16 November 2011

semoga cepat sembuh

kejap betul masa berlalu... pejam celik.. pejam celik.. cepatnya masa berlalu... hari ni dah.. 16-11-2011. sangat2 cepat masa berlalu... kalo last year.. time ni.. aku dah bz2 sebab lagi 2 hari lagi aku nak tunang... macam2 nak kena buat dan macam benda aku plan.. sibuk betul menguruskan barang2 hantaran untuk enche affa. masa tu.. dok penin2 nak kasi apa kat enche affa. sesemuanya kenangan manis wat aku... aku bertunang last year on 18-11-2011 dah setahun dah rupanya... majlis pertunangan yang simple tapi meriah. Alhamdulillah...

this week or next week, mak dapat cucu lerr... achik akan bersalin dalam minggu ni la kot.. baby dia dah 38 minggu lebih dah. mak pun dah duduk ngan achik. temankan dia. sebabnya achik selalu jerr kena dok sorang kalo amirul keje kat penang. dok kat ipoh jer.. achik pun tak drive lagi. mirul jerr yang hantar pergi & balik. wahhh.. achik dah takot2 dah tu... aku dapat imagine..

last raya haji pun aku tak jumpe achik langsung. dia balik raya kat gurun dulu.. aku plak.. balik umah mak.. malam raya baru balik ipoh.. so, tak de rezeki nak jumpe dia...

aku? hehheeh lom nak imagine apa2 lagi. belum nak takot lagi... tungguuuuuuu la.. bulan 5 tahun depan.. giliran aku plak yang dup dap dup dap... Insya Allah, selepas anniversary aku ngan enche affa, adik armand akan lahir. semoga Allah mempermudahkan. malam ni, enche affa balik lewat. dia ada kerja kat sime darby. so, tinggal la aku ngan anak dua beranak.

mujur hari ni aku tak pening macam semalam.. kalo tak, haru la... lepas jerr ajar armand mengaji, kami berdua wat cake coklat err.. armand sebut kek cokolet. aku letak semua bahan2 dan dia tukang mixer. bukan main hepi lagi. tahu jerr dia dgn bahan2 yang aku gunakan.. walaupun tak payah bagi tahu.. siap tanya lagi.. 'mama, kenapa letak minyak? kenapa letak susu? eehh ni, kan susu man? err.. macam2 soklan timbul. pulak tu, tak sabo2 nak tunggu kek cokolet dia masak. sepluh minit sekali tanya.. 'mama, dah masak ke belum kek cokolet man?' sememangnya dia memang nak kek cokolet. sejak dari hari ahad lagi... kesian betul dgn anak mama. bila dah masak tu.. tak sabo2 nak makan.

resepi, ambil kat sini. dulu2 pernah wat dah

bahannya
1 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan minyak
1/2 cawan yogurt
3 sudu besar susu tepung
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1 cawan coco powder
1 cawan castor sugar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda carbonat

kekdahnya

pukul minyak ngan gula lebih kurang 2 minit. masukkan telur. pukul hingga sebati. masukkan esen vanila, susu tepung, yogurt, baking powder dan soda carbonat. pukul hingga sebati. masukkan susu pekat, tepung serta serbuk koko dan air. pukul hingga sebati. kukus selama 45 minit atau hingga masak...

ari ni, mendapat perkhabaran yang abng ajim kena H1N1. kesian betul. sebelum ni, warded sebab infuenza B. tapi bila dah test sample air hidung, doktor pun mengesahkan. kesian betul bila kanak2 umo 5 tahun kena H1N1. aku doakan moga cepat sembuh. tataw la kami sekuarga dapat balik ke tak this week. sebabnya weekend ni, enche affa kerja. aku memang tak larat nak drive lama2. sebabnya cepat pening kalo drive. kalo dok sebelah, ok jerr... tengok le ce mana nanti.

Alhamdulillah, hari ni, dah 3 bulan usia kandungan aku. syukur alhamdulillah kerana setakat ni.. aku tak mengalami morning sickness. semuanya berjalan lancar. kekadang aku tak rasa pun yang aku ni pregnant. masa awal2 minggu pada bulan pertama nak masuk kedua.. ada le sengal2 kat ari2. tapi sekrang ni tak rasa dah.. may be sebab aku dah lali dengan rasa sengal2 tu. rasa sengal tu tak akan hilang becoz of baby makin membesar. Semoga kandungan aku sihat dan membesar dengan sempurna.

petikan dari http://3dpregnancy.parentsconnect.comYour Pregnancy : week 12

If you've kept the news of your pregnancy in a lockbox so far, now is a good time to break the news ... likely by shouting, "I'm pregnant!" at all your friends and family and probably several strangers. Try to tell people in person when possible and then prepare to be assaulted with hugs and hands groping at your belly. But be kind: They're doing it out of love and curiosity. And, hey, you're pregnant! It's all good!

kalo nak nengok.. gie sini yerrr

Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaanMu



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment