29 January 2010

ye ye dah jumaat

ye ye dah jumaat. ermm rasa cepatnya masa berlalu. macam semalam jer hari isnin. febuary pun dah nak muncul. then dok pikir nih.. apa pencapaian aku sepanjang bulan january ni. apa erkkk cam tak de jer... sama jer... cam bulan seblas. cam bulan duablas last year.

ce mana erkk nak wat supaya life more interesting? ce mana erkk nak wat hari esok lebih baik dari hari ni? kekadang tu hari esok lebih teruk dari hari ni.. tapi kekadang tu memang lebih baik dari hari ni.. bila rutin tu sama jerr setiap hari rasa cam bosan jerr.. tapi whatever aku bersyukur kerana hingga ke saat ini aku masih di beri kesempatan dan peluang oleh Yang Maha Esa di dunia fana ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Pagi tadi, Bob tengah test cable CHF, dia dok membebel sebab cable tu fail. Berkali2 dia test, tapi still fail jugak. Then aku cakap arr memang le fail sebab dia test guna pen. Time tu aku dok sebelah dia, memang la nampak kat tangan kanan pegang test probe, sebelah kiri pegang pen. Then sambung kat test jig. aku plak, mulanya malas nak bagi tahu yang dia test guna pen.. ermm sajer.. nak dengar dia membebel pot pet pot pet pasal cable fail. nak gelak pun ada tapi tahan maa.. mana leh kantoi dulu. poyo tak aku? tapi tak sampai ati plak nak biar lama2 dia test guna pen. lagipun aku tak leh control dah nak gelak. Bila aku bagi tahu dia test guna pen, dan dan tu dia tengok apa yang dia pegang, apa lagi gelak gamat aarr satu line. kelakar. ermm lawak hari jumaat. mamai aarr tu.

tepat pukul 5.30 aku dapat email ni dari Mr Adi. sajer jerr nak share.. ala.. bukan 1st time dapat email cenggini. tapi ermm nak abadikan satu pencapaian untuk hari ni. errmm baru jerr pikir apa pencapaian aku untuk bulan ni. tak de yang major pun.. ermm database lom siap lagi.. hari ni, tak sempat pun nak mengedit.tapi kan, kalo mr adi tau yang aku ni, main2 masa keje, malas, bosan, always mahmood lari, surfing tah apa2, baca blog, update blog, chatting, baca novel online dan tah apa2 lagi, confirm dia cansel email ni. malah tak lepas pun dari outbox dia. confirm sangat2. tapi motto aku senang jer, yang penting kena smart. ciisss alasan tak hengat.

pukul 6, emran update kat aku yang sapura secured kat wangsa maju dah tak secured. maknanya instead of secured jadi unsecured. uits diaorang kan project besor dgn goverment. 10 orang di berhentikan termasuk permanent staff. pergghh ramai tu. ada yang dari support department pun kena, seperti account department. naper eerrkkk... ermm tak yah pikir aarr..

tetiba teringat teringat abang kay.. ermm keciknya dunia nih. pi mai pi mai tang tu jugak. kalaulah abang kay tahu, i can imagine how he will behave. hahhaha.. tak tau arr terkejut beruk ke or terkejut biawak. sejak dulu, hinggalah ke hari ni abang kay sentiasa take care aku. dia memang seorang abang yang baik. ermmm jap ee nak cari pics lama2 aku ngan abang kay.. kalo jumpe aku publish. kalo tak jumpe.. tak de rezeki arr nak abadikan dalam blog ni.ha.. jumpe pun 1 pic dgn abang kay.. tapi guna henpon jerr ni. kualiti pic dah reduce. tapi ok arrr.. best giler time ni. kat pulau kapas teganu. time ni umo aku 19 tahun & abang kay 20. kelakar giler.. ada ke aku boleh pakai kain batik. poyo tak hengat.. time ni kitaorang wat kursus kepimpinan kkdk. aku nyer tugas time tu tukang masak. tugas yang aku ske. tapi masa ni, tak de la masak sensorang berdua dgn noni. mana larat nak masak sensorang untuk 30 orang. rasanya lom mandi lagi time ni. tapi.. apa pek dahnya pakai kain batik time program tepi pantai pulak tu.. aaiisseeyyyy. ermm aku no idea. ermm tak takut terlepas kain ke? huhuhu tak leh imagine aarrr naper la aku pakai kain batik. ermm maknanya aku still ada skill nak pakai kain batik. kan kan kan. kalo skrang ni, kat umah pun tak pakai kain batik.. wawawa tak leh nak pikir naper or sebab menasababnya aku pakai kain batik time nih. tapi kain batik ni, my mak angkat yang kasi. tu aku ingat.
ni abang kay nyer idea. poyo tak? memang tak de orang len dah kalo bukan abang kay.. cari arang kat dapo untuk conteng muka. 5 hari kot kitaorang kat pulau kapas ni. time ni kitaorang wat kursus kepimpinan untuk diorang ni. program ni dibuat masa batch aku kena letak jawatan, so, diorang akan amik alih. masa time aku nak amik jawatan dari batch abang kay wat kat gurun kedah. yes! time tu gi gunung jerai.... 6 hari kat gurun dan 4 hari kat balik pulau. hehehe alamak.. tak leh berhenti senyum aarr... memang best giler time nih.








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment