27 March 2012

Bank Rakyat umum dividen 20% untuk tahun 2011

errrmmm hari ni.. last day untuk mc aku... mc sejak 14hb. rasa macam lama.. tapi kejap jerr... batuk pun beransur kurang.. tekak pun dah kurang sket sakit. cuma selsema dan semput jerr... masih ada.. Alhamdulillah dah ada improvement.

tetiba jerr dapat semput... aku terima ujian ini seadanya... then aku cari2 info pasal semput ni... dapat la artikel dari Dr Rakmat Awang yang menulis kat dewan kosmik 1999.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

baca seterusnya kat sini

errmmm ingatkan hari tu dah masuk dividen bank rakyat.. rupanya baru di umumkan.. hehhe.. maknanya yang dok ada tu.. last year nyerr... alhamdulillah... rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari....

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus - 2012/03/26

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

baca kat sini



....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 March 2012

set bersalin yang mana?

adoiii.. dah pening2 pikir set bersalin mana yang bakal menjadi pilihan hati. banyak sangat kat pasaran. macam2 ada.. fenin aarrr nak pilih.. yang mana satu, idaman kalbu....

ni, amway set Tropical Herb = RM275
Produk untuk Dimakan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
• Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)


Set bersalin NR (nona Roguy) - RM365
  • Phytonatal 90 biji
  • Akar Herbanika 10 paket
  • Minyak Herbanika 100ml
  • Uncang Cuci 10 paket
  • Herbanika lulur 100gm
  • Krim Barut 60gm

set bersalin hiraq = RM360
KARMILA PLATINUM - 2 pcs
HERBA MANDIAN - 1 pcs

STRETCH MARKS & HEEL CARES CREAM - 1 pcs

BENGKUNG - 1 pcs

SABUN HERBA - 1 pcs

SUSU KAMBING - 1 pcs

T3 FEMININE WASH - 1 pcs

HIRAQ JELI GAMAT - 1 pcs
Magical cream - 1pcs


Set bersalin Jamu selapan
Jamu Selapan (RM 119.00)
Jamu Selapan + Bengkung + CD (RM 199.00)
Set A
  1. Tapel Raket
  2. Pilis Wangi
  3. Bancar Air Susu
  4. Param Segar Sumyah
  5. Minyak Telon
  6. Jamu Pil Galian Parem Wangi
  7. Jamu Pulih Balung Sumsum
set bersalin afiat = rm85

Air Jamu Muparam, Kapsul Wanita, Param Hangat , Barut Berubat, Minyak Herba Warisan Afiat, Balm Herba Warisan Afiat, Akar Kayu, Air Lemuju Kukus, Perabun dan Tali Pembentan. Mengenai Produk : Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda. Jamu Bersalin Warisan Afiat mengandungi 10 bahan utama yang lengkap untuk 44 hari berpantang bagi wanita selepas bersalin. Produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan termashur sejak Tahun 1924.

set bersalin leesa formula
Set Premium = 9 Produk + Beg (RM 350.00)
Set A = 5 Produk (RM 215.00)
Set B = 6 Produk (RM 260.00)
  1. Body Contour Gel
  2. Cotet Emas Uncang
  3. Ginger Cream
  4. Minyak Telon
  5. Pek Tungku Herba
  6. Tablet Haruan Compelx
  7. Tablet Prawan
set bersalin jamu mak dara - ibu halimah = RM350

1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram

2. Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul

3. Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml

4. Pilis 1 bekas 200 gram

5. Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram

6. Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram

7. Bengkung 1 helai

8. Tungku Kukus Berherba 1 unit

1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram


set bersalin salindah
Set Lengkap (RM 370.00)
Set Sebelum Bersalin (RM 225.00)
Set Selepas Bersalin (RM 220.00)

Rawatan Selepas Bersalin:
L7 (30 ml)-penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 (30 biji)-mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
L9 (16 biji)-mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L10 (96 biji) -mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L11 (220 ml)-mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
L12 (96 biji)-mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Set bersalin sendayu tinggi = harga mengikut pakej
Pakej 1 : RM207.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)

Pakej 2 : RM247.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Bengkung

Pakej 3 : RM386.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone

Pakej 4 : RM427.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone
~ Bengkung (free size)


Set bersalin HPA
Set Bersalin (RM 90.00)
Barut Berherba (RM 35.00)
1.Ubat Periuk (4)
2.Kapsul Wanita A (60biji)
3.Kapsul Wanita B (60biji)
4.Minyak Barut (4)
5.Minyak Bayi (2)
6.Teh Herba (1)
7.Ubat Basuh (Periuk)(1)
8.Spirulina (1)

set bersalin Amber kenanga
Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga (RM 150.00 SM / RM 170.00 SS)
Set Sayyida Ambar (RM 120.00 SM/ RM 140.00 SS)
set bersalin atika beauty = RM300
a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

semua sumber2 dari pakcik google

ermmm mana satu yerrrrrrrrrrrrrr lom ada jawapan pun lagi


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 March 2012

tungku bayi

rasanya kalo aku sihat, duduk rumah lama2 cam ni... sure boring tahap gaban... tapi di sebabkan aku tak sihat.. memang sangat2 selesa tinggal kat umah. batuk pun masih belum hilang cuma dah kurang dari last week. alhamdulillah.

biasanya di sebelah pagi ada rasa kuat sikit nak wat apa2... tapi bila lepas 2pm.. mula la melepek dan mengah... tataw la ce mana nanti bila masuk opis. kalo berjalan lama sikit.. mula la mengah... dan kaki sakit. berat badan pun dah turun sikit sebab sampai sekarang, selera makan tak ada... kesian kat 'adil' tak dapat makanan berkhasiat. kat opis nanti, aku redha jerr la... what ever orang nak cakap.. biarlah.... nasib setiap orang tak sama. Setiap orang ada bahagian masing2.

mujur aku dah wat preparation untuk 'adik' awal. sejak usia kandungan 5 bulan lagi dah siapkan sikit2. kalo sekarang baru nak wat, errmmm memang la tak larat. ada la sikit2 lagi... cuma beberapa mende jerr perlu diadakan. tapi aku tak de la wat persiapan beria2. yang penting2 jerr... nanti mana2 yang tak de.. boleh top up. barang yang tak de lagi adalah set bersalin aku jer.. tu.. tak de masalah... boleh gie beli mana2 toko jamu jerr... tak de la kritikal sangat. enche affa boleh gie carikan. tak rugi wat persiapan awal.

hari ni aku siapkan bahan2 nak wat tungku bayi jer.. cuma jemur jerr dulu rempah ratus supaya kering... lepas tu baru nak bungkus... mujur senang nak dapat rempah ratus kat kampung... tak de la susah nak kena gie sana sini cari....

ni, rempah ratusnya.. petua dari pah... bahan utama adalah habatus-sauda dan lada hitam. ingatkan dapat 3 biji tungku.. rupanya dapat 4. ermm banyaknya.... boleh la bagi adik firas 1. yang len2 boleh simpan. comel2 gitu...........

kegunaan tungku bayi ni adalah untuk menuam bayi, kita dapat elakkan bayi drp kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema.

memang jimat kalo buat sendiri.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 March 2012

minggu yang penuh dengan dugaan

errrrmmm sepanjang 2/3 minggu ni... banyak perkara yang berlaku... macam2 ada... lama jugak la aku tak jengok blog ni.. sampaikan sapa la yang berani spam aku nyer shout box. macam2 ada sampai aku pun tak paham... hasilnya..... lebih baik aku remove...

dah nak masuk 2 minggu dah aku mc. lama betul dah tak masuk opis... tah la... banyak betul dugaan... ujian yang mendatang.. walau apa pun aku redha keatas semuanya.... lepas aku demam di ganti pulak dengan batuk, armand pulak masuk wad. bila armand dah kuar spital, enche affa pulak demam sampai tak boleh bangun 2 hari. bila enche affa demam... aku rasa keadaan kami sekeluarga macam lagi teruk jerr.. sebabnya aku tak mampu nak handle diri sendiri sebab batuk tersangat teruk dan nak bernafas pun susah... armand pulak memerap jerr.... tak sangka plak dekat pukul 1am, mak datang..... terima kasih mak sebab datang ke umah kami... tak terbalas jasa mak pada kami... kasih mak hingga ke syurga........

memang tak sangka Allah kirimkan 'angle' untuk kami... Alhamdulillah... mulanya dalam pukul 8pm, kak ngah call aku tanya pasal armand kuar dari spital... then may be dia dengar suara aku lain macam...kot sebab batuk teruk, dia cakap aku nangis.. tak sangka plak dalam pukul 12am, kak ngah call semula yang dia bagi tahu.. dia hantar mak naik bas dalam pukul 10pm tadi. memang sangat2 terharu.... terima kasih... ya Allah di atas pertolonganMU dan terima kasih mak sebab sudi datang... Alhamdulillah. Armand cuti skolah seminggu, enche affa pun cuti seminggu jugak... aku memang dalam mc... maka, sesama la bercuti... kalo cuti time sihat.. sangat2 la best. tapi kalo cuti sebab tak sihat.. memang tak best....

kenapa aku mc lama?. ermm sepatutnya aku kena duduk kat wad dah.. sampai aku bersalin. sebabnya uri masih kat bawah dan doktor kk suruh aku rest jerr... errmm maknanya aku kena warded sampai bersalin. lama tu.... so, aku ngan enche affa sepakat gie kpmc, minta advice dari doc jamil. menurut doc jamil, tu, memang procedure. so, dia bagi aku mc kat umah tak perlu masuk wad, dengan syarat, dok umah macam duduk kat wad.. tak boleh wat apa2 pun... so, that is better than duduk kat wad.

kenapa aku tanak warded??

1. walaupun uri kat bawah, tapi aku tak pernah bleeding. Alhamdulillah.

2. duduk spital memang sesangat boring. 2 hari pun dah boring tahap gaban inikan pula nak warded sampai 2 bulan lebih....???

3. bukan aku happy pun duduk kat wad.. nanti aku menangis jerr sepanjang kat sana... sebabnya mesti teringat kat enche affa dan armand.. lagi pun sure aku rindu tahap dewa dewi kat dua orang lelaki dalam hidup aku nih...

4. kesian enche affa nak berulang alik ke spital. sure dia nak jengok aku... terkejar2 dia nanti. dah la waktu melawat spital kerajaan terhad. dok spital swasta?... errmmm saperr plak nak menangung kos nyer... ada kerr... sesapa nak sponser????

5. banyak tu.. kos.. kalo duduk spital.. spital kerajaan pun kena bayo jugak.. memang enche affa tak kisah pasal kos.. dia suruh jerr aku warded... untuk kesihatan aku dan baby.. tapi.. aku yang tanak..... kesian kat suami aku... bukan pasal kos.. tapi pasal aku sendiri yang tanakkk.....

6. kerja?? tak perr la... tak fikir pun... biarla... sebabnya ste tu tak kan tutup kalo tak ada aku..

dah 30 week dah usia kandungan aku... sekejap jerr... masa berlalu... tak sabar nak tunggu 38 week. dalam tak sabar2 tu... kena juga redha dan tabah untuk melalui another 8 week. bukan satu jangka masa yang singkat sebenarnya....

banyak dugaan dan ujian Allah berikan pada hambaNya yang sorang ni untuk mengandung... lama aku menunggu untuk tiba ke saat2 macam ni... hampir 12 tahun.... syukur alhamdulillah aku dapat merasainya.... merasai nikmat mengandung. Terima kaih ya Allah dengan kurniaanMU ini.... Insya Allah aku akan buat yang terbaik di atas amanahMU
ini...


rasa bahagia dan gembira sangat2 bila ada kehidupan dalam rahem aku. 'adik' pun dah kuat menendang dan bergerak... kalo kena kaco terus jerr di balasnya.... cuma kesian 'adik'.. sebab mamanya tak selera nak makan... dari awal pregnant sampai la sekarang... kurang selera makan.. rasa tak sedap jer.... makanan. makan pun kena paksa2 jer.... kalo ikot hati.. memang malas nak makan.. last 2 week check berat 'adik' 1.5kg. dah besar dah 'adik'....


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

11 March 2012

Semoga Aku Tabah Mengharungi Segalanya.....

lama betoi aku tak jengok2 blog ni. dah bersawang dan rasa macam dah lama tak membebel2kan kan kan..... bukan masa tak mengizinkan untuk menulis, tapi tak ada kekuatan langsung untuk aku berbuat demikian...

minggu lepas adalah minggu yang di penuhi dengan ujian. walau apa pun aku terima dengan redha apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT. siapa aku untuk menolak qada & qadar dariNYa..

kali ni, aku demam teruk. habis sakit sendi segala... sehinggakan tiada kekuatan langsung untuk berdiri dan berjalan. semua sakit. 3 hari aku MC. tergolek kat umah. tak buat apa pun.. hilang selera makan dan batuk yang sangat teruk. hingga ker hari ni, batuk masih lagi berlanjutan. habis segala jenis ubat aku telan (kalau tak, jangan harap le nak habiskan ubat) then sambung plak ubat dari KPMC.. tu pun habis gak di telan.. tapi batuk tetap macam tu jugak... kali ni, batuk memang teruk sebab batuk kering dan rasa tak lepas.... bila batuk rasa sakit sangat2 sakit dada, perut dan kepala. nafas rasa makin pendek dan mengah. macam tak cukup oksigen jerr.. semput jadinya.

bukan aku jerr demam, tapi armand pun demam juge. dia demam on off lagi lama dari aku. pernah dia sendiri cakap tak nak gie skolah sebab tak larat. pada hal dia sendiri cakap yang dia tak nak ponteng sekolah sebab nanti dia tak tahu apa yang teacher ajar kat kawan2.

disebabkan aku tak larat dan enche affa ada big event yang sgt2 penting dari jumaat sampai sabtu tengah malam, so, aku ajak mak ngah tido umah aku dari jumaat malam lagi. sebabnya aku tak larat sangat2 nak melayan karenah armand. nak uruskan diri pun tak ada kekuatan. tapi on sabtu petang, badan armand makin panas 39.3*C. terus jerr aku suruh mak ngah bawa dia gie KPJ Kajang. tu la paling dekat. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan.

kesian armand, menangis2 sebab tak nak nurse ambil darah dan nak masukkan drip. sebab dia dah set dalam fikiran dia, dia tak nak masuk hospital lagi. masa aku bawa dia pun.. berkali2 dia pesan supaya lepas jumpa doctor, terus balik rumah. kesian sungguh aku tengok bila dia keraskan badan dia masa nurse cuba masukkan ubat bontot dan nak drip.

mak ngah dukung dia tak nak.. nak mama jugak... aku memang tak ada pilihan.. tak sampai hati tengok dia nangis... aku lupakan semua nasihat doktor2 maternity yang tak bagi aku angkat benda2 berat sebab uri kat bawah.. biarlah.. aku serahkan pada Allah SWT. sebab dia yang menentukan segalanya... aku redha jerr... kalo tetiba kuar darah or kena bersalin czer... aku redha. apa yang penting anak aku sekarang ni tengah sakit. memang susah nak dukung sebab perut dah besar. aku tak tahu posisi mana yang betul.. tapi hantam sajalah... dgn badan aku dah sedia berat.. tambah plak dengan berat armand. Alhamdulillah Allah bagi keseimbagan pusat graviti kami bertiga. Dapatlah aku mengendong dua orang anak aku... Syukur Alhamdulillah....

masa nak buat x-ray lagi banyak cabaran. sebab dia nak mama ada kat sebelah. orang mengandung tak boleh kena sinaran x-ray. aku kena kuar dari bilik tu... teruk dia menangis. puas di pujuk.. sampai 4 kali percubaan masih belum berjaya... dada dia berombak yang menyebabkan gambar tak boleh capture. mak ngah teman dengan pakai baju khas pun dia tak nak... kesian sungguh aku tengok dia time tu..... percubaan ke 5 bila aku berdiri sebelah juru x-ray kat dalam bilik cermin, baru ok.

wheel chair? errmm baru jerr dapat masa nak di hantar ke wad. lepas 15 minit masuk wad, dia pun tido dengan nyenyak... mungkin dia letih sangat.... enche affa pun sampai lebih kurang pukul 11pm. dia pun terpaksa tinggalkan event dia dan berkejar ke spital...
Armand di masukkan ke wad 515A lebih kurang 10.35pm. walau apa pun aku bersyukur kerana aku dapat buat yang terbaik semampu aku untuk anak aku yang sorang nih..... sehingga ke saat ni, armand masih lagi di wad.

aku terima segalanya ujian dari Allah SWT dengan redha. Walauapa pun ujian, Insya Allah akan aku tempuhi... semoga keluarga aku dan bayi yang membesar dalam rahem aku sihat. dah nak masuk 29 week dah usia 'adik' & makin aktif bergerak. last week check up, 'adik' dah seberat 1.4kg. dah besar dah 'adik'.

Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMU ini supaya dia akan terus tabah mengharungi segala ujian dariMU


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”