07 February 2010

sunday yang bz

hari ni aku tak gie pun jogging. ermm jogging atas katil jerr la.. dah 2 malam tak cukup tido. semalam tido lebih kurang 4am dan yang sebelum tu tido hanya 2 jam je.. that why kepala pening sebab tak cukup tido. lepas subuh jerr aku tarik selimut. 8 lebih baru bangun. kepala ni pening2 tapi dah tak leh nak sambung tido. mandi2 terus gi paso. ramai betul orang kat paso hari ni.

semalam aku dah habiskan novel pergilah air mata. dah lama aku cari buku ni. sejak bulan December lagi. publisher bagi tau nak kuar on januari. tapi pertengahan febuary, baru jumpe kat book store. sampai pukul 4 pagi aku mengadap. biasa aarr.. lepas tu dengan air mata aku pun pergi.. mengalir tak henti. ujan lebat di dini hari. aku bukan merasakan kekecewaan kerana menghayati watak dalam novel, tapi aku merasainya in reality. its too hard.

hari ni, kak norma tak jadi gie umah kak dina ari ni sebab kak dina nyer relative pass away. menurut kak norma, he is about 52 years old, stay alone somewhere at KL. sebab masih bekerja. tak de sapa yang tahu bila dia meninggal. al fatihah. lepas 2 hari kawan dia call tak dapat2, dia gie umah arwah sebab arwah memang tak berapa sihat. mujur kawan dia ada spare key. kawan arwah jumpe arwah didalam bilik tido, dengan mulut dan leher di penuhi darah serta tubuh yang hitam legam. mujur arwah mempunyai seorang kawan yang prihatin. memang susah nak dapat kawan yang sanggup bersusah senang dengan kita. so, pilihlah kawan yang sememangnya boleh jadi 'kawan'. errmmmm sedihnya.. moral of the story.. ermm adakah esok2 aku akan menerima nasib yang sama? satu persoalan yang tidak dapat di jawab. aku bukan berdoa untuk itu. tapi kita tak tahu apa akan terjadi pada keesokan hari.

petang, aku buke kedai jahit. datang aarr mood menjahit tu. tetiba jerr ter-rajin skit. memang mencabar betul nak jahit baju yang saiz cinonet cenggini. yang kak norma plak.. dok exited, ina dah siap ke lom? dah siap ke lom? aarrgghhh... moral of the story, nak jahit baju cinonet ni.. ambil masa yang sama dengan nak wat sepasang baju kurung dan baju kurung lebih senang dari baju nih. bila dah siap, kasi kak norma tengok, dia cakap.. comei.
yang ni plak skirt. nampak macam senang nak jahit.. tapi still ambil masa yang lama. rasanya sama lama macam jahit sehelai baju. siap jerr.. aku kemas bilik. macam tongkang pecah jerr.. apa taknya perca kain sana sini, benang lagi. pening gila.. bersepah2. benang2 baju n skirt pun lom potong lagi. tapi kena stop dulu.. tak larat dah nak mengadap. lagi pun nak lipat kain kejap2 lagi.

dalam pukul 6, fiza datang ajak aku gie makan. aku ajak dia makan kat umah, tapi dia cakap dia segan sebab dia dah selalu sangat makan kat umah aku. datang la poyo dia tu.. aku gie makan kat area petronas AU2. malas nak gi jejauh.

kalo dah jumpe fiza, macam2 la citer.biasanya aku baru cakap 5 perkataan, tapi dia dah cakap 25 perkataan. dia citer kat aku yang dia hantar email kat cik zubil tanya pasal soalan fluid, tapi cik zubil tak balas. tetiba lecturer design bagi email kat dia cakap next week kelas ditangguhkan. yang dia ni pelik la sebab mana lecturer design dapat email address dia. hari ni, dia tanya cik zubil, pesal tak balas email dia. then cik zubil bagi tau.. ooo awak la bagi email kat cik jamal (lecturer design). hahahha.. errmm dia salah email address rupanya. tanya salah orang, mana dapat jawapan. then fiza sambung,'yang orang tua tu, dah tahu aku salah hantar, reply la kat aku, cakap aku silap. ni bagi tau tangguh kelas plak.' aku gelak jerr dengar citer fiza. dia ni memang, biasanya ganti nama ketiga dia paling popular, tak kira sapa adalah 'orang tua' dulu kini dan selamanya.

kalo dia citer pasal dia nyer hubby, fendi bla bla bla, orang tua tu, bla bla. kalo dia citer pasal mak dia, mak bla bla bla, orang tua tu, bla bla bla. kalo dia citer pasal kak long dia, kak long fiza bla bla bla, orang tua tu, bla bla bla... frasa 'orang tua tu' memang menjadi trade mark fiza.

aku sembang dgn fiza kat depan umah aku lama. lama giler tak wat aktiviti ni. then aku sempat pesan kat dia jangan tanya kat teman pasal majlis. sebabnya memang sejak dulu fiza tahu citer2 teman. lagi pun kat umah ni le tempat dia melepak. fiza pun cakap, 'dia' hanya bagi alasan untuk mengelak. bila nampak ogie macam nak join kitaorang borak kat luar, aku bagi tau, tengok muke ogie sembab. then fiza cakap, ok jerr tu, sebab dulu fiza tengok ina lagi teruk. sampai fiza sendiri pun takut. aku sengih jer... citer lama...

teman, aku tak salahkan ko kalo ko forgive him. aku faham. bila something yang berkaitan dengan hati dan perasaan, dia akan jadi suatu perkara yang complex. kekadang sukar untuk di fahami. apatah lagi untuk di explain dgn perkataan. boleh jadi terlalu sukar untuk di terjemahkan. orang yang tengok, tak sama dengan orang yang menanggung. whatever keputusan, its your choice. aku akan selalu mendoakan kebahagiaan mu teman. i will lend my shoulder if you need it someday.

alamak, dah pukul 11.30pm, aku nak mandi. dah berpeluh2 ni. tak selesa nak tido. lagi pun kena lipat kain. kalo tak lipat, maknanya tak de space nak tido. sebab semua kain2 berlonggok kat atas katil. hahhaha...









....from kekwa22 with love....

06 February 2010

goodbye

hari ni, paling awal aku bangun.. ermm 3.30am. bukan nak sahur okeh! cam tak cayer jerr.. tapi percayalah... aku tak pernah terfikir sekali pun.. sikit pun tak. even 1 X 10-23 pun tak. rasa macam tak percaya.. tapi percayalah..

pagi tadi aku jumpe atzroul. tak tembam cam hari tu. masa last aku jumpe dia kat jj au2.

hari ni kedai dobi lambat buke aarr.. ada hal2 yang tak dapat di elakkan. tapi business still lagi beroperasi cam biasa. bukan aku sorang jerr. kak norma pun sama gak. dia sidai kain pukul 12 lebih, then complain kat aku panas. bila aku cakap, memang la panas, orang jemur kain pukul 7, ni, jemur kain pukul 12.. kak norma boleh jawab.. tiap2 hari kat opis dah kena ekon, biar la hari ni kena panas skit. see, menjawab! menjawab! ada jerr jawapan dia. tadi dia gak komplen.

tengah hari tadi aku chatting dgn pokcik. then he said

"so.. u know now..
Allah Maha Kuasa...
U win the game...!!
Tahniah..
"

ermm aku tak tau nak kata apa.. speechless. game? aku tak pikir pun nak menang or kalah. tu semua tak penting. apa yang paling penting ialah aku happy & bahagia. aku tak tau dia fikir dari sudut apa. sudut segitiga sama or segitiga selari. kalo sudut2 poligon ke hexagon ke.. aku rasa macam taw jerr.. hahhaha

Air Supply - Goodbye

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have much more
I can feel your heart and I simpathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say goodbye

petang, aku kuar dgan kak norma. gi melawati.. nak cari bahan2 nak wat orange muffin arr. esok dia nak bawa kat umah kak dina. rupanya kak dina, kak norma & aku lahir pada bulan yang sama. febuary. that why 'tak berapa btul skit'. baru aku teringat, king tanya buah apa dlm my muffin, siyesly time tu aku tak leh recall. mana la ingat waktu2 cam tu. cranberry or orange berry.. ermm jawapannya orange berry. sebabnya masa nak beli tu ada banyak berries yang boleh di pilih. blueberry, redberry, cranberry pun ada dan bla bla bla. ermm blackberry jerr tak de. huahuahua..

pagi tadi king suruh aku buke kedai bakery. ermm gud idea. hasilnya malam ni, impian dia terlaksana bila kak norma request orange muffin. ermm tak payah buke kat parit buntar, kat AU2 pun dah ok. hahahaha.. minggu ni aku memng addict dengan cloud9. aku tak tau sebab apa. hasilnya masa kuar dengan kak norma tadi aku memborong sakan..masa balik tu aku gie makan2 dengan kak norma.. ermm makan again okeh. hehheh waahhh sedap betul teh tarik kat situ. semuanya rasa ada.. best2 nanti boleh gie lagi.

teman, entah aku tak tau.. tapi aku tetiba emo la plak. dia cakap, family dia tengah huru hara. ok fine. aku understooood. accepted okeh! tapi, as a anak sulung, bila family huru hara.. emm naper ko tak balik kg? even one day. see your family, comfort them. cuba tenangkan huru hara kat sana... supaya jadi aman damai. tapi ko tak balik kg jugak kan? okeh teknologi dah canggih boleh call, boleh 3g or web cam.. tapi, kat sana tu, 3g line dapat ke? emm ada line internet or brokben ada ke? ermm ko kata dulu tak de. orang tua jerr kat kg. then, kenapa ko tak balik? jalankan tanggungjawab as a anak sulung. alasan ko, keje kan? so, boleh assume yang ko tak kisah pun huru hara kat kg tu, keje lebih penting okeh! kan kan kan. ok la.. ermm keje la.. keje... sila kan.. ermm rajinnya keje.. anak sape lah nih..








....from kekwa22 with love....

05 February 2010

lalalala dah friday...

aku suke sangat dgn pic ni.. classic jerr errmmm like it..

hari ni, dalam kepala aku ada melinex, melinex 516, melinex 339, melinex 454 dan tah apa2 melinex lagi.. rasa macam nak muntah dah.. aku tak tau apa alasan SAP lagi. tapi nampak macam diorang menipu.. tah arr.. let our bosses decide.

ilek arr ada lagi 3 hari jerr lagi, hari untuk bekerja. lalala.. then.. balik kg.. hohoho balik kg. tapi sebelum cuti ni, aku kena tinggalkan segala macam pesanan dan document2 pada diorang. kalo tak, nanti ada yang bermasalah pulak.

semalam tepon adik, bg tau nak balik 11 hb ni.. dia punya la excited. tapi kena basuh kete dulu arr.. rupa jimmy dah comot sangat tu.. ce mana nanti nak jumpe gfren dia kat kg? ermm jimmy ada gfren ke? aku tak taw pun.. tak leh jadi nih..

masa lunch tadi, tekak rasa mual. nak muntah pun ada. mujur rangsangan dari otak tak terkeluar kat mulut. kalo tak spoil fariza n ita nak makan. aku memang lama giler tak makan hati lembu masak black paper & kicap. makan pun kalo opah aku masak jer.. tapi hari ni, memang gatal nak makan. tekak sangat2 loye.

malam ni aku wat baked potato. ermm lama betul aku tak baked potato. dah bertahun rasanya.. tak wat.. memang teringin sangat nak wat. ermm nak makan tak seberapa pun. masa kat dalam supermarket, nampak plak potato. then tetiba teringat so, layan jerr la. cam biasa kak norma sure teman aku mengadap aku membelek2 potato. dia cakap, aku ni ada jerr... mende2 nak di buat. then dia tolong tengok & makan je.. ok la.. at least ada gak orang nak makan apa yang aku masak..

ni my baked potato sebelum masuk oven...okeh, dah ready untuk di makan, kita closed up skit...
bajet nak tido awal.. tapi.. ermm nampak gayanya.. tak tercapai aarr..aku tak tau apa motif aku malam nih... may be sebab tak de nak wat apa. tetiba aku boleh buka fail surat2 cinta... boleh plak pi belek satu persatu. tanpa sebarang motif, tetiba jerr. mata tak nak lelap. bukan setakat belek.. tapi baca setiap perkataan. tapi siyesly aku tak sedih. tah arr tak tau sebab apa.. ada juga something yang mencuit hati.. aku rasa masa tu, aku benar2 di sayangi dan di kasihi. satu2 gambaran terlayar di kotak fikiran. ermm entahlah...

sambil2 tu terdengar lagu ni.. adoi.. sapelah mencipta lirik lagu ni.. senyum sengih aku sensorang bila dengar

Halimah Jongang - Eddie Hamid

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang





hehehehhe










....from kekwa22 with love....

04 February 2010

kena block?? ermm ilek aarr

ermm pagi ni, tetiba plak dapat demam. bukan demam sebab sejuk. Tapi memang demam. Dah lama rasanya tak demam nih. sejak pukul 10am lagi dah sakit kepala. hidung plak.. dah running laju2 dah.. pening arr sangat2. rasa cam nak balik umah jerr.. tapi ermm tak boleh kot.

Hari ni radio boleh close 7 jerr.. total baru ada 267. ada lagi 33. ina, pls don’t give up okeh. Pls give full support to them. Setiap orang ada dia nyer limit. Pulak tu, kena la support each other.

Tadi mr adi tanya pasal tactile membrane. Then aku explain apa yang aku nampak. Nampak macam tak boleh. Tapi Mr adi cakap, “ermm jas macam confident jerr” aku just jawab, ‘megat not agree’ sebab aku pun not agree. aku tau kalo nak tuko supplier, memang dah tak sempat .

tengah hari tadi aku lunch kat kenny rogers. lama gile tak makan kat kenny rojers.. ada la dalam setengah tahun kot. tapi siyesly mmg lama. ermm.. selera orang demam. mujur ita & fariza layan. hehhehe.. thanks guys.. opsss thanks sis...kat opis blog dah kena block. ermmm tak dapat le nak layan blog lagi.. ermm ramai arr yang tak semangat dah nak keje.. tak de sumber hiburan.. ermmm aku? hehheheh.. no comment. sendiri mau ingat aarr...

ermm tadi aku wat orange muffin. ni sebelum masuk oven

dan yang ni pulak setelah kuar dari oven.best makan masa masih suam2. kalo panas2 mana bleh makan.. mau melecur lidah.. hehehehe. wangi semerbak bau oren. kak norma kata sedap. aku kata, errmm gebu. satu adunan boleh buat 16 biji muffin jer. ingatkan banyak.. may be sebab bekas besar. tapi kalo cinonet, rasa apa la pulak. tapi rasanya tak leh buat kot masa achik bertunang sebabnya kos tinggi aarrr. kalo satu adunan boleh wat dalam 25 ker.. its ok. sebabnya kalo bajet family amirul datang 50 orang, at least paling sikit 50 biji, then yang kat umah aku, tak kan nak tgok jer... jiran tetangga lagi.. hehhe tak leh aarr rasa cam tak seswai jerr.. may be tuko dgn cup cake kot. nak wat cup cake apa erkk.. kalo wat carrot cup cake pun ok gak kot.

aku nampak teman macam hepi.. hopefully semuanya dah recover.

malam ni kena tido awal... walau topik muzik.fm malam ni.. topik dia; kalo anda rindu, apa yang anda lakukan? .... erm macam tiru soklan aku pada king ptg tadi jerr... ni, kena minta royalti nih...

Bila Terasa Rindu - Dafi

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

aku kan.. ermm memang kesian denagn mamat ni.. dok buzz2 aku. aku memang pantang kalo orang buzz. then kalo dia tak buzz pun, aku tak layan. sebabnya aku tau.. aku sure emo nyer kalo chat dgn dia.. aku pun tak tau naperr.. hasilnya malam ni.. memang aku bengang... mulanya ok la.. kesian kat dia,.. selama ni aku tak layan.. so, why not kan.. layankan jerr la.. tapi last2 aku plak yang bengang.. adooii.. aku pun tak tau apa masalahnya... selalu cam ni.. ermm memang aku mmg tak seswai nak chatting dgn dia kot. hahhaha

kepala makin sakit.. ermm gudnite everybody








....from kekwa22 with love....