17 July 2011

makan2 hujung minggu...

hari ni, best friend enche affa, yeop sekeluarga datang umah hari ni.. kira ni le 1st diaorang datang. yeop suami isteri dan 3 orang anaknya. sebenarnya dah plan lama dah.. baru hari ni menjadi kenyataan. maklum la masing2 bz. before kahwin, kitaorang ada gie umah diorang. makan2 kat sana. so, bila diorang datang.. kena le makan2 kat umah kitaorang plak.. tak kan nak wat ayor bujang jerr.. eerr lagi pun dah kawin kannnnnnn.... enche affa cakap, kite wat nasi beriani jerr lahh... aku plak.. ok jer.. bisa diatur...

Nasi beriayani
resepi ambil kat sini yerr... setakat ni, wat guna resepi ni jer.. sebab marbeles

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

dah comei kan nasi beriani aku ni..

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.



Beriani Ayam
resepi, ambil kat sini yer... tapi, kambing di tukar kepada ayam.

Bahan A (Penumis)
1 kilo ayam
5 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
1 btg kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang
Bahan B (mayang)
3 buku bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
6 tangkai cili hijau
2 biji buah tomato
Bahan C (rempah)
1 peket rempah Beriani Babas
1 peket serbuk cili
Bahan D(Kisar )
10 biji buah tomato
10 batang cili hijau
5 buku bawang besar
secekak daun ketumbar
secekak daun pudina
Bahan E (yogurt)
1 tin susu cair
1 biji limau nipis - perah kedlm susu. biarkan 20m.
Bahan F (goreng dan tumbuk halus)
10 biji badam
10 biji gajus
15 biji lada hitam
1 keping gula melaka
Langkah-Langkah memasak :-
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis seperti dalam gambar
  • Masukkan bahan B yang telah dimayang . Masak hingga layu dan wangi
  • Masukkan pula bahan C dan masakkan.
  • Masukkan bahan D dan kacau biar serata.
  • Kemudian masukkan yourt, gula kabung, badam, gajus, lada hitam dan garam
  • Akhir sekali masukkan ayam dan masakkan hingga pekat.
  • Angkat setelah lauk hampir kering dan rasa garam.
  • Siap untuk dimasak semula bersama Nasi Beriani .
enche affa cakap, beriani ayam ni, lebih sedap lagi dari before nyer beriani ayam..

Acar timun
Bahannya..
1/2 batang timun di racik memanjang
1/2 batang carrot di racik memanjang
1/2 biji buah nanas di potong nipis
1 ulas bawang besar di potong nipis
3 sudu cuka makan
1 biji cili merah di potong nipis
1 sudu gula
1 sudu kecil kapur makan
garam secukup rasa

kekdahnya...
rendamkan timun dan carrot kedalam air bancuhan kapur. biarkan 10 minit. basuh dan toskan.. campurkan kesemua bahan dan gaulkan sebati... senang giler nak wat.

cantik kan kaler2 acar ni..

sambal terung
bahannya
5 biji terung di belah 2
2 biji bawang merah di kisar lumat
2 biji bawang putih di kisar lumat
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
sejemput ikan bilis di belah 2
3 sudu cili giling
1 cawan air
1cm belacan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

kekdahnya..
panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. masukan cili. biarkan hingga naik minyak atau sedikit garing. masukkan air, terung, belacan, garam, serbuk pati ayam dan ikan bilis. biarkan didih dan sedia untuk di hidang.

ni, ayam & ikan panggang.
nak merasmikan grill yang baru beli. semalam, gie jenjalan kat jj maluri.. tak de plan apa pun.. sajerr jerr... lagi pun kira 1st time le aku gie jj nih. selama ni, dengar jer... tiba jerr kat kichenware, enche affa offer kat aku, nak tak grill.. weeii mana boleh tanakk.. nak lerr... so, tangkap le sebiji. kebetulan ada sale.. alhamdulillah.. terima kasih yerr sayang.. nanti beli hat len plak yerr....

ni, le rupe grill baru.. sesapa berkenan.. gie aarr beli kat jj. tengah sale ni..

so, ni lerr ikan dan ayam di panggang kat atas tefal grill ni. tak melekat langsung... boleh le selalu2 wat BBQ. tunggu kemunculannaya........

kalo nak wat ayam panggang macam aku wat, ni bahan serta kekdahnya..

bahannya
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu 5 spices powder
1 sudu cajun
1/2 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa

kekdahnya
gaulakan kesemua bahan dan masukkan ayam serta ikan. perap selama 2 jam. bakar le atas tefal ultracompact grill.

ni, plak sos pencicah.ni, aku wat version nasi arab nyerr pencicah. errmm ita, suke betul dengan sos ni..

bahannya
1 biji tomato dibuang biji
1/2 batang timun di buang biji
3 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil serbuk belacan
1 tangkai cili merah di buang biji
1 sudu jus lemon
garam secukup rasa
1/2 cawan air

kekdahnya..
masukkan kesemua bahan dalam pengisar, kisar hingga lumat. settle....

ni, plak dalca sayur
bahannya
1 biji kentang di potong 4
1 biji terung bulat di potong 6
1/2 batang carrot di potong kasar
2 ulas bawang kecil di kisar
1cm halia di tumbuk lumat
2 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari ikan
1 kiub ayam
1/2 cawan santan
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

kekdahnya
tumis bawang merah, bawang putih serta halia bersama bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau. masukkan rempah kari. biarkan hingga sedikit garing. masukkan santan dan rebus kentang hingga empuk. masukkan carrot dan terung dan garam serta kiub ayam. biarkan didih. apabila terung sudah layu, tutup api dan hidangkan...

buah2an kena ada kan..

ni plak sebagai pencuci mulut. coklat trifle.

lapisan 1

bahannya
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan dadih
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda karbonat
1/2 cawan air
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan minyak
5 sudu besar serbuk coklat.
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil perasa kopi.

kekdahnya
panaskan oven. ayak semua bahan kering dan ketepikan. pukul minyak dan gula icing hingga sebati. masukkan kesemua bahan di ayak bersama esen vanila dan perasa kopi serta susu dan air. pukul selama 3 minit. tuang dalam bekas dan bakar dalam oven dengan suhu 170*C sehingga masak

lapisan ke 2

bahannya
200ml susu sejat
3 sudu besar tepung kastad
secubit garam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan gula.

kekdahnya
campurkan kesemua bahan dan panaskan hingga didih. tuangkan keatas kek coklat. biarkan sejuk

lapisan ke 3
1/2 cwan wiping cream
200gm coklat masakkan
2 sudu serbuk koko
3 sudu icing sugar
1 sudu butter

campurkan kesemua bahan. panaskan secara double boil sehingga semua coklat menjadi sebati. tuangkan diatas adunan kastad dan hias dgn kepingan coklat. sejukkan..

aku mula masak sesemua ni pukul 10am dan siap sesemuanya dalam pukul 1pm. tak de la ambil masa yang lama sangat pun... 3 jam jerr.. bertapa kat dapo. enche affa tolong bako ayam dan ikan. dalam 1.30pm angah datang umah. aku memang suruh dia datang untuk makan2 kat umah. lagipun dia bukan nak pi melepak kat mana pun..

masa aku menghidangkan menu our lunch ni, yeop cakap, menu kenduri kahwin dulu ke?.. hehhe.. sajerr jerr menyambut diorang.. datang umah. lagi pun masa kenduri ari tu, yeop sekeluarga tak dapat datang. errr 21hb ni, genab 2 bulan aku ngan enche affa bernikah-kahwin. kejap jerr masa berlalu..

errmm.. enche affa cakap, kalo nak tahu sedap atau tak apa yang kita masak, tengok orang yang makan tu.. tambah berapa kali. kalo sekali jerr (sebab dah kenyang) may be kureng sedap. tapi enche affa cakap, yeop tambah 3 kali.. so, apa maknanya.. errr tentu le sedap kannnnnnnnnn.. alhamdulillah, anak2 yeop pun suke.. sebenarnya diaorang semua dari PD. cuti2 mesia kat sana sejak jumaat yang lepas. memang suruh diorang lunch kat umah. aku memang cukup berpuas hati kerana apa yang aku masak, mendapat sambutan yang menggalakkan.

topik hari ni, citer pasal nak gie umrah jerr.. sebanya last april yeop & his wife gie sana. so, tukar2 citer la.. errmm lagi 3 minggu jerr lagi.. tak sabo dah nak gie ni.. maknanya lagi 2 minggu kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan. ahlan wa sahlan.. ya ramadhan

err.. macam tak cukup jerr set pyrex aku ni.. yang dok ada ni, dapat hadiah kahwin + achik beli kat langkawi. sebijik lagi tinggal kat ipoh.. patut le pun rasa macam tak cukup 1 tadi.. errrr sape la nak sponsor lagi ni... sape2 yang dapat bonus.. sila angkat tangan... boleh jerr nak menge'pow' ni... ooowwhh enche affa wat malu2 kucing plak.. hehhehee.. muaaahhhsss

lepas jerr yeop sekuarga balik, semua orang dalam umah ni.. tergolek.. tido.. hamboi2 kenyang perut suke hati nampakkkkk.. masing2 tergolek kat hall. on jerr aircond.. terus mata sumer orang jadi layu2. aku jerr yang nengok diorang lena di ulit intan.. jeles betui... apa nak buat.. tak boleh nak join diaorang ni sleep.. huhuhuhu... sebabnya mata tak leh nak pejam.. lagi pun tak ngantok langsung. maka aku pun menghapdet la aku nyerr blog.. dengan aman damai tanpa gangguan... hehehhe...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment