15 July 2011

Macaron

lama giler tak membebel2 kat blog ni.. al maklum la bz tahap dewa dewi. bz kat opis bz dan kat umah. di tambah plak ngan badan tak berapa nak sihat.. MC dua hari tu.... puas duduk umah...

wat kata armand 'selesanya duduk rumah, tak payah pergi berjalan-jalan pun', geng ngan armand le.. apa lagi.. punya le noti.. noti macam budak umur 3 tahun le... kalo tak noti, risau le pulak.. so, layan jerrr la.. kalo cakap, pada suatu hari, cepat jerr armand sambung, 'bulung pun minyau-minyau.. jangan nak membebel2.. nanti aku datang...' petang semalam, masa aku habis jerr solat Armand cakap 'mama, doakan man jadi anak yang soleh' Alhamdulillah. Ameen.. tapi fikir jugak, kat mana le dia dapat perkataan soleh..

sampai jerr kat tempat aku hari ni, nampak ada nih kat atas meja..
wahh 2 hari MC terus dapat hadiah.. hadiah kahwin. thanks yerrr azam...

sempena tak kerja, aku wat garlic chicken
seminggu dua ni muke enche affa berseri2 jerr.. senyum lebo.. semangat nak datang keje pun bertambah2. bagus2. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mudah2an bertambah2 murah rezeki kami sekeluarga.

ni, enche affa bawa balik masa dia gie dinner rabu malam. kat hotel mana, aku dah lupe dah..
dinner sempena nak bagi sumthing2 pada staff..
kat dalam dia ada macaron.. waahhhh best2.. i like..
comei2 jer. macaron ni, memang le manis.. nampak macam keras.. tapi sebenarnya gebu.. one day.. aku nak wat sendiri macaron ni.. Insya Allah kalo datang seru.. bila tu... aku tak tahu... enche affa kureng suke sebab too sweet. armand pun boleh makan separuh jer... macaron ni, makan sikit2 jerr... sebagai manisan. kalo nak tahu lebih lanjut pasal macaron, baca kat sini.
weeii comei2 aaarr... mahal ooo kalo nak beli macaron ni, sebiji RM2. padahal cinonet jerr... tu pun kira murah dah tu.. ada kat satu tempat tu, dekat RM4 seketul.

ceerrr tengok nih, marbeles..
best2 best

kaler2 yang menarik.. menawan kalbu.. kalo aku wat, aku kena kurangkan gula sebanyak 1/2 daripada adunan.. sebab dah tahu dah.. semamangnya manis macaron ni...

kalo tengok resepi kat sini, dia nyer sukatan gula dan compare to bahan lain, ngeri weeii... ni aku kopipes resepi macaron. sesapa yang dah sampai seru tu, sila la wat..

Ingredients
  • 1 1/4 cups confectioners' sugar
  • 1 1/2 cups (4 ounces) sliced almonds, finely ground, or almond flour
  • All-purpose flour, for dipping
  • 3 large egg whites
  • Pinch of salt
  • 1/4 cup granulated sugar
  • 1/4 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 recipe Swiss Meringue Buttercream

Directions

  1. Preheat oven to 300 degrees. Sift confectioners' sugar into a bowl. Whisk in almonds; set aside. Line 2 baking sheets with parchment paper or nonstick baking mats (such as Silpats), and mark circles using a 1 1/2-inch cutter dipped in flour.

  2. Put egg whites in the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment. Beat on medium speed until foamy, then beat in salt. Beat in granulated sugar, 1 teaspoon at a time, until medium-soft peaks form. Transfer mixture to a large bowl.

  3. Using a rubber spatula, fold half the almond mixture into the egg white mixture until just incorporated. Fold in vanilla and remaining almond mixture until just incorporated. Firmly tap bottom of bowl on counter to eliminate air pockets.

  4. Transfer mixture to a pastry bag fitted with a 1/2-inch plain tip (such as Ateco #806). Pipe mixture into marked circles on prepared baking sheets. Bake, rotating sheets halfway through, until macaroons are slightly firm and can be gently lifted off parchment (bottoms will be dry), 20 to 25 minutes. Let cool on sheets 5 minutes. Transfer macaroons on parchment to a wire rack; let cool completely.

  5. Spread 2 teaspoons buttercream on flat sides of half the macaroons, then sandwich with remaining halves, keeping flat sides together. Refrigerate until firm, about 20 minutes, before serving.

teruja jerr nengok macaron ni...

jom jom.. nak gie umah pak ngah kejap pastu gie nsk, soping barang2 dapo.


....from kekwa22 with love....


“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

10 July 2011

durian lagi

balik kampung, memang le rest... lepak jerr.. kalo enche affa plak.. kalo balik kampung, badan dia tak boleh nak tegak.. duduk hanya untuk makan minum jer... selain dari tu, tumbang jerr kat depan tv. hehehe.. tak perr bagi peluang untuk dia rest. kalo tak weekend, dia bz jerr memanjang..

aaiii bila la nak baik demam ni.. dah lama sangat ni.. pulak tu, trend demam malam. sejuk giler.. time malam. kat umah mak pun sejuk dan umah kak ngah pun sejuk. kesian nya enche affa dan armand. diaorang panas2 tapi aku sejuk. memang tak leh masuk gu..

paling best bila acara makan2 durian.. hehehe... sangat2 best. marbeles weeii... sakan betul makan durian.. biasa la kebun tepi jalan. memang murah.. mulanya gie cari durian kat tanjung rambutan, frust aarr bila tak ada.. then bila on the way balik jumpa le.. dengan durian bukit gantang.. apa lagi.. borong sakan le... murah weeiii rasanya 15 biji dalam 30 henget lebey kot.. buat plak beso2 weeii.. rasanya.. errmmm marbeles.. memang sakan makan durian... armand pun makan banyak durian. puas aarrr makan durian.. eerrmmm.. marbeles...

gambo, tak derr yerr.. sebabnya.. tak sabo2 nak makan.. tak sempat... hehhee... len kali yerr

sebab dah kenyang makan durian, ni le menu kami hari ni...

asam pedas ikan parang
ni plak

pucuk paku goreng

ikan tenggiri goreng
sambal belacan tak sempat nak di imejkan...

aarrrgghhh kenyang gilerr...

wahhhh.. balik kl, jalan tak jammed.. lancar jerr.. tapi kitaorang memang mengelak lalu depan istana negara. kalo2 jammed, tak kuasa nak melayan... Alhamdulillah lancar jerr melalui duke dan mr2. sampai jerr umah.. kena buke kedai dobi serta merta.. hehehee... jom jom



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

08 July 2011

imam muda

di kesempatan yang terluang hari ni... sebab break lama... jumaat kannnnn.. so, terlintas nak intai2 imam muda. Apa salahnya kannnnnnn...

finalis imam muda
imam muda Hassan dan imam muda Nazrul

Hassan atau nama sebenar beliau Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.

Imam Muda unggul musim kedua adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati.

wajah ceria lepas di nobatkan sebagai imam muda terunggul. Tahniah Imam muda Hassan.tapi, bukan setelah jadi imam terunggul jerr imam muda hassan ceria. tapi beliau memang seorang yang ceria dan mudah mengalirkan air mata... tengok jerr episode2 imam yang lain.. berasal dari setiawan, perak.


Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah bernilai RM350,000. tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.

Imam muda Nazrul, atau nama sebenar adalah Nazarul Izwan Zolkiflee, pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah.

Tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.

boleh tengok kat sini atau pun kat sini, sini pun ada

tingat masa episode semua imam2 muda ni ke penjara, bertemu dengan banduan2 di sana, aku tak pasti imam muda mana satu.. yang salah seorang banduan mendokan kepada beliau.. imam muda tu dah sebak2.. aku plak dah menangis2 dah sebab menghayati tiap2 patah perkataan. tengok aarr episode tu.. cari dalam youtube.. bila armand tengok aku nangis.. dia pun datang tepuk2 dan peluk2 mama dia.. 'mama jangan nangis taw.. bapak gie kejap jerr.. nanti bapak balik, man kan ada..' hehehe... tu le modal dia kalo aku sad. balik jerr enche affa, terus dia wat report yang mama dia nanges.. full report weeii... hehhehe. tak cover langsung.

sebelum nak balik kampung, aku wat orange cake. dulu, aku dah pernah wat dah.. resepi, sama jerr macam kat sini yerr...

gambo nyerr tak de yerr.. sebab tak sempat nak shoot. becoz of nak balik kampung dah ni... jom jom balik kampung... jangan le.. jammed... minta2 le laluan lancar...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

06 July 2011

susu kambing

hari ni, nak citer pasal kambing plak..

Kepada para sahabatku sekelian, pada kesempatan ini ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu sunnah yang semakin dilupakan.

Sabda Rasullah s.a.w, " Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "

Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.

kalo nak baca dengan lebih lanjut, baca kat sini

kalo sebut kambing = kolestrol tu, memang dah di set mindkan dalam kepala. kan kan kan...

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.

kalo nak baca lebih lanjut, gie baca kat sini yerrr. kalo rajin, baca juga kat sini & kat sini pun boleh.

siyesly rasa susu kambing ni, memang sedap..
cubalah rasa kalo tak caye... tak de bau.. yang penting rasanya sedap..

ni, our dinner malam ni





....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”