Pagi ni letih sebab malam tadi tak cukup tido. Pukul 10pm jerr semua dah landing. Termasuk aku.. then pukul 1am lebih, aku bangun. Ujan punya le lebat. Lepas jerr solat.. mata dah segar.. rupanya pah pun dah bangun.. hasilnya.. aku bersembang ngan pah sampai pukul 5am. Mak join pukul 3am. Achik n angah yang dok tido sebelah aku ni.. marah2 kat kitaorang sebab bersembang dekat dengan dioarng nak tido.. macam2 topik ada..
Memang malas betul nak angkat segala meja, kusi n sofa2 ke hall semula.. mak & achik gie pej agama. Sebab nak submit borang dan tah apa2 tah di cari lagi.. kat bandar tu.. semuanya berkaitan dengan achik la jerr la..
Achik kan.. dia ni mmg tak aci.. orang sibuk2 wat preparation untukdia,.. dia sibuk2 wat drawing. Dia nak siapkan sebiji umah bungalowby next week. Tetiba plak dapat project.Lumayan plak tu.. so, tu yang dia nak siapkan juga.Tuan punye umah tu kasi achik lcd tv for hadiah kawin dia.. besar mana, achik tanak bagi tahu. Dia kata, biarlah rahsia.. cesss... poyo jerr... tu yang kitaorang dok bodek2 supaya letak kat umah mak nih.. hehehehe... ala.. dia akan balik sini gak.. amirol kan keje kat penang..
Aku kat umah.. menyiapkan project2 wat bunge untuk achik.. di bantu oleh angah tolong potong reben serta mak wah yang dalam tak larat tu nak juge menolong... pah tolong tengok jerr.. dia cakap ‘kalo semua cucu pah, tangan macam along kan senang.. pegang kain jadi baju, pegang bunga jadi gubahan & pegang tepung jadi kuih.. ‘ ni yang aku bengang ni.. masa bila pah nampak aku pegang tepung.. always guna sudu jerr... peerrgghh ni kira bodek tahap dewa pah nih.. dia tak tahu.. kalo cucu dia ni malas, satu sen pun tak guna.. hahhaha.. biasanya malas tu lebih banyak dari rajin & kalo dah terpaksa tu.. mahu tak mahu.. kena la jugak.. dah terpaksa kannnnnnnn
Ni le hasilnya... 13 kuntum munge.. lagi dua, achik cakap dia nak guna fresh flower. Ske ati la..
Then aku sambung baking choc cake untuk my lovely harith.dia memang suke dengan my cake..
Tengah hari tu.. achik balik ngan mak.. tapi borang kat pejabat agama, masih lagi tak selesai.. dah berkali2 dah gie.. tu yang mak bengang tu.. mak cakap, ‘nak kawin pun susah’ hasilnya pukul 2 lebih aku ngan achik kuar semula. Tujuannya gie pej agama semula & gie klinik cari ubat mak wah n pah. Puas pusing satu bandar, tapi jenis ubatnya tidak ketemu. Sementara nak tunggu pej agama di buka, aku teman achik gie butik pengantin. Nak hantar spider yang aku guna semalam. Hari ni, achik tuko lagi baju persalinan majlis dia. Dah dekat 4 kali dah dia tuko sementara nak tunggu 18hb akan datang..sampaikan akak kat butik tu.. fenin dah ngan achik..
ni yang paling latest yang menjadi pilihan dia.. mirol akan pakai baju kaler putih. Ok le.. sebabnya amirol dah warning dia siap2 dah.. dia tanak pakai baju kaler pink.
Then aku teman achik ke pejabat agama. Maka selesai la urusahan penyerahan borang2 achik. Berkali2 gie.. baru okey..
Balik dari tu.. pah, mak n mak wah serta achik, siap2 untuk gie ipoh. Gie mana lagi.. kalo bukan umah pak tam.Diaorang bergerak dari umah mak dalam pukul 5pm lebih. Hasilnya tinggal la aku ngan angah berdua. Mujur dalam 8pm lebih lim balik umah.. bertambah la ahli umah ni..
Hari ni, aku mendapat satu perkhabaran yang aku tak pernah imagine langsung dari enche affa. Pelik tapi benar.. itulah hakikatnya.. pada aku, ianya memang mustahil. Sangat2.. tapi tu le namanya takdir.
Malam ni, aku wat chocolate box untuk achik...
Ni le hasil keras tangan aku nih..
malam ni abang lim balik. ingatkan aku tinggal berdua jerr ngan angah... mujur bertambah lagi sorang.. perkara pertama dia mintak adalah nak tengok gambo on my day.. so, aku pun kasi le...
Dah dah jom tido.. aku dah tak larat sangat dah ni..
Maleh betui nak bangun pagi ni.. sejuk sangat2.. penatsemalam lom ilang.. aarrgghhhh.. harinya telah tiba..
Banyak mende nak kena wat ni.. semuanya mesti siap before 12.30pm..
Mula2 aku menyiapkan barang2 untuk hantaran.. 5 jerr.. tak banyak.. tapi nak pikir yang 5 ni.. punya la susah.. sebabnya.. masa suntuk sangat.. aku kan kalo pikir2 balik.. pesal lerr nak menyempit time2 ni plak.. may be.. time ni aku cuti lama.. n dia pun tak de masalah.. time ni.. before his final semester. May be.. dah sampai seru kan.......
Ni, hantaran untuk ahli2 rombongan..
Muffin oren
Cheese tartBuah2an
Chocolate
Cake
Ni plak.. sebab dah menjadi adat istiadat.. kena la ada... orang perak kannnnnnnn
Tepak sirih.. yang ni pah yang wat.. aku tak reti. cantik kan.. kekwa oren.. rupanya dalam tepak sirih ni, kena letak beras n duit.. aku ingat bahan2 nak makan sirih jerr...
untuk tetamu yang hadir
Dah settle semua2 ni.. jom jom masuk dapo.. masakla weeiii wat mende lagi.. mak cakap kat kengkawan dia, ‘biar dia masak.. kita tolong kacau jer... tak pun, tolong tengok je.. kalo tak nanti tak kena dengan cara dia,.. dia yang nak menjamu’. Huhuuu.. ayat power mak.. mana tak nya.. tetiba kengkawan mak nak masukkan asam keping dalam masak lemak nangka.. mana bleh weiii.. pah pun tak pernah letak asam keping.. dia pun pelik... mujur aku cepat menghalang.. sebabnya orang2 kat sini letak asam keping. Resepi tak sama maaa.. So, sebelum bahan2 di tuko ikut cara diorang, aku yang kena take over. Hasilnya memang penat sangat2 memasak.. mujur bab2 potong memotong serta blend dah settle. Tinggal nak masak jerr. Orang tamak selalu penat.. huhuhuu
Menu untuk tengah hari ni...
Masak lemak nangka & bilis
Ayam masak merah
Sayo campur
Pajeri nanas
Kerabu mangga
Yang tak de dalam gambo.. sebab tak sempatamik gambo.. dah diorang halau suruh pi mandi.. hehhehe.. may be.. diorang dah tak tahan dengan bau aku yang tak serupa orang ni...
Ikan goreng
Sambal belacan
Mentimun
Ikan masin
Buah oren - sebab tema oren
Kuih muih yang aku wat semalam
Dan yang ni, sponser by awek abang lim... pergghh dah ada awek tuuuuuuuuuu.. jangan tak tahu...
Jeruk
Semalam, adik ada tanya.. apa menu untuk hari ni, maka, aku pun sebut satu2.. adik cakap.. macam2 ada.. sampaikan dia kata.. nanti orang confuse plak nak makan mana satu.. punya la banyak.. hehhe
Hari ni abang lim ngan adik tak ada. Diorang tak leh keje n cuti. Abang lim baru je tuko tempat keje. Sama gak ngan adik.. baru keje tempat baru sebulan.. so, mmg tak de cuti.. kalo aku pun kalo baru keje akan menghadapi masalah yang sama. Lagi pun next month.. diorang kena cuti on Friday. aku, ok jer.. bukan sengaja kannnnn... kalo ikut diorang.. memang la.. nak ada on my day.. dari semalam abang lim telah menjemput orang2 kampung.. dia yang sibuk.. siap pi tambah jemput orang 2 kampung lagi. Dia cakap biar ramai..
Pah, mak n aku sangat2 harap yang cik mat boleh datang. Sebabnya sape nak cakap2 kan.... tak kan pah plak.. pak ngah memang awal2 lagi dah bagi tahu.. tak dapat cuti. Lagi pun block dia wat korban. Dia kan ajk kat situ.. so, mana boleh tinggal..
pak cu plak dia nyer cuti dah bajet untuk kenduri achik n sedara dia bulan 12 tu... dia datang umah mak.. 16hb.. lepas19hb, dia balik kl.. dan 24hb akan datang penang lagi.. anak sedara belah mak cu plak nak kawin.. kan kena datang sini 2 kali.. so, ok la kalo tak datang..
pak tam plak.. nak wat kenduri arwah on sabtu becoz my lovely harith nak bersunat. Satu2nya anak laki pak tam. Hari ni.. dia kena pi amik pinggan mangkuk kat penjaganya.. becoz petang ni dah tuan penjaga dia nak balik kampung di Pahang.. barang2 nak masak pun nak di beli. Pak tam ni.. kira 1st time nak wat acara kenduri.. plak tu.. pak tam ni.. gelabah sikit.. hehheeh dia tak biasa.. so, alasan di terima.
Semalam masa kol cik mat pun dia dah agree datang umah aku.. tapi, pagi ni, dia kol achik.. n cakap ngan pah dalam pukul 11am, dia cakap dia tak datang yang alasannya.. sangat2 aku tak boleh berkompromi..... alasannya.... tak payah sebut la.. kan aku dah pesan.. kalo nak bagi alasan kat aku.. biar la yang canggih sikit... tak per la.. ok jerr.. tak datang pun tak per.. tak yah datang langsung pun tak per... cumanya.. semalam.. boleh jerr tepon aku.. hari ni, pesal tak leh..
muke pah dah berubah.. dia pandang jerr aku dengan pandangan yang keciwa. mak pun dah tatau nak cakap apa.. aku kecik ati aarr.. then aku tengok mak sibuk dok pikir nak minta tolong sape.. sebabnya majlis akan bermula lagi 3 jam jerr..mulanya mak nak minta tolong pak su. Dah bagi tahu seminggu dah.. Tapi, pak su awal2 lagi bagi tahu yang dia tak reti nak cakap.. anak dia yang 11 orang tu.. semuanya orang len yang cakapkan.. dia mmg fail bab2 ni.. kesian mak.. kena pikir... aku tau mak frust. Ni yang aku tak suke kalo mak n pah keciwa.. aku tak sampai ati aaarrr..... nak nengok diorang tu.. sedih.. kalo diorang sedih, aku lagi sedih. aku mmg kalah bab2 nih.. bertambah2 kecik ati aku nih.. ujan weeii... sepatutnya tak boleh ujan on my day tapi tah aarr... kat sini kitaorang tak de sedara mara yang ada pun tu jerr la.. terima kasih yerr abang zulkornain yang sudi menjadi juru cakap. Jasamu di kenang.
Masa yop si photographer & his wife, k ina, datang.. aku baru nak masuk bilik air.. k ina yang akan make-upkan aku hari ni.. kena tunggu aku mandi dulu.. hehhehe.. punya la poyo.. k ina & si yop ni.. dok wat laporan yang betapa gelabahnya.. kawan baik dia aka my bakal tunang menjelang hari ni.. hehhee.. aku boleh imagine.. ce mana rupanya...
Tepat pada pukul 2pm.. maka sampai la.. ahli2 rombongan ke umah mak aku...
Yop cakap.. siap ada kad jemputan tu, yang tak hengat.. hehhee.. ni.. keje2 kawan dia le.. aku tak campo..
di mulai dengan episode makan2.. sebab pah cakap.. masing2 dah lapo datang jejauh.. maka.. kita makan dulu... aku dok bajet cool jerr kat dalam bilik.....
Ni, upacara penyerahan tepak sirih oleh abang zulkornain & wakil dari sebelah pihak lelaki.
Kekdahnya.. mule2 duduk bersila mengadap2 sambil pegang tepak sirih, tuko, angkat tangan n salam.. setel...
Tak lengkap le kalo tak de sessi nih...
Ni.. barang2 hantaran dari kedua belah pihak...
Cake
Ni plak adik beradik kedua belah pihak. Yang tak ada, abang lim n adik. Achik, angah, aku, enche affa, kak ngah n anak serta hubby dia serta ain, adik bongsu enche affa.
apa yang pelik dalam gambo nih? kipas.. kenapa kipas ni tak berpusing? pada hal.. tengah ligat berpusing.. yop.. ce mana kau wat nih?...
Ahli2 rombongan sumerbalik dalam pukul 4pm. Tapi enche affa kena tinggal sini.. becoz, achik dah booking bakal abang ipo dia ni..
Wah! enche affa.. ramai yang cakap muke dia macam norman hakim. Gelak beso aku aarr.. kelako weeiii.. Then cakap aku ni, taste artis la pulak.. hampeh betul.. siyesly, selama ni.. aku tak pernah langsung nampak yang enche affa ni.. ada iras ke whatever yang sewaktu dengan norman hakim. Totally zero. Termasuk le amirol & amir my cousin pun cakap muke enche affa kite ni.. macam norman hakim..... yerr la.. suke ati kome le.. tapi teman idok agree langsung...
Achik suruh enche affa amik gambo dia n amirol sebab nak wat banting n banner sempena majlis dia.. baru jerr beberapa jam jadi tunang along dia.. dah kena buli.. nasib le.. nak jadi abang long, kena la berkorban apa saje.. achik cakap, sajer.. nak tgok skill abang affa... nasib le enche affa.
Hasilnya.. dari pukul 7pm sampai le pukul 11pm lebih, achik dok mengadap gambo dia jerr.. sampai orang len fenin & malas nak layan dia...
Takbir.. memang special hari raya aidil adha ni.. kite boleh takbir selama tiga hari berturut2..
Lepas jerr solat sunat aidiladha, aku kuar gie bandar dgn achik. Episode soping masih belom habis lagi.. kali ni.. aku nak cari munge2 and buah2an. Ada lagi bahan2 yang nak di masak untuk esok, belom mencukupi..
Aku masak mihun sup kerr untuk hidangan hari ni. Tapi.. memang tak sempat nak ambik gambo pun.. becoz of.. tersangat la bznya.. mujur la tak de sape yang datang.. hehehhe punya la.... sebab hari ni, sangat2 bz. Terok kan aku nih...
Hari ni mak su wat korban & kenduri sikit pada sebelah petang.. punya le penuh kete parking depan umah.. ada 15 biji kete semuanya.. baru aku sedar yang halaman umah mak ni.. besar jugak rupanya.. Nampak kecik jerr.. boleh le business used car.. kueng kueng kueng
Balik dari soping, aku buke kedai bakeri.. nak wat segala kuih muih yang menjadi bahan hantaran. Bajet kali ni.. semua bahan makanan jerr sebab dah tak sempat nak cari barang. Apa taknya.. wat keputusan untuk wat majlis ni.. dalam masa 3 week jerr.. pulak tu.. time tu, aku nak gie holiday.. mana nak pikir sumer2 nih... ada 21 hari jer.. gie holiday 4 hari.. gie soping ngan mak n achik dah 2 hari.. kira tinggal 2 minggu jerr. lagi le kelam kabut. Tu yang achik cakap.. nak menyempit majlis dia.. tu kenapa? hehhe..
Tah aarr siyesly.. sesemua ni tak rancancang pun.. semuanya terlalu pantas.. dalam masa 4 bulan, macam2 berlaku. Aku rasakan.. bermula dari dia datang raya umah aku.. tapi masa tu tak kisah la sape nak datang. Beraya kan.. tidak membawa apa2 makna pun.. bukan nya mak tak biasa kengkawan anak2 dia beraya.. then dah la datang beraya kat umah orang, kidnap plak anak dia.. bawak lari sampai ke penang.. gie penang.. bukan wat apa.. gie solat asar & makan kfc jer.. pada hal.. kat pt buntar pun boleh.. sajerr kan.. dapat jammed jerr lebih.
Then masa nak gie beraya kat ipoh, umah pak cik2 aku, aku pun singgah umah dia.. beraya kannnnn. Tapi bukan aku sorang.. aku gie ngan mak, pah, achik, angah & abang lim. 2 buah kete tuuuuuuuuuuuu... sebabnya angah nak terus balik kl. sambutan dari his family sangatlah menggalakkan.. sampai kak ngah cuti lagi tu.. semata2 nak meraikan tetamu.. tapi motifnya nak nengok abang nyer kawan ngan sape.. kueng kueng kueng
Masa ni, abang lim memang interview abis. Bukan setakat menyiasat macam polis seperti yang biasa2 tu.. tapi sangat2 luar biasa soalannya. Ha.. kau.. terkezut empunya diri dengan soklan abang lim yang tak boleh di ramalkan.. antara soklannya .. jeng jeng jeng.. ‘apa qualification abang ni?’ perrgghh... siyesly polis pun tak tanya soklan ni.. masa gie interview pun tak tanya soklan ni.
Masa nizam nak amik gambo pah kat studio tu.. dia ada la cakap ngan pah.. mende apa tah.. dok senyum sengih jer.. aku tanya jerr.. menyengih.. cess.. macam poyo jerr... then masa balik tu, pah bagi tahu.. yang tak tahan tu, pah cakap, ‘nizam pesan jangan bagi tahu ina’ hahhahahah.. lawak weeiii... apa la nizam ni.. pakat dengan pah konon... tak de maknanya...ni, cucu opah la..
the best man win kan... pakat le ce mana pun.. dok herang weeiii... then dua or tiga hari lepas tu.. ada sumone ajak aku bertunang.. tu dia.... alasannya.. dia dah abis pikir dah.. n jom jom jom.. perrgghh so simple.. n sooooo sweet. then hari yang dia tetapkan 18hb nov 2010. Kuasa veto semua di tangan dia.. Tu dia... before aku nak main badminton, aku kol mak.. n bagi tahu kat mak yang ada orang nak datang hantar tanda raya haji ni.. mak aku cakap.. ok jer.. aku yang bantai gelak.. tah apa2.. tah aarr rasa segan plak ngan mak.. so, gitu le salasilahnya.. may be dah di takdirkan dan tersurat sedemikian rupa..
ni, persiapan aku menjelang esok hari..
munge untuk esok.. Kekwa mesti la ada... kan kan kan..
Ni plak buah2 yang aku pilih.. tema buah adalah buah2 yang kaler ijau sahaja. Achik kata poyo betui.. pah kata.. naper la pilih buah yang masam... nanti jadi masam.. pah ni, macam tak paham yang cucu dia ni.. dah cukup manis dah... hahahhahaa
Aku rasakan.. my bakal tunang tu.. sangat2 pening dan hampir bengang ngan aku sebabnya.. aku dok suruh dia pikir aku nak kasi apa kat dia.. bila penat2 dia pikir jerr , aku senang2 jerr reject. Manyak aarr idea dia yang di tong sampahkan.. memang kesian.. huhuuhu... Mujur dia tak hangin ngan aku.. hehheh.. pada hal.. dia yang nak menerimanya...
cumanya aku terkilan satu mende yang dia pikir dan aku sangat2 agree untuk dia. Tapi aku yang tak sempat nak cari dan mengadakan mende tu untuk dia.. sebabnya masa sangat mencemburui aku.. tak boleh menyelit & adjust langsung masa untuk gie beli... sori ye... nanti2 kita cari taw..
Sebenarnya.. tak de langsung agenda nak mengadakan majlis ni.. tetiba jer.. dapat idea yang mengkelam kabutkan diri sendiri serta orang lain. Tak plan apa2 pun. Tak terfikir dan terlintas langsung di hati sanubari.. sampaikan.. aku sendiri pun tak caye.. errr betul ke aku ni.. kerr.. masih lagi mamai2..
Ni hasil kerja tangan aku selama seharian dari pagi sampai le ke malam...
Di sebabkan temanya oren.. maka, muffin oren mesti ada.. untuk hantaran Ni plak cheese tart untuk hantaran Ni plak chocolate cupcake untuk tetamu Ni plak on the way nak packing cupcake Malam.. aku buat kuih untuk esok.. apam ayu. Aku wat dah le satu adunan jer.. aku tinggal jer kejap.. sebab bakal tunang aku tepon untuk nak confirm kan hal2 esok. Aku gie jerr kat dapo.. dah abis satu mangkuk.. punya leee.. diaorang ni.. mulanya cakap nak rasa.. rasa apanya abis satu mangkuk.. tak de la marah diaorang.. lagi pun.. memang sedap apam ni.. sangat2 gebu dan lembut. Tak sama macam beli kat kedai tu.. So, aku kena pikir yang len le untuk top up kan my kuih. Last2 agar2 jerr la.. paling senang n mudah nak di buat. So.. simple...
Sementara nak tunggu agar2 beku..
jom jom tido.. penat weeiiii.. sebelum tu.. jeng jeng jeng.. jom tengok sape yang akan menjadi tunang aku esok hari... ni le orangnya.. jangan tenung lama2 taw..
Lagu ni, bakal tunang aku yang kasi.. dari filem the mask of zorro . sooo sweet.. enjoy
I Want To Spend My Lifetime Loving You - Marc Anthony
Moon so bright, night so fine Keep your heart here with mine Life's a dream we are dreaming
Race the moon, catch the wind Ride the night to the end Seize the day, stand up for the light
I want to spend my lifetime loving you If that is all in life I ever do
Heroes rise, heroes fall Rise again, win it all In your heart, can't you feel the glory?
Through our joy, through our pain We can move worlds again Take my hand, dance with me
I want to spend my lifetime loving you If that is all in life I ever do I will want nothing else to see me through If I could spend my lifetime loving you
Though we know we will never come again When there is love, life begins Over and over again
Save the night, save the day Save your love, come what may Love is worth everything we pay
I want to spend my lifetime loving you If that is all in life I ever do I want to spend my lifetime loving you If that is all in life I ever do I will want nothing else to see me through If I can spend my life time loving you
Aku nak tido nih... sebelum tu.. jangan mare ye.... enche affa, nanti kena jual.. esok kite jumpe ye...
Pagi ni, aku siap2 awal. Pukul 530am dah bangun. Sebabnya target nak sampai kat umah man pukul 630am. Tapi dekat2 650am baru le bergerak kesana. Yang lamanya bukan bersiap tapi dok pikir ce mana nak masukkan barang2 kat dalam kete. Banyak giler. Kalo tak de penumpang kat belakang, tak per.. no hal. Memang tak yah adjust apa2.
Pagi ni, sebelum kuar umah sempat bercerita dengan kak norma. Bila kak norma memulakan tazkirah lepas subuhnya.. ujan aaarrr lebat plak tu.. tengs kak norma
Hari ni special aarrr.. to king, hepi birthday. Semoga di panjangkan umo dan di murahkan rezeki dan segala impian akan menjadi kenyataan.
Selamat Hari Lahir - Saujana
Awan Berarak Ceria Tiada Titisan Hujan Pohon Melambai Tanda Sokongan Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman Di Hari Lahirmu Sahabatku Dedaun Berguguran Membuktikan Kedewasaan Walau Tanpa Madah Dan Hadiah Namun Cukup Bagiku Sekadar Ucapan Selamat Hari Lahir Iringi Doa Kuhulur Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia Sahabatku Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti Selamat Hari Lahir Usiamu Ibarat Mutiara Tiada Berganti Lagi Hiaskan Iman Bersulam Taqwa Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi
Sampai jerr umah man.. kena adjust len. Becoz pah n mak wah ada 2 beg lagi semua.Then lepas tu terus le gerak balik kampung.. ho ho ho balik kampung. Hati girang..
Tensen aaaarr bila semua dah jammed. Then tatau nak hala ke mana dari cheras. Mmg la man bagi instruction nak belok mana.. tapi jammed punya la teruk. Pada hal kira awal lagi.. hasilnya.. sementara aku nak masuk plus tu.......... habis aku round 1 kl. Bukan setakat kl, sampai le ke pj sana nu.. masuk sprint/penchala link. Sampai damansara. Then masuk pulak NKVE, baru la sampai PLUS. sampai tu.. memang sampai tapi tu aarr.. round the world. Pulak tu.. sikit2 kena bayo tol. Tapi aku tak e la guna garmin pun.. just tengok sign board jer.. tapi mmg tension.
Aku risau satu jer... pah mmg tak tahan jammed. Sebab berhenti2.. nanti dia muntah. Aku memang serik sangat2 masa jammed n pah muntah2 kat masa gie muo ari tu... kesian dia.. penat oo muntah.. di samping tu... makwah pun bukan sihat lagi.. dia pun kuat pening gak.. sat lagi bila dah sumer fenin.. aku plak yang fenin.. lagi haru...
Aku singgah tapah jer untuk bfast. Angah jerr makan. Aku tengok jerr dia makan. Sebabnya kalo aku makan, sah aku ngantok. Pah pulak beli lemang. Lagipun aku kan ada buat roti semalam. Coffee bread masih ada. So, aku makan le seketul. Kan ke beso seketul tu... tak sangka pah memang minat dngn bread aku. Sebabnya walaupun dah sejuk tapi tetap gebu. Tak sia2 menguli semlam lembek2 tu.. hehhehe... pah siap request aku buat untuk esok. Memang aku tak terbuat. Nak tunggu tepung ni naik lagi.. nak menguli semula lagi.. memang la.. tak sio teman. Banyak lagi hal2 nak wat. Kalo ada BM, no hal.. gud tak alas an aku... hehehhe
Sampai umah dalam pukul 12pm, mak dah siap masak. Memang best. Aku cuma meratah jerr apa yang mak masak. memang marbeles. Tak sempat aku nak amik gambo apa yang mak masak. Heheheh lapo punye pasal.Lepas tu, episode turunkan barang2 dari dalam kete.. terkezut pah.. tengok sumer barang.. lori 1 tan ke persona? Wawawawa pertanyaan yang tak hengat. tapi mak cool jer.. becoz dia dah biasa dah dengan pemandangan cam nih.. hehhe.
Mak bagi laporan yang ikan abang lim mati dua hari lepas. Terkezut aku.. angah pun ternganga.. nasib tak masuk lalat dalam mulut. dah beso n cantik ikan abang lim tu.. dia nyer spesis yang gold ni mmg cantik dan mahal. Pak tam pun dah booking. Setiap kali aku balik kg, aku le.. yang gie beli cengkerik. Sampaikan kat bilik belakang tu.. rasa macam dalam hutan jer.. becoz of bunyi2 cengkerik bila malam menjelang tiba.. Tatau sebab apa mati.. sakit kot.. tapi tak ada tanda2 sakit.mak jaga dari sebesar jari kelingking sampai la seberat dekat 2kg. Jaga macam baby.. mana le.. dia tak sayang.. pi mana2 pun dok teringat kat ikan. Mak bagi tahu masa dia kol abang lim.. terus jerr abang lim terdiam... tak terkata apa2.
Ikan kelisa tu.. masih ada dalam ice box mak. Mak tak sampai hati nak wat apa2. Nak buang dia sayang n nak tanam dia tak sampai ati. Mak bukan letak dalam plastic pun.. letak dia.. jerr sekor kat partition pintu tu.. dok tergolek sensorang kat situ.. buke jerr pintu ice box, dah nampak.. bikin owang sedih jerr nengok... abang lim menung lama kat depan pintu ice box. Kesian dia.. sumer orang sayang ikan tu.. bukan sebab cantik jerr.. tapi sebab dah bela sejak kecik... dah jatuh chenta dah.. aku pun.. tak sampai ati nak ambik gambo..
Petang dalam pkul 3pm, aku kuar g bandar ngan angah. Nak cari cake untuk esok dan buah2 serta soping. Mulanya aku dah frust dah sebab satu kedai tu.. tutup.. then Alhamdulillah ada satu lagi kedai beroperasi. Al maklom la.. kan ke orang nak raya.. bukan nak tunggu aku jerr g beli cake kat kedai dia.. bukan tak ada kedai len yang jual cake. Tapi aku yang nak cake dari kedai yang pemilik dia malay. Kat pt buntar ni, ada dua kedai jerr yang mmg owner dia malay. Yang non malay plak, ada lagi 2 kedai. Alhamdulillah... ketemu jugak akhirnya..
Dekat pukul 6 baru aku n angah balik. Sumer dah soping dah.. achik plak on the way. Abang lim balik malam ni dan adik memang dah cuti. Satu lagi episode bermula. Kemas umah okeh.. kusi meja serta sofa, memang tak leh kemas lagi becoz kena cukup korum dulu baru boleh angkat. Berat maaaaaa... lagi pun kalo angkat sekarang ni.. esok kalo orang datang.. susah plak.. nak menghidang.. moral of the story, biar jerr dulu..
Malam, aku siapkan sembat baju untuk aku pakai semasa solat aidiadha esok...mujur ada sehelai. Tengkiu aarr nizam.. dapat gak berbaju raya sempena hari raya aidil adha.. len kali bagi lagi yerrr..
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."