04 May 2009

Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

( korus )
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan


pesal lagu nih.. lagu ni mengammbarkan apa yang aku lalui dan rasai.. tentang kisah perjalanan hidupku... yang penuh ranjau berduri. memang aku lemah sangat2. lemah dalam mengharungi ujian dan cabaran dari Ilahi. eerrmmm.. Ya Allah berikanlah sinar kebahagiaan dalam hidupku

....from kekwa22 with love....

30 April 2009

tetiba bila kesedihan itu kembali...


aarrgghhh.. pesal aku rasa sedih. sedih sangat2.. dah lama tak rasa sedih cam ni.. dah lama sangat air mata ni tak mengalir.. tapi kenapa malam ni.. ianya sangat deras mengalir..

tak ada kena mengena dengan exam tadi sebab semua soalan aku dapat jawab dengan sempurna dan berpuas hati.

tetiba perasaan lain macam. memang dah lama tak rasa macam ni. kenapa tetiba perasaan ni hadir. aku tak ingat apa2 lagi about past. tapi maybe kata2 seorang teman yang aku kira sangat ikhlas menasihati aku.. memang aku terkesan dengan nasihatnya. aku tahu apa yang di ucapkannya itu benar.. tak susah nak merealisasikannya tapi perjalanannya sukar. eerrmmm siapa aku.. kekadang aku rasa ok jerr tapi kekadang aku rasa ko. siapa aku untuk mengatur segalanya..

tapi apa yang aku sedihkan ni... entah sukar untu menzahirkan apa yang aku rasai sekarang. benar seperti yang di kata. tapi aku takut untuk menempuh perjalanan itu lagi. tapi persoalannanya.. dengan siapa harus aku tempuhinya.. eerrmm aku tahu bukan kuasa aku untuk menentukan.. Allah yang mengatur segala perjalanan kehidupan.. kehidupan yang aku lalui sekarang, masa depan dan yang akan datang.. semuanya DIA yang mengaturkannya..

sesukar mana perjalanan ini, harus aku lalui dan tempuhinya.. di minda ku sejak petang tadi,kata2 dari seorang teman itu masih melekat di fikiran.. kalau di fikir2kan dan di renung2kan.. memang kebenaran itu terserlah. YA Allah, bantulah HambaMU yang lemah ini. berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini..

....from kekwa22 with love....

Exam Fever


hari ni baru start exam aku.. errmm subjek aircond. sejak hari isnin lagi tak cukup tido sebab study.. errmm biasa la study last minute..

sebabnya.............
in a servey it was asked in how many days can a 1000 pages book be read
writer 6 month
doctor 2 month
lawyer 1 month
student - on the night before exam

dah la bz tahap dewa kat office. tapi tak beri halangan nak study.. oowwhh tu bukan alasan.. kalau jadi alasan tak de la dah nak grad dah... eerrmm tak sabar dah nak grad... hari ni pukul 2.30 1st paper aku.. air-cond. last paper 9-5 eerrmm lambat lagi.. hehehhe. ada banyak lagi masa nak baca PPC.

Good Luck buat diri aku sendiri.. errmm semoga exam kali ni aku dapat buat yang paling baik.. hope jangan la sejuk air cond time jawab exam.. kalo tak beku.. macam semester lepas.

....from kekwa22 with love....

25 April 2009

Bahagia

semua orang dalam dunia ni nak hidup bahagia. tak ada sesiapa yang nak hidup dalam berduka di dunia ni.. tapi bolehkah sepanjang masa kita merasai kebahagiaan itu. bolehkah berduka dalam kebahagiaan.. ada ke cam tu.. eerrmm kita tak tahu apa akan berlaku pada keesokkan hari.. cuma yang kita ada hanya rutin seharian. tapi sesungguhnya kita tak tahu apa akan berlaku keesokkan harinya.. gembirakah kita.. atau berdukakah kita. wujudnya peribahasa.. ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari... errmm kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan. dia hanya yang kuasa menentukan segalanya.

tetiba rasa nak tanya satu soalan apa diri sendiri.. bahagiakah aku sekarang?? adakah aku bahagia.. ooowwwhh susahnya nak jawab... soalan untuk diri sendiri pun susah nak jawab.. bahagiakah aku... macam mana eerrkk nak cakap.. sometimes aku rasa kehidupan aku ni memang lebih baik dari yang dulu.. memang pilihan yang aku lakukan adalah yang terbaik buatku. biarpun aku telah putuskan ikatan itu. dulu, aku takut untuk melaluinya. namun jua kerana QadarMU aku lalui jua segala rintangan yang mendewasakan aku. dari satu segi aku memang rasa bersyukur kerana telah pergi kesedihan yang melanda... belenggu kehidupan telah terlepas.. adakah itu tandanya bahagia? tapi aku still rasa lonely. eerrmm tak bersyukurkah aku?

ok.. let say kata aku ni bahagia.. apa yang membuatkan aku bahagia.. aku bahagia kerana dengan limpahan kasih sayang dan NUr dari Ilahi YA Rabbi yang masih lagi meyayangi diri ini. sehingga ke saat ini aku masih lagi bernafas di alam fana ini.



aku bahagia kerana masih ramai yang menyayangi aku.. aku ada mak dan adik2 yang sentiasa support. aku ada opah yang menyayangi tanpa berbelah bahagi pada cucunya yang seorang ini. cucunya yang manja dari dulu hingga le dah dewasa macam ni? eerrmm dah dewasakah aku? ooowwwhh lupa.. hari ni hari ibu. mak, terima kasih diatas segalanya. segalanya yang telah engkau berikan dari sejak melahirkan aku di dunia ini. mak.. i love you so much. mak segala jasa-jasamu tak terbalas sehingga aku menutupkan mata.



i have someone i like. sejak dulu dah lama aku suke dia.. dulu dia stranger. someone yang tak pernah jumpe dan tak pernah kenal. dulu aku ingat aku tak akan ada lagi perasaan yang seperti ni.. ingatkan semua tu dah tak boleh wujud lagi dalam diri ini. tapi aku hanya mampu merancang... Allah yang menentukan. Aku sayang dia. macam mana perasaan tu hadir aku tak pasti tak sedar pun bila masa berputik. rupanya dia juga punyai rasa yang sama. jadi terbinalah sebuah ikatan kasih sayang. aku harap agar ikatan ini akan mekar selamanya.. tapi aku cuma mampu merancang. kehadiran dia dalam hidupku menceriakan hari2 ku. tapi aku tak tahu sejauh mana dengan dirinya.. aku tak dapat baca perasaan orang lain. walau jarak km yang memisahkan.. tapi bagiku bukan penghalang pada sebuah kasih sayang. eerrmmm bagi aku.. kasih sayang mesti di pupuk di baja dan di siram. kalau di biarkan ianya akan layu serta pudar..

eerrmmm bahagiakah aku.. bahagia itu subjektif.. TUHAN terima kasih diatas kasih sayangMU dan limpahan rahmatMU pada hambaMU yang hina ini.


....from kekwa22 with love....