30 May 2011

thanks maksu

1st day keje.. arrgghhh malasnya... almaklum la lama giler cuti.. pulak tu.. tengah hari ada lunch meeting kat kde.. lepas meeting terus makan2.. sampai opis dah dekat pkul 3. errmmm baca n reply email jerr la sampai balik, becoz banyak sesangat nak menjawab. banyak tu.. beratusssssss... esok pulak ada training 5s selama 2 hari.. maknanya aku start keje on khamis le..

hari ni, baru aku rasa lain.. tak lagi macam dulu.. semuanya berubah. Alhamdulillah. Insya Allah aku akan lakukan yang terbaik semampu aku.

lama dah rasanya tak blogwalking.. bila singgah umah maksu, rasa terharu sesangat. sampai bergenang air mata. terima kasih banyak2 di atas ingatan. dapat entry khas gitu... mmuuahhss.. cayang maksu.
lagi 6 bulan turn maksu ngan cikgu plak.. tentu dok bz2 wat persiapan.. kejap jerr taw 6 bulan tu... semoga persiapan akan berjalan dengan lancar... dan segala impian menjadi kenyataan.

semoga hidup kita semua di berkati dan di redhai Allah SWT.

ni, our dinner malam ni. fish & chip. simple jerr...



....from kekwa22 with love....

29 May 2011

kejapnya... cutiii

hari ni, pepagi lagi, enche affa dah kerja. kesian dia.. sunday pun kerja.. tinggal la aku dua beranak dgn armand.

semalam, gie jenjalan jj. sempat le memborong new oven. hehehhe.. ada sale plak tu.. gie kat sini kalau nak nengok dengan lebih clear. senang le nak baking2 bila dah ada oven beso sket. kan kan kan.. tapi kalo malas.. maka, jadi hiasan jerr la.

pagi ni, untuk bfast, aku wat roti arab. resepi macam dulu2 jugak. sempat la enche affa bfast dulu.cicah dengan kuah kari.

ni, plak bagi merasmikan new oven. aku marined semalaman then, kite bako, kite bako. best.. siap boleh pusing2 lagi. dalam masa 30 minit.. dah masak ayamnya... lepas ni.. boleh la wat ayam golek.. version kenny rojer.. err.. kalo rajin. hahhaha

sempena wat ayam panggang ni, aku masak nasi serai..

resepinya amik kat sini yerr...

  • 2 cawan beras
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!


ni plak sambal udang lagi.. sebabnya tak de mende yang pedas untuk hidagan hari ni. kesian enche affa. kalo aku, ok jer.. so, wat le sambal udang lagi.

satu lagi menu, sup tauhu lembut, aku tak sempat nak ambil gambo... sebab dah lapo...

suke aku nengok armand makan.. berselera.

aarrghhh.. esok dah keje..


....from kekwa22 with love....

28 May 2011

kemas lagi...

hari ni, sambung lagi aktiviti mengemas. kedai dobi pulak, di buka dengan jayanya.. banyak pulak tu.. ilek2.. beberapa hari jerr..

banyak betul barang2 nak kena kemas.. sambil melayan si armand iskandar maka lagi le jadi lambat. al maklum la.. orang baru ada mama. dok melekat jerr kat mama dia. takot kalau2 mama dia balik umah mak ndak.

moral of the story, dialah yang paling hepi. nak berpelok jerr kejenya... dengan mama dia. maka.. kelancaran mengemas terganggu aarrr..

sambil2 mengemas tu, ni jerr la lunch hari ni

kari ikan kembong

bayam merah. man cakap, mama buat sayur dgn air sirap.

sambal ikan bilis dan kentang

siap juga hampir 60% mengemas.. aktiviti malam ni, lipat kain yerrr...





....from kekwa22 with love....

27 May 2011

mengemas day

sampai kl, opppsss silap.. bukan kl lagi, tapi selangor maa... jangan dok perasan, awak tu.. dah duduk kat cheras perdana.. kalau tanya pak cik google, dia bagi tahu yang cheras tu adalah, negeri selangor okeh! another story kena wat.. mengemas umah.. kena wat 3s pulak kat umah. tired pun belum hilang...

honeymoon kat mana? err... gie beraya jerr umah sedara2... bila lagi nak menziarahi sedara mara dan memperkenalkan enche affa dan armand pada sedara mara aku dan juge enche affa. sempena cuti panjangkan.... len len kali, tak tau pulak bilanya nak gie berkenalan...

aarrgghhh banyaknya barang nak kena kemas.. meh la tolong pada sesapa yang rajin...

dalam dok bz2 tu.. kena jugak beli barang dapo. sebabnya.. tak kan keje penat2 mengemas, tapi perut yang lapo tidak di isi?.. cerr citer..

jom jom pi soping... soping kat nsk kuchai lama.. perrgghh best2. tempat baru harga barang pun bagus.. siap beli ikan, dapat diskaun lagi.. memang best. esok2 nak soping barang dapo, gie kat sini jer... bukak pulak, 24 jam.. maka.. tak de hal la..bersoping...

ni, menu hari ni, simple jerr...



....from kekwa22 with love....

21 May 2011

menjelang hari bahagia

Memang sangat2 bz kat umah aku. jadi bertambah2 bz bila acara akad nikah di langsungkan malam ni... cadangnya nak wat pagi esok. tapi tok kadi tak ada kelapangan plak. tetiba jerr dia ada program. so, waktu yang seswai adalah lepas isya. takkan nak wat lepas maghrib plak. sat lagi masa tengah dok salam2 dengan tok kadi, kena berhenti plak sebab azan tengah berkumandang. sangat2 lah tak seswai. so, moral of the story, lepas isya la seswai.

kengkawan enche affa pun datang awal tadi untuk sessi amik2 gambo..

lebih kurang pukul 9.30pm, Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz jerrr aku dah jadi isteri enche affa. hamboiii sempat lagi menjeling2.. hahhaha...

gambo? nanti2 lah yerr...

apa perasaan aku? macam2 perasaan ada. semua bercampur-campur. perasaan yang kalo terlampau banyak memikirkan.. macam2 boleh jadi. bukan banyak yang cenderung kepada positif, tapi negetif yang menguasai.. that why tak leh layan sangat..

setiap orang berbeza. perbezaan yang menyebabkan seseorang itu unik.

aku terima semuanya seadanya.. Alhamdulillah. semua orang merestui dan bergembira. semoga impian menjadi kenyataan. Terima kasih Ya Allah, Tuhan yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Terima kasih enche affa kerana sudi menerima aku yang serba serbi kekurangan ini. Terima kasih kepada semua yang selama ini berkongsi ceritera hidup aku. kepada semua, doakan agar rumahtangga yang kami bina ini sentiasa diredhai dan di rahmati Allah swt. Ameen

Alhamdulillah

ni, pemandangan petang tadi..

aktiviti merewang2

sempat jugak aku meyucuk mende alah ni. terkorban 2 biji betik mak.

siap jugak.. meja makan.. simple jerr
ni plak, antara barang2 hantaran untuk enche affa.


yang belum ada adalah sirih junjung.. nanti le malam2 sikit baru buat, nanti layu la pulak.


kek plak belum ambil lagi kat umah maklang. sebabnya peti sejuk mak dah tak muat. that why kena tumpang kat umah maklang. bukan sebijik kek, tapi 3 bijik sekali gus, that why la kena cari tempat simpanan lain.

cincin untuk enche affa plak, ada bekas jerr.. tapi masih tersimpan. sebabnya.. mana bleh disply. bukan tanak tunjuk, tapi wat masa sekarang ni.. kena fikirkan langkah2 keselamatan. tapi lepas nikah tadi, dah elok tersarung kat jari enche affa.sesemua ni, adalah hasil dari titik peluh aku sendiri. pah cakap, 'along ni, dia la pengantin, dia la buat gubahan, dia la pergi pasar, dia la masak dan dia la mengemas. semua sekali dia borong habis...'

ni, plak tema bilik tidur.. simple jerr...

hasilnya memang letih. tapi kalo aku tak wat, sape lagi yang nak wat, cerr cite?





....from kekwa22 with love....

Majlis Pernikahan

best giler training hari ni.. memang happening. enjoy giler.. masuk hari ni, dah 2 hari le bertraining. semua orang tengah semangat.. bagus2. aku pun, tak terkecuali.

mata aku makin teruk aarr hari ni. segala ubat dan antibiotik dah abis di telan. tapi masih lagi membengkak. tapi tak sakit. macam berpasir jerr... memang sangat2 tak selesa. kekadang rasa gatal sangat2. kekadang ok jerr... tapi memang tak selesa sebab makin membengkak..

malam ni. nengok2 pic masa majlis akad nikah 21-5-2011.

cam abang lim plak nak kahwin. awal2 lagi dia kena salam2 dengan tok kadi.
ni, wajah enche affa yang ceria lagi hepi. tu.. dok cover line tu... sebenarnya dok berdebar2...
sempat lagi menyengih tuuuuuuu....

Tok kadi yang dok belajar menyebut nama enche affa. banyak kali kena ulang, baru betul sebut.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz jerr.. termetri satu ikatan suci antara dua insan yang di redhai Allah SWT.

mas kahwin dan hadiah pemberian dari enche affa.

masa time akad nikah ni, memang armand tak datang. dia datang lewat sikit. kalo tak, haru nanti. tapi, sebaik jerr bila Armand datang jerr... terus kiss mama dia dan automatic merajuk.

cayangggg anak mama.. muuaahhhssss

ni, rupe anak mama merajuk. masam betul muke.


armand merajuk sebab lama tak datang ambil dia. lagipun kan dia yang nak kahwin dengan mama. 'man nak kahwin dengan mama, bapa share' adalah statment armand yang masih lagi valid hingga sekarang. memang merajuk betul dia time nih.

lengkap aarr sebuah kuarga.



....from kekwa22 with love....

For my love

Sebenarnya kekwa22 minta sy tuliskan sumting sebelum saya dapat title her hubby. Lagi 3 jam jerr lagi nih.. masih ada masa.... dup dap dup dap. Ketaq segala dah nih.

Apa yerr nak tulis.. susah gak kan nak mengeluarkan apa yang dirasa dalam bentuk perkataan.. kalo tak berapa nak paham.. sila paham2 sendiri la... bab2 ni, saya memang kureng...

Mulanya di sini.. ku kenali hati mu... (lagu seha & kumpulan freedom, dolu2).

Saya mula mengenali kekwa22 dari blog ni le.. (that why dia suruh tulis sumthing kat blog dia). Dari sini saya mengetahui suka duka kehidupan kekwa22. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dari sini saya teruja untuk mengenali siapa diri kekwa22. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan kekwa22 hanya melalui blog dia. Pelik tapi benar. Di sini ada satu aura. Saya melihat dan mengenali diri dia dalam blog ni. Sebab bagi saya dalam blog ni, ada satu jiwa. Jiwa kekwa22.

1st time nak jumpa kekwa22 ni.. huh!!! Naik semput saya di buatnya. Mula2 nak jumpa kekwa22 ni, plan lepas aidilfitri. Tapi tah ce mana tah.. tetiba jerr boleh jadi berani nak jumpa kekwa22 lebih awal dari tu. Bila di ingat2 balik, tak sangka plak.. yang kekwa ni akan jadi my wife satu hari nanti.. masa 1st time nak jumpa dia, rasa macam nak gugur jantung, macam-macam perasaan ada. Mujur la ada Armand, kalo tak, mahunya saya pitam sebab kekurangan oksigen. Tapi kelakar jugak 1st time dating bawa anak. Mana ada orang buat.

Di pendekkan cerita, sebab saya ni bukan pandai nak menulis, nanti, spoil plak. Ni pun dah habis keluar peluh jantan betina semata2 nak buat karangan. Lama dah ni tak buat karangan. Mujur kekwa22 tak bagi limit berapa banyak perkataan kena ada. Kalau tak, buat kata Armand, ‘boleh pengsan ooo’

Sedar tak sedar, saya dah jatuh cinta dengan kekwa22. Tak sangka plak saya boleh cayor dengan kekwa22 ni... may be sebab dia nyer quote ‘to know me is to love me’ makin lama saya kenal dia, makin saya menyayangi dia. Sebab itulah diri dia. 'to know me is to love me'

Kenapa yerr saya boleh jatuh cinta dan menyayangi kekwa22, ni fakta bukan auta atau membodek semata2.

Saya memang tertarik dengan kesabaran kekwa22 melayan saya dan Armand. Saya memang terpikat dengan kejujuran dan tingkah lakunya... saya selesa bila bersama dengannya. Dia membuatkan saya jadi diri saya sendiri. I feel lika a man. Bukan bermakna saya bukan ‘man’ before, tapi saya akan ’feel like a man’ bila bersama dengan dia dalam semua situasi. Kekwa22 membuatkan saya merasai seperti seorang lelaki yang sempurna, kerkeyakinan dan begitu istimewa.


Sikapnya yang bersahaja sering membuatkan saya terhibur. Dia selalu dan sentiasa bersama dengan saya dalam segala situasi. Tanpa jemu dia melayan karenah saya dengan Armand. Dia sangat2 memahami dan sudi menjadi pendengar yang setia. Dia sentiasa berada di sisi di saat2 saya memerlukan. Dia sentiasa memahami dan memberi sokongan dalam apa jua perkara yang saya lakukan.

Dia seorang yang caring. Sangat2. Dialah alarm clock saya. Seringkali mengingatkan andai terlupa. Dia juga mengajar saya tentang sumthing yang advanture. Dia selalu membuat saya tersenyum sama ada bersama, bercakap dengan telefon ataupun sms. Ada sahaja idea2 dia yang nak mengenakan saya. Kekadang tu memang geram. Bukan kadang2 tapi selalu. Tapi itulah yang menceriakan kehidupan. Saya memang senang dengan sikapnya. Apa yang penting dia menjadi diri dia sendiri. Tidak hipokrit.

Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyangka yang kekwa22 sudi menerima saya dalam hidup dia. Semuanya adalah takdir Allah SWT

Sehingga disini, tiada berpaling lagi, (sambung lagu seha & kumpulan freedom, dolu2).


Doakan kebahagian kami berkekalan dan berpanjangan.

Sekian
enche affa.



....from kekwa22 with love....