30 January 2010

pls think it

semalam kononnya nak gi jogging pagi ni. tapi tetiba terjogging kat atas katil la plak. hehehe.. lepas subuh, kalo tido semula memang arr.. sedar2 dah 7 lebih. ermm malas la pulak nak gie. sebab cuaca dah panas. sebenarnya aku bangun dah awal dah pukul 5 lebih.

kedai dobi plak buke awal la hari ni sebab tak de apa nak wat. bagus cuaca hari ni. panas. sempat kering semua pakaian di jemuran.

aku gie sogo ngan ogie. masa untuk shopping. ramai giler orang kat sogo. maklumlah cuti dan sale. tapi ok gak kalo beli time sale. banyak boleh jimat. tapi jangan plak soping barang2 yang tak perlu, tu membazir namanya. dengar la nasihat aku. kan kan kan..

aku memang dah decide nak beli sumthing. tapi sales person tu malas nak layan aku. nak say hi pun tak. aku ni jerr excited maka terbantutlah cita2 aku. bengang betul. kalo nak beli barangan yang branded, tapi ko pakai selekeh, t-shirt & jeans lusuh jerr... sila hentikan niat anda serta merta okeh. tak de sape nak layan. ermm boleh blah! tu moral of the story aku kat sogo hari ni.

masa belek2 another barang lain, dengan niat nak membeli.. ada le sowang lagi yang baru dok usha2 kat sebelah aku tu tanya salesperson tu 'kak, tak de less ke?' then sales person tu jawab, 'dik, akak dah keje 18 tahun kat sini tak pernah ada less. kalo akak mati kat sini pun rasanya tak de less jugak' aku gelak jer bila dengar salesperson tu cakap then orang yang bertanya tu sengih2 gak. hehheh.. ermm selama aku gunakan pun, mana ada less walau beli kat airport or duty free. just best buy jer. tapi aku suke dgn layanan sales person yang nih. friendly tak de la cam yang tadi. last2 aku kena jaga dia nyer booth. poyo giler. tapi memang ramai orang time tu dok usha booth dia compare dgn booth lain. sempat la aku jadi promoter hari ni. tah apa2 tah.

lepas tu aku pi cari reben untuk bunga achik. lagi 2 gulung. ermm cukup arr semua mende. aku target dalam minggu ni akan siap semuanya. insya Allah. cadar pink yang achik nak tu, lum jumpe. ermm dah jumpe tapi tak berkenan la pulak. serabut sangat dia nyer corak. tu yang kureng berkenan. then lepas lunch, terus jer balik. beli barang dua tiga benda jer tapi banyak gak habis nih... ce mana tu?

on the way balik tu aku di kejutkan dengan satu berita. memang terkejut sangat2. tak pernah aku pikir ianya akan terjadi. alasan yang aku tak boleh terima langsung. kalo aku tak leh terima, ermm apatah lagi orang yang berkenaan.

petang tu aku join kak norma gi pasar malam kat depan jj
banyak giler kitaorang memborong. macam masing2 ada anak 10 orang jerr... hehehe.. macam2 beli. sayur2an, ikan dan buah-buahan. tu yang berat tu. lagi pun esok bajet lepas balik jogging, tak singgah pasar. that why gie pasar malam. aku beli bahan2 nak masak mee bandung esok. cuma telur jer tak beli sebabnya dengan barang banyak2 tu sat lagi pecah la pulak. esok pagi lepas balik dari jogging, singgah kedai jap beli telur.

masa kat pasar malam aku nampak laksa johor. wahh mana pernah orang jual laksa johor kat pasar malam. so, aku pun layan aarr RM4 tau.
memang dah lama aku nak makan laksa johor. tapi dah tak jumpe. masa gie k4 last week pun aku cari gak, tapi tak de. ada gak bercadang nak masak.. tapi belum sampai tahap mengidam... so, malas nak layan sebabnya nak wat kuah dia leceh sikit. kena letak santan, ikan tenggiri, lengkuas sikit & serai lg. daun pudina lagi. ermm tah apa2 lagi.. tak sama macam laksa kedah. tapi lebih kurang laksa serawak. perbezaan antara laksa2 adalah, laksa kedah guna laksa beras. laksa johor guna speghetti dan laksa serawak guna mihun. kuah nyer stail yang berlainan. persamaan hanya pada perkataan laksa. kenapa ya.. ermm aku tak taw...

hidup dan kehidupan.. root word yang sama tapi punyai pengertian yang berlainan. dalam hidup ni, ada perkara yang kita kena serius. kena bertegas. kena make a decision. sama ada suka or not kena buat jugak. then follow decision yang dah buat tadi. apa yang berlaku lepas tu, kena hadapi sebab keputusan tu, sebab diri sendiri yang buat. orang cakap, berani buat then berani tanggung. atau kalo bahasa kasarnya sendiri mau ingat aarrr. ada perkara2 yang kita perlu handle dengan bersahaja... just follow the wind. ada juga perkara2 yang biasa2 jerr.. jangan jadikan complicated. perkara yang serius pulak, jangan handle sambil lewa. dont act like childish.

wah emo plak aku malam ni. sebab alasan yang di beri tu, aku tak leh terima okeh! perkara2 yang melibatkan hati dan perasaan sememangnya complicated. sukar nak di terjemahkan. kekadang penggunaan perkataan yang salah akan menyebabkan salah faham. kekadang nak luahkan dengan perkataan pun susah jugak sebab tak ada perkataan yang seswai. kamus dewan yang tebal lagi berat tu pun kekadang tak jumpe nak cari perkataan yang bakal di gunakan. kekadang membiarkan hati berbicara lebih baik. tapi apa kesudahannya? sesuatu perkara tu.. perlu dinoktahkan. itu memang pasti dan mesti. aku hope everything not will be but must be ok. not just ok jerr..

Aku Sebatang Kara - Fauziah Latiff

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali... hidup yang getir...

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...

Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir

Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan...

Tangis dalam senyum tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi oh...

Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia... deritaku...
Sebatang kara... oh... hm... m...


eermm tetiba aku speechless bila dengar lagu ni.. that is true.








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment