malam ni.. semua ahli2 rumah ni, sudah pun dibuai mimpi.. cuma aku jerr yang terkebil kebil. semua kerja2 rumah untuk malam ni dah siap.. cuma yang tak siap nyerr nak sidai kain baju yang dok ada dalam washing machine. tak kuasa aku.. lagi pun takut aaarr kat luar sensorang time2 cam nih.. dah sunyi dah jenjiran semua.. pakat2 di buai mimpi2 indah.
malam ni, aku masak yang simple2 jerr.. senang gitu... aku bagi nama Creamy lamb spaghetti. kalo ada sesiapa yang nak cuba
1. Spaghetti yang telah di rebus lembut
2. Lamb yang dah di perap dengan 5 spices powder selama 1 hari dan di potong dadu
3. 3 ulas bawang putih di hiris nipis
4. 1 labu bawang besar yang di cincang
5. 1 cawan susu sejat ideal
6. 4 sudu besar olive oil
7. 50g butter
8. ½ kiub ayam
9. ½ keping cheese
10. 1 sudu besar lada hitam yang di kisar halus
11. ¼ cawan air rebusan spaghetti
12. ½ batang carrot
13. 5 keping bay leaves
14. Garam secukup rasa
Kekdah nyer…
1. Panaskan minyak dan goreng lamb sehingga masak.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng sehingga separa garing.
3. Masukkan bay leaves. Biarkan hingga naik bau.
4. Masukkan spaghetti, susu, air, lada hitam, butter, kiub ayam dan carot. Masak dengan api perlahan
5. Masukan garam secukup rasa.
6. Tutup api dan masukkan cheese. Kacau hingga sebati.
kena la tu dengan selera abang armand sampai request nak bawa bekal kat skolah hari ni.
apa yerr aku nak wat.. bukan senang nak dapat time free macam ni... huhu so, kena la hargai betoi2 kan kan kan... mudah2an sat sat lagi aku dapat tido. kalo isyraf dah gelisah errmmm kena la melekat ngan dia plak.. lately ni.. manja bukan main...
Alhamdulillah syukur pada Allah swt dengan nikmat yang di berikan padaku. Alhamdulillah, Allah kurniakan kepada aku seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab serta anak2 yang comel dan keletah. kekadang naik hangin gak aku.. huhuhu... biasa la tu... kalu sesapa boleh sabar jerr.. dengan karenah anak2 yang nak membesar ni.. memang tabik spring toing toing la... sabar.. tu sabar jugak.. kekadang tu, terlepas gak... errmmm aku hanya manusia biasa dan Allah sentiasa menguji hambaNya. Tapi kena la control2.. wat kata armand..'tak baik tau marah kanak2' huhuhu ayat nak melepaskan diri..
Abang armand dah semakin matured. kadang2 mengada-ngada serta manja. kekadang perkataan dan ayat yang kuar dari mulut dia.. memang tak hengat.. cam semalam.. aku suruh dia ngaji tapi dia tgok tv dan wat-wat lupa nak ngaji. bila aku cakap semula pasal ngaji.. errmmm dan dan tu dia cakap 'alaaaa ingatkan mama dah lupa' errmm poyo giler...
Alhamdulillah sekarang ni Abang Armand dah pandai solat. syukur kerana dalam umur 4 tahun lebih ni, dia dah hafal bacaan solat kecuali doa qunut. pandai jerrr kalau tak practise tak guna kan kan kan.. tapi tu la cabaran nyer... memang sesangat liat nak suruh solat. kekadang macam nak perang.. kekadang, suruh sekali dah buat. tengok nasib la. tapi kalo tak perang sure tak dapat hasil nyer... nak didik anak solat, memang sangat2 banyak cabaran. kalo tak mula dari sekarang bila lagi??? wardina pun ada kongsi dia nyer experience. baca kat sini. atau gie jerr melawat facebook dia. solat itu tiang agama. kalau tiang tu tak kukuh ce mana nak buat binaan yang lain. so, melentur buluh, biar dari rebung nyerr...
macam aku memula ajar abang armand ngaji iqra pada usia 3 tahun 8 bulan. kecik lagi kan???? tapi alhamdulillah sekarang nampak hasil nyer.. sekirannya time cuti sekolah, kalo mengaji setiap hari, rasanya dah habis dah iqra. tapi tu laaahhh banyak sungguh cabaran. syaitan sentiasa menganggu tak kira kecik besar tua dan muda. kalo kita nak wat baik jerrr memang dia tak suka. walau apa pun syukur Alhamdulillah dengan pencapaian Abang Armand hari ni. Membaca pun dah lancar. Bahasa melayu dan english dah boleh baca. paling tak tahan soalan pun dah mencabar dah... contoh nyer.. 'mama, why girls have breast?' sila jawab yeeerrr...
kekadang dan bukan kadang2 lagi.. selalu terfikir.. ce mana nak bagi tahu status abang armand sebab nyerr dia dah mula tanya soklan2 yang berkaitan dengan diri nyerr dan di compare plak dgn adik nyerr... so, mama & bapak pls prepare an answer.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment