03 October 2012

Isyraf @ ward 2220 Hospital pantai Ampang

errmmm... ce mana yerr nak start... this week is very tiring to us. rmmm tah kenapa dan ce mana tetiba badan isyaraf naik bintik2. sebelum tu ada le sikit2 kat area lampin dia. aku ingat biasa la ruam lampin biasa jerr.. walaupun selama ni isyraf belum pernah kena lagi ruam lampin.

mula malam nyer... demam jerr.. suhu badan panas sangat, tu yang gie klinik.. merap jerr ngan mama.
1st time demam ni... sian anak mama  malam isyraf nangis jerr.. tak nak susu langsung. dengan orang lain tak nak.. ngan mama dia jerr. nangis tak henti2. sampai atok & wa pun datang. enche affa siap kuar cari daun mambu untuk mandikan isyraf. sebab kena campak. Thanks to atok & wa bersusah payah malam2 gie cari air wat tawar campak. yang isyraf memangis tak henti... mesti dia gatal2 dan sakit.

esok nyer gie spital al-zahra bangi. Thanks to nurse bagi isyraf potong Q. tapi dia nangis tak henti2. dah dekat 2 hari tak nak susu. minum air masak pun bersuap dengan sudu. dalam mulut nyer banyak sangat2 bintik2 dan ulser tu yang sakit tu.. mana yang sakit, mana yang gatal2 lagi. nampak nyer ubat yang dr kat spital al-zahra belum menampakkan hasil.

pagi senin tu, aku ngan enche affa bawa gie jumpe dr Khoo kat area taman len seng. Dr Khoo ni, pakar kanak2. dia keje kat Hospital Pantai Ampang, tapi part time kat klinik nyer. masa sampai klinik Khoo, pembantu klinik bg taw yang Dr khoo ada malam jerr.. kalo nak jumpe dia, gie spital pantai ampang. so, kami pun bergeggas kat sana. sampai jerr kat spital.. rupanya dr khoo masuk lambat hari ni... isyraf dah nangis2 tak henti2. suara pun dah tuko jadi lain dah. dah tak suara macam baby2 lagi. sian dier... 

mujur dapat potong Q. tu pun mohon jasa baik nurse. kalo kat al-zahra, nurse yang bagi cadangan suruh duduk dekat2 bilik doktor supaya bleh potong Q. bukan sengaja.. tapi sepanjang masa Isyraf menangis tak henti2. sian dia sakit.

lepas jumpa doktor.. yangdah tak ingat nama nyer.. berbangsa india. dia suggest suruh gie emergency dan warded. masa kat emergency tu doktor dan nurse kat situ pantas. good. kejap jerr terus turn isyraf. tak perlu tunggu GL la dan sewaktu dengan nyer (teringat masa armand masuk spital, punya la lama giler tunggu dekat 2 jam untuk nak warded) tapi masa nak masukkan jarum drip tu, doktor suruh aku kuar sebab dia tanak aku sedih tengok isyraf kena cucuk. Doktor pompuan yang dah jadi mama sure taw nyerr perasaan mama-mama bila nengok anak nyer sakit.

kat luar aku nengok isyraf nangis. kuat plak tu. sakit lerr tu. tapi kejap jerr... then diaorang terus pasang drip dan bagi ubat tahan sakit serta gatal. 

ni lerr keadaan isyraf bila tiba kat wad. baru boleh tido. sebab ubat yang doktor bagi tu.. membuatkan dia mengantok. baru lerr tak nangis. tergolek... letih betul. sepanjang malam tak tido.
 
Ni, keadaan isyraf sebelum gie spital. serta merta seluruh badan naik bintik2 berair. terlelap sekejap...
Ni, gambo pada keesokkan hari nyer.. masa nak mandikan isyraf. drip buka kejap.. errmm bintik2 berair dah pecah. Isyraf dok membelek tangan nyer... dah nak main. malam tadi pukul 12am doktor khoo datang lagi. dia nak check keadaan isyraf. errmm jarang dapat doktor yang komited cam ni... pagi dia datang sekali... dalam pukul 4 datang lagi.. before gie klinik dia. then lepas abis klinik dia, datang smula spital. errmm kalo aku, letih la.. dulu masa aku warded, doktor datang skali jer... sehari... tu aarr... doktor khoo memang komited dgn tugas nyer...
ni, kaki isyraf yang sangat tebal bintik2
ni, lepas jerr mandi. dah sihat sikit. dah nak main.

walaupun sakit, tapi sempat bagi pose dengan senyuman yang menawan. sian sekitar mulut dia dan di dalam mulut juga tumbuh bintik2 serta ulser.

tengkiu STE bagi bakul ni.
Ni, hari ke 2 kat warded Alhamdulillah drip pun dah buka. tunggu masa nak balik jerr lagi. mulut pun dah baik sikit. dah boleh menyusu.

errmmm anak bapak...
dah kuat dah melompat
Alhamdulillah hari ni, dah bleh balik. 3 hari 2 malam kat spital. thanks to mak yang susah2 datang. sangat2 mencbar menjaga baby sakit. mudah2an lepas ni isyraf akan sentiasa sihat. ameeen.


  ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

29 September 2012

Tahniah Abang Armand Iskandar


so, di pagi yang hening tu.. kami sekuarga gie zoo negara. sajar gie jenjalan untuk bagi abang happy sebab bapak dan mama nyer support dan hepi sesangat bila abang menang pertandingan membaca kat skolah dia. Alhamdulillah syukur sesangat. tak sangka abang dapat mengalahkan kanak2 umur 5 dan 6 tahun kat skolah nyer.. genius aulad. masa teacher dia call tu.. suspen jerr.. ingatkan apa ler.. ke apa ker.. al maklum la abang tu macam2 mana lerr taw kan... rupa-rupanya berita gembira. wah.. tak sangka betul abang boleh menang... tahniah....

errmm aku rasa errmm pendapat aku la kan.. as a parents, kita tak leh harapkan teacher jerr ngajo kat skull. memang tak boleh. zaman sekarang ni, tak sama macam zaman kita2 dulu. semuanya dah advance. cara berfikir kanak2 zaman skrang dah tak sama dengan kita2 dulu2. so, kita kena la ikot perkembangan sekarang.

as a parent, kena la berkorban dan banyak dan bersabar dengan karenah anak2. memang kekadang tak sabar gak.. tapi try to control la dengan karenah anak2 yang macam2. kalo tak ada karenah tak best la plak... sunyi jerr.. tak meriah.

alhamdulillah armand mula baca iqra sejak umo doa 3 tahun 8 bulan kalo tak salah aku. time tu punya la banyak cabaran nak mengajo. tapi kena sabo. ada masanya nak mengaji sambil meniarap.. masa nak mengaji tu la terus nak makan  dan minum. sakit perut tetiba, nak makan pun ada.. pada hal sebelum tu, nak makan punya la payah. kalo tak ikhalas mengaji plak.. langsung tak leh nak baca. kalo dah menangis dah.. satu haru. suara pun tak leh nak kuar. nak suruh ulang semula baca pun dah sentap... macam2 hal..sesemua tu time mengaji jerr.. lepas jerr mengaji... semaunya ok. kalo tak sabo.. memang la... tapi kekadang hilang gak sabo
Alhamdulillah syukur pada Allah, sekarang ni, aramnd dah baca sampai iqra 6. Syukur pada Allah swt. tapi cabaran nyer tetap sama... time mengaji jerr.. errmmm syaitan tu sentiasa menganggu.

lepas mengaji.. mesti kena wat homework. bukan homework skolah. tapi homework kat umah. timetable hari2 cam ni. monday-matematik, tuesday-english, wednesday-menulis, thursday-membaca, friday-mewarna. tak lama pun sejam jerr.. then lepas tu.. baru boleh pasang tv or on pc. cabaran nak mengikuti jadual, memang sangat2 banyak. kekadang macam nak berperang jerr... kekadang miss jugak. tapi sesemua ni kena istiqamah. memang sangat banyak cabaran. as a parent, kena la berkorban. buku2 yang di gunakan, aku guna jerr buku pra sekolah. habis jerr beli baru.. kalo matematik tu.. sehari, satu buku pun boleh habis. tapi kalo BM.. memang lambat. sebab armand tak suka menulis banyak2. sebab tu tulisan abang tak comei. kecik ada beso pun ada. tapi as long as aku taw apa yang dia tulis, its ok.

pasai tu kalo sesapa tanya.. ada tengok tv citer itu dan ini tak.. jawab nyer.. tak. memng tak sempat. macam la bz sangat.. tapi memang bz la. riuh rendah nak suruh study.... kecik lagi dah force suruh belajar??? memang ada orang cakap kecik lagi.. baru 4 years old.

tapi kita as parent kena tahu cabaran masa sekarang. kalo tak boleh tu.. hanya kata kita base on zaman kita dulu2. but not now. kanak2 hari ni terlalu cepat matured. kita mesti tahu kat mana kelebihan dan kelemahan anak kita.. then baru kita boleh improve. aku tak paksa armand tapi aku tahu potensi diri dia. aku tahu kemampuan dia ce mana. tu yang aku gilap...

setakat ni, armand kalo wat matematik, tambah dan tolak kalo pengiraan jawapan kurang dari 15, its ok. dia dah boleh buat. membaca dah lancar.. english dah boleh BM lagi la lancar. kalo menulis.. dia memang liat. tulisan beso2 dan tak cantik. kalo mewarna.. masih tak cantik. dia tak tahu menggunakan warna yang betul dan dia kurang sabar. selalu jerr project mewarna dia terbengkalai. bab kurang sabar ni.. susah nak improve. aku ngan enche affa pun kekadang hilang sabar..

sekarang ni dia dah pandai whatapps. kalo gaya dia menghantar whatapps.. memang hebat. siap dengan gambo lagi. kalo bagi tahu budak yang 4 tahun yang hantar msg tu may be orang tak caya... so, kengkawan kalo tetiba dapat msg whatsapp dari aku tu yang tetiba dan tah apa2.. maaflah yer... my son tengah syok bermesej.
ta tetiba jerr kalo dapat masej cam ni...'abang mad :( ' kang tak pasal2 gaduh plak.. laki bini. tetiba jerr nak mad... pastu msg dari aku... huhuhu tak dapek den nak tolong. hope tak de lah yer...

bila armand dah boleh membaca dan faham apa yang di baca, aku dah tukar buku. tanak lagi guna buku pra-sekolah. teacher mama dah tukar buku tahun 1. sebab teacher mama, aku lerr tu tahu sejauh mana armand bleh gie.. that why tuko buku. no more pra sekolah. setakat ni jumpa buku ni jerr... dah ada buku sains.

ni la buku2 yang aku gunakan... baru lagi buku ni.



 
 jom jom kita tengah armand wat. ada betul ada salah. tapi aku tak kisah.. lagipun dia 4 tahun, wat latihan utk 7 tahun. banyak beza nyer... biarlah ikut kemampuan dia berfikir.

 ni, kalau matematik.. ok jerr.. tulis nombor dah cantik
 walaupun tulisan tak cantik, tapi masih faham apa yang dia tulis. apa yang penting, dia faham kehendak soalan
 
 ni, plak buku bahasa melayu. perrgghh dulu masa aku kecik2 soalan kefahaman macam ni, darjah baru jumpa. tapi sekarang darjah satu dah ada. kalo sesapa yang masih belum baca, memang susah la..
 ni plak english. memang advancekan silibus sekarang.. kalo aku tak beli buku ni, aku tataw pun silibus darjah 1. lagipun buku2 ni murah jerr... mampu di beli. RM3.60 sebuah.
 ni, time rajin nak gunakan pembaris. aku tak kisah kalau salah. yang penting dia tak rasa putus asa nak jawan soalan.
 ni plak sains. dahjah satu dah ada sains.. aiisseeyy.. dulu aku darjah 4 baru belajar alam dan manusia.
cer.. nengok gaya2 abang belajo... ada macam gaya 4 years old tak?

kalo tengok latihan dalam buku ni, sesapa yang masih tak pandai membaca, memang ketinggalan habis. dulu2 masa time aku, silibus ni masa aku darjah 2 kot. kalo darjah 1 dok baca A=ayam b=bola then bla2 pastu sibuk belajar suku kata. aku dapat baca dengan lancar selepas 3 bulan masuk darjah 1.

di sebabkan tu juga kami jarang nengok tv, so enche affa sudah potong itu
wat membazir jerr... dulu masa mula dapt tv LED ni, memang best la ada beyond. dapat tengok movie HD. perrgghh memang best. tapi sekarang ni dah tak dan dah...  so, potong jerrr la... kslo tengok pun, sat sat jerr.. wat membazir jer.. tak tengok rugi pun tak apa, asalkan kami boleh bersama2 belajar dan ni le masa yang ada untuk anak2. esok nyer dah nak gie keje. so, kena gunakan masa dgn anak2 dengan bijak..

bukan tengok sangat. lepas mengaji, wat keje skolah. main dalm 30 minit dah pukul 10pm. kena la tido. kalo nak tido, kena gelapkan semua. so.. masing2 pakat2 tido la.. tu pun borak2 lagi kira 10.30pm baru abang tido.kekadang lebih...
Abang Armand yang semakin handsome.

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

28 September 2012

susu ibu terbaik, jangan putus asa

lately ni, aku memang bz. bz sesangat. bz kat opis.. bz kat umah.. pendek kata, sentiasa bz. banyak proposal baru yang nak kena wat. errmm hope banyak le project masuk. kalo ada  project, ada la keje2... tapi aktiviti mmg full la.

errmmm tah la kekadang rasa macam tak cukup masa jer kat opis... tapi tak der la nak stay back.. enche affa datang jerr.. teros.. jerr balik.. errmm'jangan tunggu lama2 kat opis.. wakaka...

 teruk la skrang ni.. semua mende kena wat sendiri. segala macam hal kena wat. kekadang kena wat keje tah apa2 tah.. keje yang tak sepatut nyer.. wat keje macam sampah... jerrr...


errmm sampai bila boleh bertahan yer... errmmm tah aku tak tau.. tapi yang pasti nyer aku, eb dan fendi, dah fadeup giler... sangat2..

errmm kalo dapat offer leter.. cabot jer... errmm offer letter? ala... yang macam ni....
 suasana yang tak meriah dah.. bosan jerr... bosan dengan kerja yang banyak dan tah apa2 termasuk kena wat keje2 orang len. kalo keje yang tah apa2 tapi related to our product, ok lagi la.. boleh sap sap sui. tapi kalo asyik nak wat keje orang jerrrr mana tahan bang....

tah la... dalam bz2 kat opis, aku kena gak pump. sebab nyer sakit kalo tak pump. lagi pun bekalan untuk isyraf.. mestilah mencukupi. kekadang tak cukup gak.. kena top up dengan susu formula.

rasa memang berbaloi sesangat membeli spectra dew 300 ni. memang la mahal tapi sangat berbaloi. insya Allah aku akan berusaha untuk mengepam susu sedaya upaya supaya bekalan untuk isyraf tak terputus.. dan paling penting susu akan keluar berterusan. kalo dulu.. susu sikit.. sedaya upaya makan itu dan ini untuk menambahkan kuantiti susu. alhamdulillah berkat kesabaran dan kkadang ada gak rasa tak sabar.. biasa la.... sekarang ni.. kuantiti susu bertambah. kalo aku makan banyak.. maka banyaklah susu terhasil. kalo aku kurang makan.. maka.. sikit la susu..

orang kata elok pump susu masa dalam pantang sebab time tu susu banyak.. tapi teori ni... aku tak dapat nak praktik. sebabnya sepanjang dalam pantang kalo aku pum, nak dapat 1/2aun susu pun sangat2 payah. mana tak nyer.. nak makan apa semua tak leh.. dok pantang jerr... so, hasil nyer sangat2 la pantang. rasa sedih weii susu tak ada. sangat2 sedih.

time tu makan le sayur kuchai bebanyak.. untuk tambah susu, minum horlick, minum susu dan macam2 wat tapi hasil nyer.. cam tu jerr... frust giler...

tapi sekarang ni.. walau pun usia isyraf nak masuk ke 5 bulan, alhamdulillah susu banyak. sekali pump dapat 3 atau 4 auns. sangat2 seronok lagi happy. kekadang kat opis sehari, aku bleh dapat 9 ke 12 auns dengan syarat, aku mesti makan. makan makanan berkhasiat. sebab tu la rasa macam badan makin naik jerr... heheheh.. tak perr.. tu, belakang kira. yang penting dapat produce susu.kalo nak bandingkan dengan orang lain, mungkin hasil yang dapat aku pump ni... adalah sikit. tapi bagi aku sendiri.. ianya sangat membanggakan. ia nya lebih baik dari dulu...

aku malas nak bandingkan dengan orang lain. yang penting. sebabnya sistem tubuh badan setiap orang tak sama. lagi pun aku tak ambil apa2 supplement or makanan tambahan seperti milk booster ke apa ke yang sewaktu dengan nyer... aku cuma pump 2 hari sekali kat opis dan menyusukan isyraf sepanjang aku kat umah. kalau tak cukup sangat baru aku sediakan susu formula untuk isyraf. isyraf pun dah makin bam bam. dah 8.4kg






....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 September 2012

kung fu style

sudah sekian lama... rasanya aku tak pekena kuew teaw kungfu kat depan tu. sangat2 lama.. ada la kot pat lima tahun.. hahha macam poyo la plak... memang sesangat enak di makan tatkala suam2 kuku bersama dengan air tembikai sejuk... errmmm selesa betul tekak... marbeles weeii kuew teaw kungfu kat sini... 
 
  errmmm nyum nyum nyum...

tak best aarrr.. tah aarrr suasana dah lain. tak best dah.. ermmm ce mana nih...


tetiba jerr masa layan radio SURIA, berkumandang lagu ni... lagu lama nih.. lama tak dengar lagu ni.. jom layan...

AKU TAKKAN BERSUARA - NIKE ARDILA
Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

Reff:
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi...
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

#
Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”