20 September 2010

pengantin mak andam

Hari ni, kitaorang pagi2 pakat2 gie butik pengantin. Mulanya achik nak kansel baju dia sebab dia nak pakai yang purple. Tapi last2 dia just tuko yang dia dah tempah, kaler kuning kepada kaler cream. Kebetulan, amirol pun ada sama.. so, boleh la wat percubaan.

Lama giler kitaorang kat situ.. al maklum la.. bawak orang yang cerewet ni.. sampai pening kapla tuan punya kedai dek kerana melayan aku nyer karenah. Pengantinnya tak de la apa sangat.. aku plak yang lebey.. wakakaka.. dari ke pelamin sampai la ke tempat makan, semuanya kena tuko.cam aku plak yang nak kawin... hhehe..

Lepas pada tu aku bawak mak, opah & syafiq round2 pekan. Nak cari barang skit. Achik plak dah gie dating ngan amirol. Sebelum balik umah aku gie beli barang2 dapo kat econsave. Aku memang suke membeli ikan kat situ sebab murah.. aku beli ikan pari 2 ekor, baru pat henget lebey.. hasilnya macam2 ikan aku borong sampai mak kata.. dah dah la tu.. hahha. Tapi ikan2 kat sini memang murah compare yang selalu aku beli kat kl nun.

Petang, dok diskas pasal syiling kat umah ni.. esok lusa tak de la Nampak besi2 cam nih...

Aku tatau ce mana nak cakap lagi dengan adikku yang sorang nih.. tak lekat kat umah. Umah ni jadi cam hotel dia jerr.. macam2 dah perkataan di gunakan tapi tak lut. Ada sekali tu, dia hilang pepagi buta lagi. Pergi mana tak cakap. Sampai petang tak balik2. Tak de sape yang tahu dia gie mana. Memang la dah beso... Kononnya aku nak marah, sebab dari pagi tak balik2. bila aku tepon tanya dia kat mana, dia cakap kat kelas, belajo fardu ain. Terus tak jadi nak marah. Kalo bagi tahu orang siang2 kan senang..

Kalo dia melepak kat surau tu.. sampai pukul 1am baru balik. Kalo ada usrah dgn budak2 tabliq tu tak per gak ada pengisian.. tapi just lepk jer.. tu yang tak bagus tu. Time ni, ada aku kat umah.. esok2 bila dia tinggal ngan mak.. kesian mak..







....from kekwa22 with love....

15 September 2010

pikir weeiii jgn tak pikir

malam tadi.. nyenyak jerr aku tido kat umah pak tam. memang dah lama tak tido umah pak tam. ada la dekat saploh tahun. hahaha.. bagus betul anak sedara dia yang sorang ni. biasa kalo pi ipoh, gie tido umah cik mat jerr.. kali ni, tuko angin plak. lepas pi umah cik mat, kitaorang pi umah pak tam. sebab nak bermalam.

tah aarr rasa tak best plak bila jumpe cik mat.. may be.. esok lusa lupa la.. hopefully. biasanya aku ni.. bab2 cam ni memang la sukar nak di hapus dari dalam minda. biar la.. jangan pk dah.

ni, kolam ikan kat porch umah pak tam. tak de la beso sgt kolam n.. lebar dia dalam 1kaki lebih jerr. dia bela ikan keli. banyak gak. tapi lom beso lagi. then paling poyo.. dia sediakan pancing plak. padahal.. sauk jerr dah boleh dapat. saje jerr nak menghabiskan udang mak tam wat umpan.
ni, hidangan untuk lunch before aku sekuarga berangkat balik ke umah mak.

ni, sawi goreng
ni, gulai masam pahyang ni plak sambal udang dan petai. mak tam beria2 menghulurkan kat aku sambal udang ni.. tapi mujur mak begitu memahami. 'dia bukan makan petai' hahhaha.. cayalah mak.. siap jadi juru cakap lagi. mak memang tahu apa yang anak2 dia suke & tak suke. mak siap cakap, tu, bertuah sangat makan nasi. kalo tak tak di pandang nya.. wawawa siap wat announcement lagi.

lepas zohor, aku sekuarga bertolak ke kampung halaman. alhamdulillah hujan pun dah berhenti. kalo tak dari pukul 6am sampai pukul 12pm hujan mencurah2. tak berhenti langsung.

lengang jerr jalan menuju ke utara. tapi highway menghala ke ipoh, jammed tak hengat.

petang tadi aku buke kedai bakery. abang lim request.dia nak cake. yang hari tu dia request, aku lom buatkan. dia nak chocolate cake.. tapi my coco powder dah abes. that why kena tuko dgn yang len.

ni, aku buat apple cake jerr.. resepi cam hari tu.. marbeles
abang lim tanak toping ngan apa2 sebab dia malas nak melekit2. tapi memang best apple cake.. nyum nyum.

malam ni, aku melepak kat old town. sebabnya sambil2 tunggu achik. dia balik kg naik bas. dijangka akan tiba dalam 1130pm. so, aku ada banyak masa nak berpoya2 di alam maya.. hehheeh.. tapi sejuk aarr kat sini... udara sejuk malam ni..

aku masih memikirkannya...... aarrggghhhh penat dah otak teman memikior..






....from kekwa22 with love....

14 September 2010

Rahmat Ujian

Pagi ni, pagi2 buta, sesudah subuh, soklan maut kuar lagi. Adoooiii.. ingatkan habis semalam jerr.. rupanya pagi ni masih lagi kedengaran. Entahlah... susah aarrr.. aku tatau ce mana dah.. tapi aku tau aku kena wat keputusan. mudah-mudahan one day aku di beri kekuatan untuk membuat keputusan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

aku kuar dgn abang lim nak cari syiling umah. puas mencari... mula2 gie penang.. dah tak jumpe, gie kedah plak. tak jumpe kat kedah, gie perak plak. wah.. 3 negeri tu kasi borong.. macam jauh plak.. aku yang drive, di sebabkan aku tatau jalan aku tanya la abang lim, ni nak jalan straight jer ke? abang lim jawab.. jalan terus jer... then aku tanya balik.. apa beza jalan straight dgn jalan terus?

Hari ni bersiap2 nak gi beraya kat ipoh. Plan ada 4 umah yang nak gie.. mudah2an tercapai hasrat. Aku bawak mak, opah, syafiq & abang lim gie beraya. Angah pun ikut sama. Then dia tros balik kl.

For nizam, sabarlah.. tu jerr the best word yang aku boleh bagi. Allah sedang menguji awak. Aku tatau nak cakap apa sebab aku totally speechless. Setiap orang ada bahagian masing2.

Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.

Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.

http://ms.langitilahi.com/bila-kita-diuji/

Rahmat Ujian - Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu








....from kekwa22 with love....

13 September 2010

pesal aku tired nih?

Pagi ni, hanya angah jerr yang bz2 sebab kawan dia nak datang beraya. Aku plak mulanya layan blues jerr dgn syafiq. Biasa la.. aktiviti aku ngan dia tengok budak lapok. Aku layan jer aku pun tatau dah berapa kali aku layan budak lapok tapi tak bosan2.. sampai dialog pun aku dah hafal.. wakakaka.. citer ni jerr yang aku layan time aku bosan or sedih tahap dewa. Sebabnya ianya menghiburkan...

Ni our breakfast. Senang giler.. kasi rebus jerr..

yang len2 tu.. diaorang masak. Aku hanya concentrate bab nih jer.. hahaha..

macam la susah giler nak rebus jagung. Tapi, jagung ni memang marbeles. Lemak bercream. Beso plak tu... tapi tak de maknanya mak yang tanam.. gie tanaman kat pekan ahad kat titi serong. Hulur saploh henget, dia kasi 12 ketul. Beso2 weiii jagung nih... tak caye, mh tgok nih...

Mak ajak beraya kat umah toksu.. maka aku pun gie la ngan mak, achik dan syafiq join sekali. Kalo aku nak gie sensorang.. tak de maknanya.. 10 kali aku gie pt buntar pun aku tak singgah. Hahaha baik betul aku kan? Toksu ni, dia kahwin dgn adik arwah opah belah ayah.

Sempena achik nak balik esok, dia request dgn aku nak chocolate cake sebijik. Abang lim pun nak sebijik gak.. so, untuk tak menghampakan adik aku tu.. maka aku pun buke la kedai bakery. Ingat dah tutup dah.. rupanya masih kena buke.. maka bertapalah aku kat dapo. Aku hanya wat untuk achik jerr dulu sebab esok dia dah nak balik. Abg lim lambat lagi.

Angah pulak sibuk dengan masak untuk lunch. Menu dia hari ni sotong masak kicap. Achik plak.. bukak butik.. aku sambung plak dengan kedai dobi. Then baru jer aku tertido dalam 5 minit, dah kena kejut. Aku tak de la landing tengah2 umah. Aku landing dalam bilik jerr... kawan adik datang, diaorang suruh aku masak mee goreng.... baru jerr nak tido... padahal bukannya diorang tak reti nak goreng me.. tapi sajerr jerr dgn alasan aku nyer mee goreng best sikit. setakat best sikit tu... apa la salahnya kalo aku sambung tido

Aku pun wat la mee goreng dalam mamai2 tu...

Petang plak, dah dekat 630pm, achik bagi tahu yang amirol nak datang. Dia nak datang bersama2 dgn kakak2 dia & anak2 sedara dia. Bila achik tanya, nak masak apa? Mula la fenin. Aku dah malas dah tengok rupa mee. Dah 2 hari dah mee pelbagai version kat umah ni..

Achik bagi idea masak spaghetti dgn alasan, masa dia gie sana, diorang masak spaghetti tak best. Hahhaah sempat lagi achik mengutuk. Hasilnya.. aku ngan angah kena pi cari daging la nak wat kuah. Time tu dash dekat pukul 7 dah. Diaorng nak datang lepas maghrib. Tapi kitaorang bajet diaorang akan sangkut kat juru.. hahhaha... mula2 cari kat econsave, tak ada. Then kat billion, tak de gak. Singgah minat, tak de gak. Aku bajet last skali nak gi cari kat mini market kat area paso.. kalo tak de, aku tuko ngan daging burger jerr.. haaaa.. mujur la jumpe jugak dengan daging kisar. Selamat...

Opah cakap api dapo kat umah ni, tak pernah padam. Ada jerr bende yang nak di masak. Mujur la ada tukang masak dan tukang kemas. Kalo tak mau nyer fenin.

Ni, hidangan untuk amirol dgn kaum kerabatnya.. sebab dah malam dan masa tersangat la suntuk.. tak sempat nak masak apa..

Tak sangka my spaghetti laku malam nih. anak2 sedara amirol makan tak nak stop sampai mak dia tego. hahah.. ada la suara2 sumbangsih yang menyatakan ‘sedap spaghetti ni’ .. tengok aarr sape chef.. wakakka.. apa la dia diorang ni.. kalo nak bodek tu agak2 la... masak campak2 cam tu pun sedap gak ke?


ni, my plate.. bersedia untuk di baham

Lepas dah siap2 kemas, time lepak2 tu... soklan yang paling aku bajet jgn la ke udara, kedengaran. Ni, bukan setakat soalan cepu emas. Tapi soalan yang boleh membawa maut. Pancung itu kapra... Adoiiiii.. susah den ni.. di sebabkan soklan ni la.. macam2 yang aku kena pikir.. bukan pikir sekarang jerrr semalam2 dah pikir dah.. last month pun pk gak.. last week pun pk gak.. last two days pun. hahhaa.. ujan weeii ujan..

Aku wat keje penat, dia plak yang letih. Over acting betul... siap landing baik nyer... siap ada bantal lagi. bantal yang tak padan dengan orang..eehh silap.. bukan orang, tapi kucen.. hahaha. Bantal ni, before anak sedara amirol yang tido. Masa orang datang dia tah kemana lesap. Bila orang balik, dia pun balik.. orang sibuk mengemas, dia sibuk membuta.







....from kekwa22 with love....