19 November 2010

letih weeiii

Pagi ni letih sebab malam tadi tak cukup tido. Pukul 10pm jerr semua dah landing. Termasuk aku.. then pukul 1am lebih, aku bangun. Ujan punya le lebat. Lepas jerr solat.. mata dah segar.. rupanya pah pun dah bangun.. hasilnya.. aku bersembang ngan pah sampai pukul 5am. Mak join pukul 3am. Achik n angah yang dok tido sebelah aku ni.. marah2 kat kitaorang sebab bersembang dekat dengan dioarng nak tido.. macam2 topik ada..

Memang malas betul nak angkat segala meja, kusi n sofa2 ke hall semula.. mak & achik gie pej agama. Sebab nak submit borang dan tah apa2 tah di cari lagi.. kat bandar tu.. semuanya berkaitan dengan achik la jerr la..

Achik kan.. dia ni mmg tak aci.. orang sibuk2 wat preparation untuk dia,.. dia sibuk2 wat drawing. Dia nak siapkan sebiji umah bungalow by next week. Tetiba plak dapat project. Lumayan plak tu.. so, tu yang dia nak siapkan juga. Tuan punye umah tu kasi achik lcd tv for hadiah kawin dia.. besar mana, achik tanak bagi tahu. Dia kata, biarlah rahsia.. cesss... poyo jerr... tu yang kitaorang dok bodek2 supaya letak kat umah mak nih.. hehehehe... ala.. dia akan balik sini gak.. amirol kan keje kat penang..

Aku kat umah.. menyiapkan project2 wat bunge untuk achik.. di bantu oleh angah tolong potong reben serta mak wah yang dalam tak larat tu nak juge menolong... pah tolong tengok jerr.. dia cakap ‘kalo semua cucu pah, tangan macam along kan senang.. pegang kain jadi baju, pegang bunga jadi gubahan & pegang tepung jadi kuih.. ‘ ni yang aku bengang ni.. masa bila pah nampak aku pegang tepung.. always guna sudu jerr... peerrgghh ni kira bodek tahap dewa pah nih.. dia tak tahu.. kalo cucu dia ni malas, satu sen pun tak guna.. hahhaha.. biasanya malas tu lebih banyak dari rajin & kalo dah terpaksa tu.. mahu tak mahu.. kena la jugak.. dah terpaksa kannnnnnnn

Ni le hasilnya... 13 kuntum munge.. lagi dua, achik cakap dia nak guna fresh flower. Ske ati la..

Then aku sambung baking choc cake untuk my lovely harith.dia memang suke dengan my cake..

Tengah hari tu.. achik balik ngan mak.. tapi borang kat pejabat agama, masih lagi tak selesai.. dah berkali2 dah gie.. tu yang mak bengang tu.. mak cakap, ‘nak kawin pun susah’ hasilnya pukul 2 lebih aku ngan achik kuar semula. Tujuannya gie pej agama semula & gie klinik cari ubat mak wah n pah. Puas pusing satu bandar, tapi jenis ubatnya tidak ketemu. Sementara nak tunggu pej agama di buka, aku teman achik gie butik pengantin. Nak hantar spider yang aku guna semalam. Hari ni, achik tuko lagi baju persalinan majlis dia. Dah dekat 4 kali dah dia tuko sementara nak tunggu 18hb akan datang.. sampaikan akak kat butik tu.. fenin dah ngan achik..

ni yang paling latest yang menjadi pilihan dia.. mirol akan pakai baju kaler putih. Ok le.. sebabnya amirol dah warning dia siap2 dah.. dia tanak pakai baju kaler pink.

Then aku teman achik ke pejabat agama. Maka selesai la urusahan penyerahan borang2 achik. Berkali2 gie.. baru okey..

Balik dari tu.. pah, mak n mak wah serta achik, siap2 untuk gie ipoh. Gie mana lagi.. kalo bukan umah pak tam. Diaorang bergerak dari umah mak dalam pukul 5pm lebih. Hasilnya tinggal la aku ngan angah berdua. Mujur dalam 8pm lebih lim balik umah.. bertambah la ahli umah ni..

Hari ni, aku mendapat satu perkhabaran yang aku tak pernah imagine langsung dari enche affa. Pelik tapi benar.. itulah hakikatnya.. pada aku, ianya memang mustahil. Sangat2.. tapi tu le namanya takdir.

Malam ni, aku wat chocolate box untuk achik...

Ni le hasil keras tangan aku nih..

malam ni abang lim balik. ingatkan aku tinggal berdua jerr ngan angah... mujur bertambah lagi sorang.. perkara pertama dia mintak adalah nak tengok gambo on my day.. so, aku pun kasi le...

Dah dah jom tido.. aku dah tak larat sangat dah ni..



....from kekwa22 with love....

2 comments: