30 September 2011
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah. aku bersyukur dengan kurniaanMu. Terima kasih. Alhamdulillah syukur sangat2.
weekend lepas dok kat umah jerr.. tak wat apa pun. aktiviti utama ialah berpeluk dgn armand. dari pagi sampai ke malam. yang dia plak, tak main mende lain.. berpeluk jerr dengan mama. sampai enche affa pun naik rimas. aku? huhuuu tatau nak kata le... lebih lagi la rasanya. tak leh wat apa. kalo berjalan.. kedepan dia kedepan, berjalan ke belakang, dia ke belakang. bila berbaring kena peluk. duduk pun kena peluk. 'man suka mama ada kat umah' tu jerr la modal dia. tetiba jadi manja bukan main.
ni, our on tuesday.
ni, nasi goreng untuk enche affa dan man.
bersama2 dengan tomyum ayam
aku nyerr.. mee tomyumni plak, shawarma
kalau gie restoran arab, aku memang suke nih.. cam kebab la. masa kat mekah pun cari shawarma gak.. ni, aku nyer shawarma...
makan 1 jerrr dah kenyang
kalo ada sesapa yang nak wat.. cam yang aku nyer version, cam nih..
bahannya
daging
200g daging di potong nipis
1 sudu minyak zaitun
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk 5 spices powder
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa
kekdahnya..
gaul kesemuanya dan perap selama 30minit
bahan shawarma
roti tortilla
daun salad
jejari kentang yang di grill
mayonese
sos cili
kekdahnya...
letak kesemua bahan cam ni,pastu.. gulung...sedia untuk di makan.....
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah diatas segala pemberianMu. semoga aku tergolong di kalangan hambaMU yang bersyukur.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
26 September 2011
Tahniah enche affa
alhamdulillah, syukur pada Allah swt diatas rezeki yang dikurniakan.
Terima kasih banyak2 sebab kasi kat isteri terchenta. maknanya enche affa tolong ambil jerr.. balik jerr umah, terus jadi milik isterinya. siapakah isterinya itu? aku arrr.. sape lagi... heeheh muuaahhhhssss... Alhamdulillah. ada hikmahnya Allah menetapkan emas itu haram untuk kaum lelaki memakainya.
sempena dapat meja baru, sangat2 seronok wat keje sekolah. meja yang lama, dah patah kakinya..kalo anak mama ni, tengah noti n tak leh control tahap ke aktifanya, sila bagi dia buku atau wat soalan matematik. sure dia dok diam. kalo tak, jangan harap. tekun tuuuuuuuu
sampai moncong2 muluthasilnyamesti dapat A dan 5 bintang. seronok gilerr...
ni, plak, tiru mulut frog
dah la lately ni kuat sesangat mengadu. kalo enche affa buat salah, tentu dia mengadu kat mama. kalo mama dia wat salah, terus jerr ngadu kat bapak. tapi biasanya bapak la yang selalu kena. sebabnya.. man kan anak mama & bapak. hehehehe...
hasil kerja malam ni
tapi awas, kalo gie soping complex, sila elakkan dari gie tempat yang ada poster macam ni. sebab kat situ mesti ada jual cars collection. boleh pengsan oooo kalo kena pawpeminat fanatik cars. suke giler kalo dapat baju cars collection cam ni. kalo boleh, hari2 nak pakai. sampai cepat sungguh jadi buruk.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
25 September 2011
makan2 di rumah no 41
so, jumaat malam sabtu, aku wat kulit tart untuk strawberry cheese tart.
tak de la wat banyak sangat2 sikit2 jerr untuk kengkawan.
resepi ambil kat sini yer.. aku copy pes jerr. resepi ni, memang best sebab tu kalo wat cheese tart, guna resepi ni jerrr
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
corak aku untuk malam ni, ni jerr idea untuk malam ni...
sementara nak nunggu sejuk...orang yang paling tak sabo2 ialah... jeng jeng jeng
mata terus jadi beso...
tu dia... aksi, betapa marbelesnya cheese tart mama. sampai sepet2 mata.. menikmati. padahal mata dah cukup beso.tu dia... tak abis2 lagi ngan cheese tartnya..
then baking choc cake
resepi ambil kat sini yerr. tapi aku copipes jerr
Method
1.Warm your oven at 160C, prepare your baking tin...I decided to double this recipe and bake in a 9x12 inches tray and slice the cake!
2.Sift flour,cocoa powder, salt, bicarbonate soda in a bowl.
3.Whisk butter and sugar and brown sugar until light and fluffy, add egg and vanilla and beat until combined.
4.Add the flour mixture in 3 additions alternating with water and buttermilk, beating on low speed until just combined. Pour in cake tin.
5.Bake for about 35 minutes. Serve with Chocolate Ganache
kek yang oren tu, wa armand kasi. butter cake.
resepi, ambil kat sini yerr. ni, dah di kopipes...
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- 1 sudu teh esen vanila
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
rendang ayam
resepi, sama jerr macm dulu2. ambil jerr kat sini
ni, plak apa yerr nama dia.. lupa la plak..
nak masak dia senang jerr
bahannya
1 pack rigati pasta
200g dagis kisar
1 biji bawang besar di blend halus
2 ulas bawang putih di blend halus
2 sudu cajun
1 cawan sayuran campuran
1 ikat saun saderi
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
kekdahnya
rebus pasta hingga lembut. toskan. panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. masukkan daging. biarkan seketika dan kacau supaya daging tak berketul. masukkan pasta di ikuti dengan cajun, lada hitam dan sayur campur. kacau sebati dan masukkan garam. tutup api dan masukkan daun saderi.
ni, plak nasi beriani
pada sesapa yang tak makan kambing, ada le pilihan. resepi sama jerr macam kat sini
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
beriani ayam sebagai lauk.. errmm lupa nak ambil gambo. tapi sama jerr la cam ni.
resepi pun sama
Bahan A (Penumis)
- Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis seperti dalam gambar
- Masukkan bahan B yang telah dimayang . Masak hingga layu dan wangi
- Masukkan pula bahan C dan masakkan.
- Masukkan bahan D dan kacau biar serata.
- Kemudian masukkan yourt, gula kabung, badam, gajus, lada hitam dan garam
- Akhir sekali masukkan ayam dan masakkan hingga pekat.
- Angkat setelah lauk hampir kering dan rasa garam.
- Siap untuk dimasak semula bersama Nasi Beriani .
Bahannya..
1/2 batang timun di racik memanjang
1/2 batang carrot di racik memanjang
1/2 biji buah nanas di potong nipis
1 ulas bawang besar di potong nipis
3 sudu cuka makan
1 biji cili merah di potong nipis
1 sudu gula
1 sudu kecil kapur makan
garam secukup rasa
kekdahnya...
rendamkan timun dan carrot kedalam air bancuhan kapur. biarkan 10 minit. basuh dan toskan.. campurkan kesemua bahan dan gaulkan sebati... senang giler nak wat.
ni, plak dalca sayur
nampak kuah jerr
ni, plak, main dish. nasi arabkambing gituuuuuuuu
resepi macam ni yerr. resepi asal, ambil kat sini. tapi aku dah adjust2 sikit mengikut kesesuaian.
cam ni yerr bahannya
- Kambing hendaklah dicuci dgn tepung gandum dan air
- Masukkan kambing itu ke dalam pressure cooker bersama air lebih kurang tenggelam sikit je kambing tu.
- Masukkan 3 sudu besar bawang putih blended
seketul sederhana/besar halia yg ditumbuk halus
Step 3 beras
Basuh beras basmathi dan buang air sebanyak mungkin.
Untuk 2 kg kambing, saya biasanya guna 3-4 cawan penyukat beras tu je.
Step 4 menyediakan barang2 menumis
- sebiji lemon
- seikat kecil daun ketumbar
- 1-2 biji tomato yg dibelah 4-6
- sebiji bawang besar (merah) dipotong 8-12
- 1-2 sudu besar bawang goreng
- segenggam kacang gajus,
- 2 genggam kismis,
- 2 kiub ayam
- sedikit kayu manis
- sekuntum bunga lawang
- 5-7 biji cengkih
- 4-5 biji buah pelaga
Step 5 menumis dan taruh satu demi satu
- 2-3 sudu besar minyak sapi dipanaskan di dalam kuali
- masukkan kacang gajus dan goreng sehingga perang sedikit shj
- kdn masukkan kismis, pun kejap je
- then terus masukkan rempah 4 beradik tu, pun sekejap juga
- masukkan pula sesenduk dua air rebusan daging supaya tak hangus bahan goring tadi
- masukkan kiub ayam
- pindahkan ke dalam periuk nasi berisi beras tadi
- masukkan air rebusan ikut sukatan beras, tapi saya biasanya lebihkan 1 sukatan ie kalau 4 cawan beras, masukkan 5 cawan air tu
- masukkan daun ketumbar
- ambil lemon, golekkan dulu sebelum dipotong dua, perahkan terus ke dalam periuk tadi(jangan masukkan bijinya)
- masukkan bawang besar dipotong, bawang goreng, tomato yang dipotong
- masukkan 1/2 sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)
- kacau biar rata
- masukkan kambing di celah2
1st time buaterrmm marbeles. celah2 nasi ada kambing...
ni plak, sape tak tahu, meh sini nak potong kapla
terima kasih yerr kepada kengkawan yang datang
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
22 September 2011
jom kita makan2
ni, lemangrendang ayamlontongsambal ikan bilispuding kastadroti jalabuah betikorange cakemarble cakesate ayam dan dagingcheese cakekari ayamdalca sayurayam merahnasi tomatorendang dagingtriffle peachtembikaikalu di kumpul2... ni le diasemuanya sangat2 heaven lagi meriah
alhamdulillah.........
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”