perrgghh tu dia .. tajuk kita pada malam nih.. tentu pa ada sebab menasababnya...
dah lama aku tak jadi kaunselor ni.. tetiba jerr malam ni.. tak per.. orang kata, sharing is caring. memang senang nak cakap.. memang senang nak nasihat kat orang. tapi sangat susah nak apply pada diri sendiri. entah la.. kenapa ye... memang dah lumrah. tu la namanya berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
hujan dua kali kat opis. tapi tak lebat. sikit2 jer...
tak ada sesiapa yang bersalah. keadaan pun tak bersalah. masa pun tak bersalah. semuanya & segalanya tak bersalah. semuanya adalah suratan takdir. ina.. pls ina.. don't be sad. plsssss senangnya nak ucapkan. tapi sukar nak melaksanakan.
entah la.. aku cuma manusia biasa. hanya yang biasa2 jerr tak ada yang luar biasa. di sebabkan aku hanya insan biasalah.. aku merasai semuanya. semuanya kekadang tak mampu untuk aku luahkan kepada sesiapa. hanya Allah yang maha mendengar segalanya.
insya Allah. aku akan tempuhi segalanya dengan kudrat yang aku ada. semoga Allah permudahkan segalanya.
hari ni.. biasa2 je.. semuanya biasa. tak ada yang luar biasa. semuanya biasa2 jerr... cuma.. rasa macam lambatnya masa berlalu.. berchenta nak balik pukul 6pm.
malam tadi tido awal. tapi banyak kali terjaga. rasa macam dah lama jerr tido. may be letih kot. hehehe. banyak la punya letih. bukan wat perr pun semalam.
aku bajet2 radio dapat close dalam minggu ni 50 set. tapi tetiba mr adi datang, then cakap kat aku dia nak 100 set. ggluupp. rasa nak telan air liur rasa tak lepas.. mujur cable tak berapa nak urgent dah. semuanya dah stabil. dapat la aku tumpukan perhatian kat radio. mudah-mudahan 330 radio dapat siap dan hantar 3rd week of july. tapi pcb baru ada 100. wawawawa. aku tak tau apa nak buat dengan yang kat melaka tu... rasa macam dah tak de kekdah yang seswai nak digunakan... kalo aku push anak2 buah aku pun.. pcb tak de.. silap2 aku plak diorang baling dalam longkang beso belakang ste.. ha.. baru padan muke.
balik dari opis lepas mandi2 terus masak untuk berbuke puasa. ni jerr yang sempat kangkung goreng
masak pindang ikan pelata.
yang ni, diatas permintaan che noma. ikan gelama jeruk.
yang ni pulak, apple strudel yang che ina dok target nak wat sejak kat opis lagi. cumanya buat satu layer jerr.. tak koser nak wat banyak2 layer.. hehehe..
pukul 7pm dah siap masak sumer.. pastu melengung aarr.. nak makan, belum time. bajet siap dalam 7.25pm ke.. tak de la rasa lama sangat nak tunggu berbuka.. apa lagi.. aku ngan kak norma melepak sambil borak2 kosong. dia pon puasa gak.
malam ni aku wat keje gile. keje orang2 yang tak de keje... errr testing namanya.. entah la.. ogie pun melayan aku.. then apa lagi... tapi... pikir nyer pikir rasa macam tak sanggup la pulak.. aiiseey... tengok la nanti ce mana gayanya...
hari ni, gie jogging ngan che noma. awal2 lagi dah sampai titiwangsa.. lama betul tak jogging. abis sakit2 otot. tetiba masa dah dekat nak abis satu round ada la pulak senaman 1 mesia.. hehhe.. terus jerr gie join. tetiba plak kena senaman ala2 joget gitu... joget 1 mesia. hantam sajalah..
balik dari titiwangsa.. seperti yang dah plan semalam.. menjelajahi kebun pak cik nan dengan cik noma la.... hahahha.. orang len tanam.. orang lain mengutip hasilnya.. kikiki.. jalan2 di kebun pak cik nan.. amik daun kunyit 3 helai.. daun kesum, daun limau & bunga kantan. jumpe pak cik nan kat kebun, then dia citer pasal pokok pisang. bermula dari buah pisang, daun pisang serta batang pisang. sampai aku kena ketit nyamok dia punya citer tak abis lagi.. hehehe.
pastu seperti di rancangkan.. wat cokodok udang.. kekdahnya : udang putih yang kecik tiga henget.. buang kepala & ekor serta janggut2nya.. tepung secukupnya.. biar udang lebih dari tepung.. hehehe... penting tu... bawang serta cili yang di potong nipis, tauge sejemput.. air suam & garam secukup rasa. goreng dengan gaya yang tersendiri.. maka hasilnya... sekali hadap jer.. dah settle.. hahaha..perut kenyang.. suka hati.. maka.. buka kedai dobi sekali lagi.. settlekan stock semalam punya.. cuaca pun suam2 kuku.. tak sempat kering pun.. tapi at least dah di basuh dong...
hari ni nyer plan nak masak untuk lunch, lewat sket. lepas zohor baru masak. sebabnya memang dah kenyang makan cokodok udang.. cokodok udang tak sama aarr dgn cucoq udang. kalo cucoq udang kena letak daun kucai & tauge, pastu udang beso.. dok terlentang kat tengah2.. siap dengan kepala serta ekor lagi... silap2 ada janggut. hahhaha... plak tu, nak landing sensorang.. hhahahha... poyo jerr.. err kalo jepun kan.. dia panggil tempura.. kira macam lebih kurang.. sama tapi tak serupa..
tengah hari tadi ada orang call aku.. mula2 cakap dah tak berapa nak elok dah. pastu siap marah2 aku.. aarrggghhh giler betul.. aku cuma tahan jer.. sedaya upaya control supaya be polite. pada hal dah menggigil2 kaki tangan dah. aarggghh.. kalo aku kuarkan bahasa aku nanti... aku pulak sama giler cam dia.. biarlah dia giler sensorang. apa kes nak marah2. tah apa2 suka ati aku la.. tapi masalahnya.. menggigil2 aku nih sebab tahan marah... sampai sidai kain pun masih lagi menggigil pada hal tengah2 panas saat2 azan berkumandang. tetiba dapat kronik tremor tengah2 hari ni... siap jer sidai kain... terus solat then masak nasi pun masih menggeletar.. ererr apa beza mengigil & menggeletar? sama jerr kot. nak tanya dewan bahasa, tutup plak hari ni... hahhah... moral of the story.. aku memang marah.
hampir pukul 2pm, aktiviti memasak pun bermula. walaupun tangan masih menggeletar tapi niat suci murni untuk masak, tetap di teruskan jua. sebabnya.. perut dah nak berirama keroncong.. chef pada hari ini ialah che ina & che noma. maka ni le hasilnya...
sebelum apa2 kena start dgn buah2an.. maka...buah ni jadi pilihan. semalam beli kat pasar malam.. kekdahnya.. hulur pat henget, then orang yang jual tu, kasi sebiji..
pastu diikuti dengan nama dia, sayur campur menggeletar... orang peyrock cakap ngeletor. maka hasilnya cam nih...
digandingkan pula dengan masak lemak ketam dgn nanas ketaq tangan.. hahhaha.. becoz masa kupas buah nanas.. punya la siksa sebab dia nyer ketaq, sangat ketara.. sampai kak noma cakap aku ni kena parkinson. ni bukan sampai tahap parkinson lagi, cuma tremor yang kronik. kikiki..
yang ni pulak.. tanak kalah.. jarang terdapat di pasaran.. sedap nih...namanya kerabu.. kalo orang belah2 selatan panggil urap. apa2 jerr la.. nak bagi nama apa yerr... eerr kerabu udang & tauge. kali ni tak de perkataan menggigil becoz che noma tak menggigil masa wat nih. weiii sedap tu kerabu ni.. kekdah nak buat ni, celur udang serta tauge. hiris bawang besar serta cili. gaulkan dengan kerisik serta kelapa parut diikuti dengan sedikit daun pegaga yang di hiris. garam secukup rasa... jangan lupa daun limau purut sehelai di hiris halus2. setel.
yang ni pulaktelur masin malu2 alah.. hehehe sebabnya ada sebiji jerr... hahaha
tu dia.. kitaorang punya lunch. giler punya heaven. nak makan 3 orang jerr.. tepat pukul 3pm. semuanya habis licin.. hahhaha... tapi memang puas ati.. sedap2. kenyang perut, suka ati.. lalalalala..
wahh petang ni training menari ngan che noma. sambil gelak2. maklum lah.. bukan senang nak training orang yang keras ni.. hahhaha.. tak pasal2 aku kena jadi lembut lemah gemalai... aiiseeyy tak kose teman ni yong... tapi apa nak buat.. kalo jadi robot, nanti wat kena gelak jer... ala la diorang ni.. cer suruh aku wat mende len. melompat ke.. lari setempat ke.. lari dua tempat ke.. kan senang.. tak yah training2.. sumer tu.. dah tau dah step dia ce mana hahhaha.. tapi moral of the story.. best gak menari ala2 robot ni.. hehheh.. bila lagi kan... masih ada seminggu nak practice.
lagu ni dapat masa kat tasik lagi.. ada group wat dance dengan lagu ni.. slow jerr diorang nyer dance. lagu zaman2 che noma muda2. hasilnya.. balik jerr tadi.. che noma suruh aku cari lagu ni.. al kisahnya sepanjang hari ni, inilah carta lagu paling popular kat umah ni..
Sealed with a kiss - Bobby Vinton
Tho we gotta say goodbye for the summer Darling I promise you this I'll send you all my love every day in a letter Sealed with a kiss Guess it's gonna be a cold lonely summer But I'll fill the emptiness I'll send you all my dreams every day in a letter Sealed with a kiss I'll see you in the sunlight I'll hear your voice everywhere I'll run to tenderly hold you But darling you won't be there I don't wanna say goodbye for the summer Knowing the love we'll miss Oh let us make a pledge to meet in september And seal it with a kiss Guess it's gonna be a cold lonely summer But I'll fill the emptiness I'll send you all my love every day in a letter Sealed with a kiss Sealed with a kiss Sealed with a kiss
jomm.. layannnn.. zassss
untuk dinner malam ni hanya masak ni jer.. nama dia, telur dadar barai. tak terdapat di pasaran nih.. hahaha... mulanya nak wat telur dadar.. siap potong bawang & sebiji cili serta sebiji carrot yang di parut halus di tambah pulak dengan daun limau (al-maklum la ada daun limau kannnnn, sumer mende nak di letaknya..) untuk bau2an yang menyelerakan.. tapi masa nak mengalih ke side sebelah atas tu, tetiba pecah, terbarai abis sumer. tak pas la pulak che ina malam ni.. ce mana la.. goreng telur pun fail.. memalukan kaum jer... alang2 dah terbarai tu.. menyakitkan mata che ina.. maka.. dengan bangganya membaraikan dia sampai la jadi cam ni.. hahahaha... err sebenarnya tangan dah lembut sebab dok practice menari.. wakakkaka
masak lemak ketam dgn nanas ketaq tangan tengah hari tadi ada lagi 2 ekor. cukup la che ina ngan che noma. err che ogie gi dating. pastu tambah yang ni.. pegaga.
hari ni, awal2 lagi dah buke kedai dobi.. semua stock2 dari penang, dapat di settlekan dengan jayanya.. jimmy pun mandi awal pagi hari ni. tapi dia.. tak de la menggigil. ramai la pulak anak pak cik nan pagi ni.. patut la pun.. si kecik farhah ada.
wah.. tak sangka pulak sejak dua menjak ni.. mesra alam betul pak cik nan ngan aku. ada jerr citer yang dia nak share ngan aku.. lembu la.. kambing la.. pagar la.. kayu la.. kete dia masuk lubang la.. dan tah apa2 lagi.. aku pun layan la.. al-maklum la se'lenggong' eehh bukan se'lenggong' tapi se'kenering' hahhaha. aku pun.. layan jerr la..
11 lebih baru kak norma balik. malam tadi dia bermalam kat quality hotel. bukannya jauh sangat pun.. kat sogo jer.. tapi punya la hampeh tanak balik umah.. hhaha. kali ni bagi chance sama dia.. dia meeting kat sana sampai malam2 that why la..
petang ni aku nak gie umah pak ngah.. tapi aku tak tahu nak bawa apa.. mulanya nak wat chocolate cake jer.. tapi rasa macam dah selalu dah.. tetiba terlintas puding roti.. lagi pun dah janji nak kasi resepi my puding roti... nak wat puding roti ni senang jer... bahan2nya cam ni..
1 tin susu sejat
2 sudu butter
2 sudu gula
3 biji telur
1 sudu teh vanila
7 keping roti putih yang di carik2
1 kotak kismis lego
kekdahnya : rendam roti ngan susu sampai kembang. dalam bekas lain, pukul telur pastu masukkan butter dan lain2 tu. then tuang kedalam rendaman roti, kacau hingga sebati. bako la.. apa tunggu lagi...
campur sesemuanya. panaskan hingga sekali didih. kalo pekat sangat, campur air... semuanya boleh di adjust... senang jer... makan pun sedap.
masa kat umah pak ngah, tak sangka laku la pulak my puding. sejam jerr kot kat umah pak ngah pastu aku gie spital. bawak 2 ketul puding kat mak wah. dah 2 hari kat HKL. tak tahu sampai bila dia akan menginap di sana. may be sampai lepas habis kimo & radiotherapy. lama lagi tu... hope semuanya berjalan dengan lancar.
aku gie pasar malam ngan kak norma. beli buah2an, sayur2an, ketam serta udang dan macam2 lagi sampai tak larat nak bawa..
malam ni.. layan citer ni.. rasa macam 1st time jerr tengok citer nih. kelako abis..misi malam ni.. nak edit & combine video clip. semuanya semata-mata kerana dinner 29hb nih. hope menjadi la nanti apa yang aku nak buat. mudah-mudahan..
lagu paling popular dalam carta sejak dua menjak ni.. ialah lagu nih
Malam pesta muda-mudi - Saloma
Malam pesta muda mudi
Bertemasya dan menari
Suka ria dalam hati
Sungguh ramai malam pesta
Muda mudi bergembira
Hilang rasa duka
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."