di settlekan dengan jayanya.. jimmy pun mandi awal pagi hari ni. tapi dia.. tak de la menggigil. ramai la pulak anak pak cik nan pagi ni.. patut la pun.. si kecik farhah ada.

wah.. tak sangka pulak sejak dua menjak ni.. mesra alam betul pak cik nan ngan aku. ada jerr citer yang dia nak share ngan aku.. lembu la.. kambing la.. pagar la.. kayu la.. kete dia masuk lubang la.. dan tah apa2 lagi.. aku pun layan la.. al-maklum la se'lenggong' eehh bukan se'lenggong' tapi se'kenering' hahhaha. aku pun.. layan jerr la..

11 lebih baru kak norma balik. malam tadi dia bermalam kat quality hotel. bukannya jauh sangat pun.. kat sogo jer.. tapi punya la hampeh tanak balik umah.. hhaha. kali ni bagi chance sama dia.. dia meeting kat sana sampai malam2 that why la..

petang ni aku nak gie umah pak ngah.. tapi aku tak tahu nak bawa apa.. mulanya nak wat chocolate cake jer.. tapi rasa macam dah selalu dah.. tetiba terlintas puding roti.. lagi pun dah janji nak kasi resepi my puding roti...
nak wat puding roti ni senang jer... bahan2nya cam ni..
1 tin susu sejat
2 sudu butter
2 sudu gula
3 biji telur
1 sudu teh vanila
7 keping roti putih yang di carik2
1 kotak kismis lego

kekdahnya : rendam roti ngan susu sampai kembang. dalam bekas lain, pukul telur pastu masukkan butter dan lain2 tu. then tuang kedalam rendaman roti, kacau hingga sebati. bako la.. apa tunggu lagi...

cream puding:
1 cawan susu sejat
1/4 cawan gula pasir - kalo suke manis lebihkan.. kalo tak suke, kurangkan
1 sudu teh vanila
2 sudu makan tepung kastard

campur sesemuanya. panaskan hingga sekali didih. kalo pekat sangat, campur air... semuanya boleh di adjust... senang jer... makan pun sedap.

masa kat umah pak ngah, tak sangka laku la pulak my puding. sejam jerr kot kat umah pak ngah pastu aku gie spital. bawak 2 ketul puding kat mak wah. dah 2 hari kat HKL. tak tahu sampai bila dia akan menginap di sana. may be sampai lepas habis kimo & radiotherapy. lama lagi tu... hope semuanya berjalan dengan lancar.

aku gie pasar malam ngan kak norma. beli buah2an, sayur2an, ketam serta udang dan macam2 lagi sampai tak larat nak bawa..

malam ni.. layan citer ni.. rasa macam 1st time jerr tengok citer nih. kelako abis..misi malam ni.. nak edit & combine video clip. semuanya semata-mata kerana dinner 29hb nih. hope menjadi la nanti apa yang aku nak buat. mudah-mudahan..

lagu paling popular dalam carta sejak dua menjak ni.. ialah lagu nih

Malam pesta muda-mudi - Saloma

Malam pesta muda mudi
Bertemasya dan menari
Suka ria dalam hati

Sungguh ramai malam pesta
Muda mudi bergembira
Hilang rasa duka

Kita bernyanyi sungguh merdu
Menghibur hatiku
Marilah oh kawan-kawanku
Jangan malu

Malam pesta muda mudi
Banyak kisah yang terjadi
Hilang rasa hampa






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment