22- Mei-2012
hari ni, pada tanggal 22-mei-2012.. adalah detik yang bersejarah dalam hidup aku dan bagi suami terchenta.. sekejap jerr lagi aku bakal melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad saw ke dunia ini.. Aku akan jadi seorang ibu.. hari yang sangat bersejarah.. macam2 perasaan ada. takut, gembira dan tak sabar melihat insan yang aku kandung selama 38 minggu 6 hari. setiap hari kemana sahaja aku membawanya.. tetapi pada hari ini.. dia akan terpisah dari aku..
seawal 5.30 pagi aku dah bangun, mandi2 siap untuk solat subuh. terus jerr kena pakai baju operation.
dalam pukul 6am, nurse bagi aku ubat untuk buang air besar. sebenarnya aku dah berpuasa sejak pukul 12 malam tadi. ubat apa tah.. lepas beberapa minit jerr di masukkan ubat ukot bontot, teros jerr rasa nak membuang...
6.30am, nurse datang pasangkan tiub kencing pulak. sakit oooo. rasa ngeri betoi.. maklum la tak pernah. pada hal tiub tu lembut jerr.. takot bila nak duduk..
6.50am nurse datang nak tolak aku ke operation room. tapi kelako betul.. terus jerr rasa nak membuang lagi... tatau aarr sebab apa.. may be sebab gabra kot. enche affa gelak jerr kat aku.. hampeh betoi.. sebelum ni.. dah 2 kali masuk operation room. tapi ok jerr... dulu2 tu minor pada yang ni...
7am aku di tolak ke operation room. ni, schedule untuk hari ni
ramai jugak yang nak bersakin hari ni.. en che affa kena siap2. dia kena tuko baju gak.. baju operation room. masa aku tak nampak muka suami aku.. sedih sungguh perasaan. tapi tu la... masa terkebil2 kat atas katil troli tu... macam2 perasaan datang... sejuk weeiii... bilik OT. sangat2 sejuk.. ce mana lerr.. kalo aku demam tetiba sebab sejuk... huhu... beso nyer bilik OT. nurse pun dah ready. di suatu sudut, aku terpandang troli nih... errmm tak lama lagi anak aku akan di letakkan kat atas troli nih..
then, aku nampak doktor wan mohd akhbar, dia adalah doktor bius aku.. tanpa berlengah lagi doc akhbar tros suruh aku duduk.. sebab dia dah ready nak cucuk aku.. huhuhu.. dengar citer.. semalam doktor akhbar tido kat spital becoz pepagi dia nak masuk OT bersama dgn aku.. begitu komited doktor akhbar dengan tugas nyer.. aku agak2 umo doktor akbar late 40 kot. atau early 50. sembang2 dulu before cucuk. check tekanan darah dulu.. jantung pun kena check.. takot tetiba pressure blood naik plak... tak de la sakit sangat cucuk kat tulang belakang dan masukkan tiub halus.. ready untuk kemungkinan2 yang bakal berlaku. bius separuh badan jerr... dari pinggang ke kaki jerr.... Dr Jamil belum kelihatan di OT.
Bila aku nampak jerr enche affa dgn baju OT nyer.. pergghh lega.. errrmm kat tangan dia.. siap dua biji kamera.. hamboiii wife nak bersalin pun sibuk dengan kamera dia.. biarlah dia nak mengabadikan kenangan detik2 bersejarah menyambut kelahiran baby.
tak lama lepas tu... doktor jamil pun masuk.... ni ler doktor Jamil Mohd Sharif yang aku dok pi check up selama ni.. tak berapa mesra alam sangat tapi bagi aku dan enche affa, ok jerr... tak ada masalah dengan doktor yang berwajah serius ni..kebetulan hari ni, birthday Dr Jamil. so, sama la birthday dgn anak aku.. ni, sedikit prifile tentang Dr Jamil.
Pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar.Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah Mesir dengan ijazah MBBCh(Cairo) pada tahun 1979.Pada 1988 beliau menjadi pakar pertama yang mendapat ijazah Masters (O&G) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan tahun berikutnya beliau mendapat Membership of the Royal College of Obstestricians and Gynaecologiests United Kingdom, MRCOG(London) 1989.Beliau mendapat anugerah Professor Madya dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.
Suasana dalam OT room. semuanya bz untuk kelahiran my baby. masa Dr Jamil memulakan operasi, aku tak rasa sakit apa pun. rasa perut di goyang2 jer.. sambil tu aku terkebil2.. sejuk giler OT room nih. sangat2 sejuk. sampai aku kena tutup idung.. takot plak tetiba jer terbersin dan teros jerr demam..
Dr Jamil dan team sibuk mengerjakan perut aku.., suami ku yang terchenta tu.. bz menjadi photographer.. tak heran pun dia dengan bini dia nih... heheheh.. biar la.. dia nak merakamkan detik2 bersejarah dalam hidup kami berdua. aku plak.. sembang2 dengan dr wan akhbar..
15 minit kemudian.. Dr Jamil menunjukkan by kat aku.. errmm Alhamdulillah.. Enche affa sempat merakamkan video this moment.. sangat2 touching.. akhirnya aku dapat melihat baby yang aku kandung selama 38 week 6 days. Kemudian Dr Jamil terus beri pada nurse untuk di bersihkan.. ni la rupa my baby.. saat di lahirkan..
ermm.. bam bam la anak mama nih... sure sejuk tak simut langsung.. seksi plak tu... masa Dr Jamil keluarkan tadi.. nangis sikit jer... then.. Dr Jamil dan team sibuk plak menjahit..
nurse sedang mengira peralatan yang di gunakan..
Selesai di bersihkan.. comel anak mama nih.. putih orang nyer... Alhamdulillah tak ada kuning.
baby melalui proses warmer
Tanda lahir saya... i'm a boy. weight 3.85kg. errmm beso betul baby aku
kecik nyer kaki... siap ada tag lagi...
ni, gambo 4D masa dalam kandungan dan actual.. sama tak? sebelum kelahiran dan selepas kelahiran
selepas kuar dari warmer.. errmm dah beso pun mata saye...
errmm alhamdulillah syukur pada Allah swt. atas nikmat kurniaan yang tak ternilai ni. aku selamat melahirkan Armand Isyraf melalui pembedahan caesarean. Next time.. ermm kalo ada next time le.. heheheh kalo di beri pilihan nak bersalin cara mana.. aku pilih bersalin secara pembedahan caesarean jerr.. tak sakit di saat bersalin.
Alhamdulillah..aku bersyukur pada Allah swt dia atas kelahiran Armand Isyraf pada tanggal 22 May 2012. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt Armand Isyraf membesar dengan sihat dan sempurna.Terima kasih kepada Dr Jamil & team kerana membantu proses kelahiran my baby
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”