21 May 2011

For my love

Sebenarnya kekwa22 minta sy tuliskan sumting sebelum saya dapat title her hubby. Lagi 3 jam jerr lagi nih.. masih ada masa.... dup dap dup dap. Ketaq segala dah nih.

Apa yerr nak tulis.. susah gak kan nak mengeluarkan apa yang dirasa dalam bentuk perkataan.. kalo tak berapa nak paham.. sila paham2 sendiri la... bab2 ni, saya memang kureng...

Mulanya di sini.. ku kenali hati mu... (lagu seha & kumpulan freedom, dolu2).

Saya mula mengenali kekwa22 dari blog ni le.. (that why dia suruh tulis sumthing kat blog dia). Dari sini saya mengetahui suka duka kehidupan kekwa22. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dari sini saya teruja untuk mengenali siapa diri kekwa22. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan kekwa22 hanya melalui blog dia. Pelik tapi benar. Di sini ada satu aura. Saya melihat dan mengenali diri dia dalam blog ni. Sebab bagi saya dalam blog ni, ada satu jiwa. Jiwa kekwa22.

1st time nak jumpa kekwa22 ni.. huh!!! Naik semput saya di buatnya. Mula2 nak jumpa kekwa22 ni, plan lepas aidilfitri. Tapi tah ce mana tah.. tetiba jerr boleh jadi berani nak jumpa kekwa22 lebih awal dari tu. Bila di ingat2 balik, tak sangka plak.. yang kekwa ni akan jadi my wife satu hari nanti.. masa 1st time nak jumpa dia, rasa macam nak gugur jantung, macam-macam perasaan ada. Mujur la ada Armand, kalo tak, mahunya saya pitam sebab kekurangan oksigen. Tapi kelakar jugak 1st time dating bawa anak. Mana ada orang buat.

Di pendekkan cerita, sebab saya ni bukan pandai nak menulis, nanti, spoil plak. Ni pun dah habis keluar peluh jantan betina semata2 nak buat karangan. Lama dah ni tak buat karangan. Mujur kekwa22 tak bagi limit berapa banyak perkataan kena ada. Kalau tak, buat kata Armand, ‘boleh pengsan ooo’

Sedar tak sedar, saya dah jatuh cinta dengan kekwa22. Tak sangka plak saya boleh cayor dengan kekwa22 ni... may be sebab dia nyer quote ‘to know me is to love me’ makin lama saya kenal dia, makin saya menyayangi dia. Sebab itulah diri dia. 'to know me is to love me'

Kenapa yerr saya boleh jatuh cinta dan menyayangi kekwa22, ni fakta bukan auta atau membodek semata2.

Saya memang tertarik dengan kesabaran kekwa22 melayan saya dan Armand. Saya memang terpikat dengan kejujuran dan tingkah lakunya... saya selesa bila bersama dengannya. Dia membuatkan saya jadi diri saya sendiri. I feel lika a man. Bukan bermakna saya bukan ‘man’ before, tapi saya akan ’feel like a man’ bila bersama dengan dia dalam semua situasi. Kekwa22 membuatkan saya merasai seperti seorang lelaki yang sempurna, kerkeyakinan dan begitu istimewa.


Sikapnya yang bersahaja sering membuatkan saya terhibur. Dia selalu dan sentiasa bersama dengan saya dalam segala situasi. Tanpa jemu dia melayan karenah saya dengan Armand. Dia sangat2 memahami dan sudi menjadi pendengar yang setia. Dia sentiasa berada di sisi di saat2 saya memerlukan. Dia sentiasa memahami dan memberi sokongan dalam apa jua perkara yang saya lakukan.

Dia seorang yang caring. Sangat2. Dialah alarm clock saya. Seringkali mengingatkan andai terlupa. Dia juga mengajar saya tentang sumthing yang advanture. Dia selalu membuat saya tersenyum sama ada bersama, bercakap dengan telefon ataupun sms. Ada sahaja idea2 dia yang nak mengenakan saya. Kekadang tu memang geram. Bukan kadang2 tapi selalu. Tapi itulah yang menceriakan kehidupan. Saya memang senang dengan sikapnya. Apa yang penting dia menjadi diri dia sendiri. Tidak hipokrit.

Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka yang kekwa22 sudi menerima saya dalam hidup dia. Semuanya adalah takdir Allah SWT

Sehingga disini, tiada berpaling lagi, (sambung lagu seha & kumpulan freedom, dolu2).


Doakan kebahagian kami berkekalan dan berpanjangan.

Sekian
enche affa.



....from kekwa22 with love....

4 comments:

  1. selamat pengantin baru utk kekwa22 n enche afffa...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  2. sooo suwiiittt... :)

    slmt pengantin baru utk akak n en affa..mg sabar dan tenang hadapi asam garam berumah tangga, kekal sampai JannahNya..amiin..
    :)

    -maksu

    ReplyDelete
  3. I just came back from montreal canada and its too bz for me.. and just to make u know that i'm working back as an engineer with Flight Safety. terpaksa lah.. so i'm so sorry tak dapat hadir..

    ok.. hope tak terlambat to wish u both.. Selamat Pengantin Baru semoga beroleh keberkatan oleh Nya hingga ke akhir hayat..

    wat effa.. jaga kekwa seperti jaga diri effa sendri.. jika terdapat pertelingkaran.. itu asam garam berumahtangga.. tulisan effa.. wow..!! ada bakat..!! so jika terjadi majuk2 tu.. baca semula tulisan ini.. insyaAllah bila ingat kenangan2 yg manis.. hilang smua duka.. kekwa pun sama.. jangan dok suka mengenakan effa slalu.. but i know u are great woman.. jaga diri effa macam jaga diri kekwa sendri..

    wahhh.. pokcik dah mula bebel... hahhaha

    haaa.. janji sponsor air sirap masa majlis terlepas.. mmm tukar kasi hadiah lah nanti.. boleh kan.. hehee

    kalo gi JB tu.. singgahlah ke rumah tau..

    salam manis dari..
    Pokcik >> abang mu JB

    ReplyDelete
  4. terima kasih king
    thanks maksu
    thanks pokcik

    doakan rumah tangga yang kami bina ini bahagia hingga ke akhir hayat. semoga ikatan ini di berkati dan di redhai Allah SWT dunia dan akhirat.

    err.. pokcik.. sikit2 tak perr baru la meriah

    ReplyDelete