26 April 2011

photography exhibition

pagi ni, aku kena bagi talk about 5S. apa itu 5S? tanya pakcik google
lepas jerr cakap sejam lebih tak henti2.. aku gie melawat production. aku dengan mood baik.. dan sangat bermotivasi hari ni..

terima kasih yerr enche affa sebab teman aku wat slide kat mcd malam tadi. kalo tak, sure aku hangin ngan pc slow. mata pun celik jerr sebab ramai orang. bila balik umah, ingat nak sambung buat, mata aku hanya tahan 10 minit jerr.. pastu bermula lah episod lena di ulit intan. hancussssssss. thanks yerr king sebab tolong carikan slide. len kali, tolong lagi taw..

lepas jerr sessi talk2. terus spoil. seriusly spoil. orang yang menspoikan aku adalah orang yang sama dengan isu yang sama. seriusly memangggggggggg................. len kali, no way man. belajarlah bersyukur sebab dah ada orang tolong. macam bagussssssssss.. kalo dah bagusss sangat, buat la.. ni tak. X@%^*&)@% ... bukannya nak ucap terima kasih sebab dah tolong wat. ni, berlagak lagi ada. bila bagi history sebab munasabab kecoh plak.

ni 1st & last aku buat. next time, sorry. bagi diaorang buat semua. lantak aarrr.... alasan bodo2 lambat ke, tak de orang nak buat ke, customer nak kata apa ke... lantak.. aku malas layan dah.. kalo bagus sangat, buat la sendiriiiiiiiii. jangan pandai bagi alasan jerr...

esok, exhibition enche affa akan berlangsung.. under UTM dan ditaja penuh oleh canon. 1st time dia wat exhibition cam nih. kalo setakat gambor2 karya dia tergantung kat mana2 dah banyak dah... contohnya gie jerr jj mana2.. gambo2 karya enche affa banyak... kalo diaorang dah turunkan, maka, tak de lah yerr... tapi yang exhibition ni.. dia 1st time involve.


alhamdulillah karya enche affa terpilih sebagai poster besar untuk website nih.. tahniah yerr sayang.. nanti boleh wat lagi baik dari yang ni.. semoga ini adalah titik permulaan untuk pergi lebih jauh ke dalam bidang ni..

ni, geng2 enche affa dgn main karya masing2. setiap sorang kena bagi 10 keping gambo yang cun giler lagi canggih manggih. setakat aku amik gambo guna henpon ni, jangan berangan la..

kalo nak nengok sumer hasil2 karya enche affa n the gang, gie The Annexe Gallery, Central Market dari 27 April sampai 1 mei 2011. di buke dari 10am sampai 7pm. boleh le berkenal-kenalan dengan diorang sumer. kalo sesapa nak minta khidmat dalam bab2 photo ni, untuk apa-apa majlis or untuk kommersial, silakan yer.. ni le masanya untuk bertemu dan bertentang mata serta beramah mesra dengan bakal2 photographer tersohor suatu masa nanti. esok2 bila diorang dah glamer tahap dewa.. bukan senang lagi nak jumpe.. kan kan kan. lagi pun kena bayo mahal.. hehehhe... tukang promote, kena bayo 10% yerr... let imagine, .. enche affa 10%, umar 10%, shu 10%, abg munir 10%, podya 10%, ardi 10%, sidi 10% dan lin 10%. maka aku dapat 80%. best2. i like. aku kayee

enche affa dengan wajah yang cukup ceria lagi bangga dengan hasil karyanya. gambo 360 degree tugu negara tu memang unik. gambar klcc yang kat sebelah tu.. dah tayang dulu kat sini berbaloi penat lelah enche affa siang malam pagi petang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena. sebab dok mencari idea ce mana nak menghasilkan karya2 yang marbeles untuk menjadi bahan exhibition ni. sampai aku nyaris2 nak majok dengan dia.. tapi belum majok aarrr... nyarissssssss jerr... heehhehe. (pastu dapat cekelat) best2. pasainya.. orang dok sibuk hal nak nikah kahwin dia dok sibuk ngan gambo2 dia jerrr.

then bila dia dah tak sibuk dengan gambo2 dia, dia plak dok sibuk dok tanya ku, dah siap kemas? jawapannya belum. esok dia tanya lagi.. dah start kemas? jawapannya belum. bila nak kemas ni? jawapannya nanti aarrr... esok2 dia plak majok ngan aku sebab tak kemas2 nak pindah umah dia.. eerrr kalo tak pindah bleh? hahhaha.. aku confirm enche affa tak majok... tapi silap2 aku plak kena cepuk. hahhaha

patut la enche affa dok menanya aku.. rupanya masa dah nak time. adooiii.. lagi 3 minggu lagi rupenya. patutlahhh.. tapi aku belum siap lagi membuat persiapan kearah menuju raja sehari. wakakka.. statement tak bleh blah.

jom semak senarai checklist persiapan majlis perkahwinan.
- gubahan hantaran - belum siap pun dok dalam plastik, tepi katil jerrr
- baju nikah - kain jerr ada sekeping 4m dan sekeping lagi 2m. belum jadi baju, bila nak siap aku pun tatau. no idea.
- kad jemputan - belum di edarkan. yang dah dapat kad cuma idris & hasrul jerr.. sebabnya emran nak gie melepak ngan diorang, aku kirim.
- door gift rombongan pengantin - aku belum nengok lagi. achik yang beli. tataw nak wat ce mana. masuk beg plastik jj sudah la kot. banyak stock beg plastik jj kat umah.
- door gift untuk tetamu yang len.. pak cu dah janji nak sponser 500 biji muffin. Alhamdulillah. tapi kad jemputan untuk pak cu belum bagi lagi.. heheheh
- kek pun belum tempah lagi. aku tatau kalo nak simpan mana kalo beli. peti sejuk mak, muat seketul jerr.. lagi 2 ketul aku tatau nak letak kat mana.

kalo aku tak pikir mende2 ni, aku tak stress. kalo aku pikir.. mula la gelabah. so, moral of the story, layan jerr....

hujung minggu ni aku nak balik kampung sebab nak wat kenduri arwah ayah - al-Fatihah. serta mesyuarat lauk pauk sempena majlis perkahwinan aku. next weeknya aku dah janji ngan linda nak pi tido umah dia sempena dia nak bertunang. paginya plak aku gie PD. kalo STE jadi le wat family day on that day. next weeknya aku dah balik kampung, cuti panjang. mana ada masa nak kemas.. huuhuhu... hari2 bekerja bukan tanak kemas.. tapi penat aarrr.... keje banyak kat opis.. balik umah dah letih tahap dewa. babai la to kemas. kepada sesapa nak tolong kemas, sila angkat tangan. jangan malu2.

lama giler aku tak wat roti. so, malam ni.. jom meroti sebelum aku masuk kotak, aku nyer BM

asal usul resepi, ambil kat sini yerrr

380gm tepung high protein (tpg roti)

3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

aku masukan inti kacang merah sebagai inti
gebusssssss my roti taw..

pesal aku rajin sangat hari ni? sebab aku penat. aku nak rest otak aku ni... malas nak kemas sebab barang2 tu berat.. wat otak aku jadi berat jerr... tapi dengan mengadun roti2 ni. lapang fikiran aku... esok pagi boleh wat sarapan.



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment