31 December 2011

2011 dalam sejarah

kejap jerr dah nak kena tinggalkan tahun 2011. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru jerrr januari 2011. pejam celik pejam celik.. dah sampai hujung tahun. banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ni. semuanya kenangan manis yang akan di abadikan selagi hayat di kandung badan.

peristiwa bersejarah tahun ni...

di mulakan dengan upacara penuh sejarah dalam hidup aku.

saat aku di ijabkabulkan dengan tunang terchenta.. 21 May 2011. siapa lagi kalo bukan enche affa. memang tak sangka aku kenal enche affa kejap jer...... then bertunang terus jerr kahwin. tak sempat nak bercinta pun. sebabnya kejap benor rasanya.. kenal bulan julai, tunang bulan november dan nikah mei. express betul. dah le time tu enche affa tengah bz dengan project final year... walau apa pun aku percaya pada qada dan qadar. Allah telah mentakdirkan jodoh kami berdua.saat2 gumbira selepas di ijabkabulkan. Alhamdulillah.

di ikuti dengan majlis walimah pada 22 May 2011

Alhamdulillah. semuanya berjalan seperti yang di rancangkan. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnianya... semoga jodoh kami akan berkekalan bahagia hingga ke hujung nyawa. bercinta lepas kawin ni, best.. oooo.... pulak tu bila kena share ngan armand. hehhehe.. sampai sekarang bapak share.. kesian..

Alhamdulillah dapat perkhabaran dari ste yang tahun ni adalah giliran aku untuk mengerjakan ibadah umrah dan sekaligus memberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di kota suci mekah dan madinah. syukur pada Allah swt kerana aku dapat pergi bersama2 dengan suami terchenta. kenangan paling manis bila bersama suami mengerjakan ibadah umrah dan ziarah di kota suci mekah dan madinah memang sukar untuk di lupakan. Terima kasih buat enche affa yang begitu menjaga aku ketika berada di tanah suci. dapat honeymoon di tanah suci. Insya Allah jika Allah mengizinkan aku akan kembali ke sana lagi dan lagi dan lagi dan lagi serta lagi.... sesungguhnya kerinduan itu tidak pernah terpadam.

aidilfitri tahun ni di sambut dengan meriah.. bila aku dapat beraya dengan sebuah keluarga yang bahagia dan ceria. syukur dengan nikmat yang Allah swt berikan.

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga serta sentiasa menjaga dan melindungi aku dan armand. dialah suami dan dialah kawan. terasa diri aku begitu di hargai... semoga apa yang aku rasa hari ni akan kekal selamanya hingga hujung nyawa. terima kasih sayang atas segalanya dan semuanya... muuaahhsss... i love you strong strong.

Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruska ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya
Chorus :
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang

Alhamdulillah syukur pada Allah bila aku di sahkan mengandung 5 minggu pada 26-sept-2011. syukur pada Allah swt dengan limpahan rahmatNya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku dan enche affa. Alhamdulillah. scan untuk 1st checkup di klinik kesihatan AU2. 10week, 5day usia kandunganku..

di saat gembira dengan berita gembira yang di kurniakan, Allah menguji kami berdua apabila armand di serang asthma yang teruk sehingga di masukkan ke wad ampang puteri specialist hospital.

masa tu kandungan aku berusia 7 week lebih. kesian betul armand. hampir 10 botol air di masukkan. di saat tu, aku rasa macam nak gantikan jerr tempat dia. kecik lagi dia untuk menanggung kesakitan. Alhamdulillah armand seorang yang kuat semangat untuk sembuh. sayangggg anak mama.

masa rakyat malaysia gumbira dengan kemenangan bola kat indon, achik selamat melahirkan baby boy seberat 3.2kg di hospital ipoh melalui pembedahan. bertambah sorang ahli kuarga. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. terima kasih ya Allah atas nikmat dan kurniaanMU pada kami sekeluarga.hamboiii sedapnya firas tidooo....

bertambahlah setahun lagi usia blog aku ni.. macam2 peristiwa telah di rakamkan.. semuanya berkenaan dengan aku dan 'seorang aku'. semuanya tentang aku.. mungkin kau, dia dan kamu juga terlibat dalam kehidupan aku, sesungguhnya aku tidak hidup keseorangan di muka bumi ini... aku hanya insan biasa yang di anugerahkan dengan pelbagai jenis perasaan dan kenangan pahit manis. namun aku hanya menulis tentang aku... jika ada sesiapa yang terasa pedasnya... maaf di pinta. terpulanglah... mungkin penerimaan dan penafsiran kita tak sama, sebab kita semua berbeza serta punya hati dan perasaan yang berbeza. sesungguhnya aku tidak keseorangan mengharungi rencah kehidupan ini... dan aku jua ada kenangan tersendiri..

walau hari berganti hari.. masa beredar pantas.. aku tetap aku.. segala kenangan suka, duka, riang gembira... akan ku bawa bersama selagi ada hayat di kandung badan. ada perkara2 yang bisa aku lupakan begitu saja dan ada yang sangat sukar di kikis dari minda. aku hanya insan biasa. semuanya biasa2 sahaja... aku bukan seorang yang sempurna tetapi aku akan berusaha sebaiknya untuk diriku dan keluargaku..

semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga selamanya...

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 December 2011

bila armand balik kampung...

sunyi betoi aku rasa dalam dua hari ni. terasa sungguh bila armand tak de kat umah kalo tak.. riuh rendah dengan dia... tapi bila tak ada sunyi sepi... dah le enche affa bekerja siang malam... huhu tinggal la aku sensorang kat umah. mujur angah datang.. tapi bila angah balik.. sorang jerr la....

hari jumaat depan baru armand balik kl.. huhuhu.. lama giler tu.. kalo tak.. ada jer... mende nak dia wat... macam2 hal. meriah giler.. dah le mulutnya pot pet. tapi bila dia tak ada baru 2 hari dah rasa sunyi. rindu aarrrr.. dah la enche affa tak de..

ni, masa aku bawa armand gie jj sebab dia nak tako,
sekarang ni.. bukan main pandai lagi makan tako oktopus.. kalo beli 1 box, alamat kita tak merasa le... kebetulan dah nak krismas time tuada ler.. snow man.

ni plak masa dia nak makan pizza. hamboii sekarang dah pandai minta nak makan apa... tapi kalo dia makan ok jer.. sebabnya.. sangat le susah nak suruh dia makan..sangat2 suka kalo dapat soup
nyum nyum nyum
rindu nak bising2 suruh armand kemas toys dan suruh dia baca buku... cam ni...
dah la malam2 tak leh nak tido sejak dia tak de nih... tak de sape nak bergaduh sebelum tido. 1st day memang tak leh tido. pukul 4am aku masih lagi terkebil2 di pembaringan... huhuhu

kalo aku call budak kecik nih, confirm lagi teruk aku nangis ni... wawawawa. tak de sape nak bergaduh dengan aku.. kalo tak memang aku suke betul nyakat armand ni.. bergaduh2 manja pun best gak sebabnya bila bergaduh dengan dia.. macam2 idea baru akan muncul. ligat betul otak dia pikir nak menjawab supaya dia akan menang.. dari situ aku akan tahu kat mana tahap pemikiran dia.. kekadang aku dan enche affa pun tak terfikir yang dia pikir... last2 kalo dia kalah.. dia kan cakap.. 'mama berlagak'.. hahahaha

kalo dia ada, time weekend ni.. mula la ajak gie beli barang dapur.. tiap2 minggu beras, garam, gula, sayur, ikan, bawang dan segala benda lagi akan habis.. pandai plak tu dia mereka barang2 dapo. sibuk le ajak gie beli.. tu.. sebagai alasan jerr supaya boleh kuar gie jenjalan... dpt le dia kuar.. rindu aaaarrrrrr

menu lunch hari ni.. ni jerr la..

masak lemak ketam
kailan ikan masin
telur ikan

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 December 2011

low lying placenta

semalam, aku gie checkup sebab selepas kemalangan berlaku, bahagian bawah abdomen aku rasa sakit. mulanya dr zul refer aku ke hospital ampang untuk followup treatment. maternity, opis tak cover, tu yang gie gov spital tu. dr zul siap wat reffering letter lagi. thanks doc. kena check details kandungan aku. sebabnya kita tak taw apa yang terjadi kat dalam rahem. cuma yang aku dapat rasakan adalah kesakitan kat bahagian rahem.

otw nak gie spital ampang, aku call dr gladis, dr ni, adalah pakar sakit puan. masa aku 9 week hari tu, check-up ngan dia.. masa tu dia refer aku check up kat hukm. tapi malangnya hukm tak terima aku sebab usia kandungan awal lagi.. nurse kat situ suruh gie check up kat pej kesihatan ibu dan anak yang berdekatan. hukm hanya terima ibu yang pregnant 7 or 8 bulan jerr untuk followup checkup hingga bersalin. yerr la orang pun ramai. so, aku ok jerr...

masa aku citer kat dr gladis dia advise aku suruh gie klinik jumpa dgn dr de silva untuk check denyutan jantung baby dan kedudukan plasenta. dia takut placenta or uri terkeluar dari kedudukannya. lagipun hari ni, dia on leave. menurut dr gladis, bila ada kesan hentakan atau gegaran, mesti check 2 perkara ni.. dia cakap akan call dr de silva, ceritakan masalah aku. sebenarnya malam tadi aku dah jumpa dgn dr de silva sebab selsema on off selama 3 minggu dah. tak baik2.. so, kurang 24 jam.. kena jumpe dia lagi.. hehheh

sampai jerr klinik, aku nampak dr gladis pun sampai.. uits... tak sangka plak. rupa2nya dr gladis nak check aku. wahh rasa terharu betul. thanks yerr doc. dia cakap.. dia tak sedap hati dan nak check sendiri. aku memang selesanya dr gladis ni... peramah dan kelakar.. plak tu dia banyak cerita dan info. paling penting, dr pompuan.

bila dah scan, dr bagi tahu yang baby semuanya ok. aktif bergerak. baby kecik jerr... sebab mama dan bapaknya kecik. heheehe. tapi kedudukan plasenta berada kat bawah (low lying placenta).

tu yang sedikit membimbangkan. menurut dr gladis.. keadaan ni sebenarnya tak ada masalah sangat sebab bila baby semakin besar, placenta akan tertolak ke bahagian atas dan baby akan berada di bahagian bawah. so, dapatlah bersalin secara normal. tapi ada juga sesetengah kes yang placenta tak bergerak ke atas dan maintain dok kat bawah. jadi, pendarahan akan mudah berlaku bila usia kandungan mencapai 7 bulan ke atas. kalo keadaan ni berlaku, kena bersalin secara pembedahan.

terus jerr dr gladis bagi aku mc 3 hari supaya aku boleh rest kat umah dan jangan wat kerja berat. maknanya aku cuti panjang le.. next tuesday, baru aku masuk opis. dr gladis minta aku datang jumpe dia bila usia kandungan mencapai 30 week. so, ada lagi 13 week lagi baru aku jumpe dia. dia nak follow up check up. kalo dah 30 week that means dah 7 bulan lebih.

aku pun start le cari info2 pasal placenta nih.. cam biasa.. tanya pada pakcik google. apa itu low lying placenta. sesebelum ni.. ada gak dengar member2 yang pregnant citer.. tapi bukan nak ambil tahu detail pun... dengar jerr.. so, kali ni.. masa untuk ambil tahu..

kat web nih.. low lying placenta di bincangkan..

Low lying placenta is a terms which is used when baby implants at the lower part of uterus. Lower

low lying placentapart of uterus is not a good area for placental implantation, because it is poor in blood and so in nutrients and oxygen. In contrast, the upper part of placenta is much better and so it is preferred that the embryo implants at the upper parts of uterus, rather than lower parts. When baby implants at the lower parts of uterus, we will have a problem which is called low lying placenta. It is a problem because as I said the lower parts of placenta has no good blood circulation.

When a low lying placenta implantation occurs, embryo will not receive enough nutrients and oxygen and also it will not have enough space to grow. Therefore, risk of preterm labor will be higher.

dr zubaidi dalam artikelnya yang bertajuk uri bawah (low lying placenta atau placenta previa) memberikan aku gambaran sebenar apakah yang dikatakan low lying placenta. menurut dr zubaidi, uri bawah ni biasanya di sebabkan oleh tisu rahem endometrium yang mempunyai parut (scar) di sebabkan oleh rahem pernah mengalami jangkitan kuman, pernah melakukan D&C atau pembedahan pada rahem. ermmmm aku pernah wat D&C satu ketika dahulu...

aku citer kat pah pasal masalah aku nih... then pah suruh aku kurangkan makan ubat yang doktor bagi dan minum air kelapa banyak2. errmm mudah2an semuanya normal apabila tiba masanya nanti..


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 December 2011

aku hanya insan biasa

perrgghhh........... dah berat dah ni... huhuhu tataw le ce mana untuk hari2 seterusnya. tapi memang setakat ni.. rasa dah berat sangat dah. may be sebab tak pernah mencapai berat badan cam ni..

tapi bila baca artikel dr zubaidi hj ahmad kat sini, baru le rasa lega sket.. sebabnya penambahan berat aku adalah normal. banyak info2 yang kita boleh dapat dari dia nyer web. ala.. baru naik 2kg dah kecoh.

menurut dr zubaidi lagi.. bila kandungan dah berusia 12 minggu berat badan ibu sepatutnya menambah berat badan sebanyak1.5kg to 2kg. patut le last check up untuk 15 minggu berat aku turun 2kg, nurse dah bising. kiranya tak normallah tu. patutlah pun. walaupun awal kehamilan tak muntah2, tapi tak de selera nak makan. sebut je nama makanan, terus jerr kembang tekak aku nih... automatic rasa makanan tu jadi tak sedap. that why kot berat badan turun.

sesape nak tau berat badan yang sepatutnya meningkat semasa pregnant sehingga 40 week, bleh cuba kat sini

kalo ikut jadual yang di berikan.. berat aku bila mencapai 40 week secara average adalah 75kg. huhhu.. berat tu....... ce mana le gayanya... mudah2an semuanya ok. semoga Allah mempermudahkan segalanya....

sebagai insan biasa, masa tak pregnant aku ada perasaan bengang, marah, sedih, hepi, moody, blur, jiwa kacau, malas, excited, rajin dan segala macam lagi... maka segala jenis perasaan tu tetap ada bila aku pregnant. sebab aku adalah orang yang sama. aku cuma insan biasa yang semuanya biasa2 sahaja.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

19 December 2011

Hepi birthday En Affa

hepi birthday darling..


for my sweet heart, enche affa.. muuaahhsss...

ku berjanji kerna cinta - Anuar Zain

menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Chorus
Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ulang Chorus

Meraihmu menggapaimu

(Ku berjanji kerna cinta)
Kerna cinta
(Ku berharap kerna kasih)
Kerna kasih

Ulang Chorus

Pernah berpisah
Sampaikan nanti







....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

13 December 2011

nak bersalin di mana?

dulu2 walaupun nak sangat2 pregnant, tapi tak de le fikir sampai detail sedetail2nya... sebab may be belum masanya lagi. sekarang ni dah tiba le masanya untuk fikir ke semua tu.. semuanya kena decide.

1st ari tu, nak check up monthly kat mana? errmm isu tu dah settle dah. sebab dah 16 week eeehhh... tak kan tak check up langsung.. kan kan kan.. mulanya ingat nak gie klinik jerr kat pandan tu sebab opis enche affa cover.. then bila pikir2 balik gie jerr la check up kat klinik kesihatan kat opis ni... bukan kena bayar pun... cuma datang awal sket jerr untuk dapat no giliran awal.. len2 semua ok jerr... dalam masa sejam.. settle dah..

sekarang ni.. enche affa dok sibuk tanya nak bersalin kat mana? dia suruh pikir awal2 dan decide. errmm memang la sebab kan ke dia yang nak menanggung kos nyer nanti... kan kan kan.. errmm lagi pun bagus apa decide awal, tak yah le kelam kabut last minute nak cari2. kat mana? kat mana?

so, aku pun cari la spital mana yang berkenan di hati.. tanya pak cik google.. macam2 kisah ada.. makin menakutkan aku jer.... macam2 citer ada. ngeri jugak dengan pengalaman2 orang2 len... entah lah.. fikir nyer fikir... sampai tak larat nak pikir or nak pilih spital mana... penat enche affa tunggu jawapan.. susah ooo soklan nih...

tah aarrr aku pun tataw.. cuma apa yang tertanam kat fikiran aku ni... walau bersalin kat mana pun sakitnya tetap sama. yang membezakannya qada dan qadar kita masa tu.. sekiranya Allah swt mempermudahkan, Insya Allah ianya akan jadi mudah. sekiranya Allah hendak menguji hambaNya ketika saat bersalin, siapalah kita untuk menolaknya.. redhalah dengan ujian dariNya.. sesungguhnya ujian itu adalah untuk penghapus dosa. berbaik sangkalah kepada Allah swt dan berdoalah semoga semua urusan di permudahkan. segalanya dan semuanya hanya Dialah yang mengaturkannya.. siapa kita untuk mengaturnya...

Kesakitan ketika bersalin merupakan nikmat Allah kepada kaum wanita. Ini adalah kerana kesakitan yang dirasainya itu merupakan ujian keimanan seseorang yang bakal bergelar ibu. Melalui rasa sakit yang dialami oleh ibu akan menambahkan lagi rasa kasih sayang terhadap anak yang dilahirkannya. Di situlah kunci kepada kesanggupan pengorbanan yang telah dilakukan dan akan dilakukan oleh si ibu berbanding dengan si bapa. Di dalam sebuah hadis ada disebutkan jika kita sabar menempuh kesakitan, disamping memanjatkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah s.w.t., nescaya segala dosa kita yang lalu akan diampunkan-Nya. Bahkan bagi wanita yang tergadai nyawanya ketika berjuang melahirkan anak, akan diangkat darjatnya kepada SYAHID! Begitulah betapa tinggi dan besarnya rahmat Allah s.w.t. terhadap kaum wanita yang menghadapi penderitaan dan kesakitan ketika berjuang untuk bersalin. baca kat sini untuk seterusnya..

adooiiiiiiiiii memang susah betul aku nak menyebut nak bersalin kat spital mana.. kalo ikut hati.. memang le nak tempat yang baik2 layanan ok2.. selesa. doktor dan nurse baik2.. dan layanan 1st class. walaupun tahu yang hakikat bersalin tu memang sakit. semua orang punya pilihan.. macam dr gladis cakap, nak bersalin di mana pun, is up to you.. but look at your pocket first. betoi aarr... kalo ikot hati.. nak jerr gie spital nih...
walaupun jauh, tapi memang best. tapi nak bayo tu.. yang meleleh ayor mata dan ayor idung. sian plak.. enche affa.. kalo normal jerr kosnya dekat RM5k.. huhuhuhu.. tu kalo normal. kalo kena c-zer.. kos boleh mencapai RM12k keatas.. sape nak tanggung tu.... sila jawab....

kalo nak murah.. gie bersalin kat GH jerr... goverment hospital.. ermm tapi jauh tu dari rumah... jammed lagi... huhuhu nasib ada alasan.. err spital kajang kan dekat jer.. errmmm tamau aarr scary la.. hospital kajang.. enche affa pun tak rekomen... nasib baik.. dapat le reject 2 buah spital dah...

entah la.. kalo boleh, tanak le bersalin kat tempat yang mahal2 sebab sian enche affa. spital yang mampu bayo pun dah le.. esok2 mana taw.. tetiba Allah jemput aku lepas bersalin.. sian enche affa.. banyak dia nak kena bayo.. nak jaga baby lagi... bukan aku minta sesemua tu.. tapi kita tak tahu qada dan qadar kita. esok2 kita tak taw apa akan berlaku.. so, kena bersedia segalanya.. kena fikir segalanya.. supaya tak membuat keputusan sesedap rasa jerr... paling penting aku tanak membebankan enche affa. sian dia.. tanak aarr menyusahkan suami terchenta...Link
rasa macam nak bersalin kat HUKM jer.. tak de le jauh sangat dari rumah. HUKM tingkat 2 adalah gov nyer rate. HUKM tingkat 7 adalah specialist hospital. rate dia berbeza la. tapi bila fikir2 nak gie HUKM.. tu kena tempuh jalan yang jammed.. kalo siang.. memang confirm jammed.. jarang2 jerr tak jammed. kalo malam pun kekadang jammed.. tu yang wat lomah den tu.. memang boleh lalu jalan dalam.. tapi masya Allah berbelit2 jalan dia.. plak tu.. banyak betoi traffic light. kekadang jammed jugak sebab lalu kat kawasan perumahan. tu macam tak berapa nak berkenan tu..

kalo kat hukm.. mana tahu tetiba kita plak terpilih untuk doktor2 pelatih belajar.. (cam ada sesetengah orang yang bersalin kat hukm nyer pengalaman) tu, yang segan tu.. bukan nak salahkan sesiapa.. sebab doktor pelatih ni.. kan tengah belajar on real situation. sebab esok2 diorang ni le.. akan jadi pelapis doktor2 yang sedia ada. syabas dan tahniah buat diaorang sumer.. cume kalo aku terpilih... huhuhu.. segan den aahhh... den ni kan pemalu... aaawww...

masa mula2 dulu, ingat nak bersalin at alzahrah jerr.. pakej bersalin RM1.3k. dekat jerr ngan umah dalam 5 minit, dah sampai.. tak jammed langsung. dekat dengan tempat armand kayuh basikal jerr... depan tasik. tapi enche affa cakap, alzahrah ni.. baru lagi.. dan tempat dia kecik jer.. enche affa nak aku bersalin kat spital yang beso sket.. menurut dia kalo ada apa hal nanti cukup semua peralatan.. bukan minta.. ada apa2 tapi in case la... sebab kita tak tahu apa akan berlaku masa nak bersalin nanti.

ni.. yang susah nak fikir ni... tah la tataw.. buntu nak fikir nak bersalin kat mana... STE cover sampai RM1.2k. Alhamdulillah. sebab keje tempat lain, tak cover langsung. tanak le gie spital yang mahal sangat kena bayo.. sian enche affa.. kalo nomal dah mahal.. apatah lagi kalo c-zer or ada masalah len.. bukan nak minta ada masalah.. tapi sesemua tu kena fikir sebab kena ada back up money.. no money no talk.. okeh.. wakakaka..

colombia asia hospital pun tak jauh dari rumah. dalam 10 minit drive dah sampai or kurang kot sebab dekat jerr. confirm tak jammed langsung. sebelah econsave jerr..pakej bersalin normal RM2.5k++ bagi 1 katil sebilik tidak termasuk prosedur seperti ‘kelahiran induce’, kelahiran melalui forceps atau vacuum, rawatan ICU bayi atau transfusi darah. dan bagi pakej bersalin untuk 2 atau 4 katil sebilik, RM2.3k ++. tidak termasuk prosedur seperti ‘kelahiran induce’, kelahiran melalui forceps atau vacuum, rawatan ICU bayi atau transfusi darah. kalo masuk? banyak tu nak kena tambah.. kalo c-zer.. tah berapa nak di bayo... tak plak di sebutkan berapa harganya..

semalam enche affa bagi cadangan KPJ kajang or KPMC dua2 spital ni.. lebih dekat dari HUKM dan jalan tak jammed. lalu Cheras kajang highway, exit kajang (belok kanan) jalan terus.. dah sampai.. sebelah kiri. mula2 jumpe KPJ kajang.. pastu jumpe KPMC.. kalo terus lagi.. belok kiri, spital kajang le.. berapa minit yer.. kalo aku drive ada la kot dalam 20 minit. tapi kalo enche affa drive.. lagi kurang dari tu. rate spital KPJ lebih kurang sama jer dengan KPJ yang len. Kalo KPJ ampang puteri utk normal, 4 org sebilik dlm RM2050, kalo sensorang RM2.6k. kalo kena c-zer dalam RM9k to 11k. uish.. tak mampu den ha... tapi kalo nak gie ampang puteri ni.. jauh oooo... kalo KPMC ni.. tengok rate dia dan feedback pun ok jerr.. walau apa pun masih ada masa untuk fikir2 dan cari2 serta mengumpulkan dana2. :) bukan untuk bersalin jerr tapi untuk keperluan keperluan lain lagi.

wat masa ni.. checkup jerr macam biasa kat klinik kesihatan untuk ibu2 mengandung. nanti bila kandungan berusia 7 bulan, baru transfer.. ada lagi 3 bulan. masih ada masa.. tapi.. kejap jerr masa berlalu... time tu.. buku merah pun dah penuh.. buku merah tu penting sesangat kalo nak bersalin kat gov hospital. tapi kalo nak bersalin kat private hospital.. tak ada buku merah pun tak per.. at least kena 2 kali check up kat tempat dia..

aku, kalo boleh nak bersalin ngan doc pompuan.. dan nurse pompuan segan aarr kalo dengan doc laki2. walaupun doc laki2 dah tak heran dah sebab tu kan kerja dia.. tapi aku yang segan.. biarlah nak kata apa pun aku tetap gak segan ngan doc laki2. bukan ngan doc laki2 jer.. dgn nurse laki2 pun aku segan.. huhuhu... weeii malu tu.. jgn wat main2.. ingat dulu masa aku kena wat d&c kat pusrawi. memang la kena dengan doc pompuan, dr habibah. tapi nurse yang handle sblum dr habibah datang.. nurse laki tu.. ada la dalam 3 orang kot dan sorang nurse pompuan. diorang memang tak segan.. sebab dah kerja diorang. aku yang segan.. nurse yang laki ni le yang wat preparation sblum dr habibah masuk.. tuhan jerr yang tahu betapa segannya aku.. sementara nak tunggu kena bius tu... memang le lepas bius tu aku dah tak sedar apa dah tapi ingat aku tak malu ke?. berapa lama lepas aku kena bius baru dr habibah masuk pun aku tataw.. sebab aku tak sedo dah... tapi hakikatnya.. huhuhu... malu weeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

note : sumer gambo2 dari pak cik google yerr...

ni, our dinner...

ikan sungai masak tempoyak
untuk aku yang tak makan tempoyak

mangga lemak yang dah masak
air carrot susualhamdulillah...


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

12 December 2011

i love you strong strong...

last saturday night, enche affa & armand gie wedding kat de palma. bukan sebagai jemputan, tapi sebagai geng2 photographer.. seronok betul anak anak mama.. dia pun nak jadi photographer.. semua orang geli hati nengok gelagat dia... kecoh betul bila dia nak bawak balik this roses for his mama.. ramai yang jelous taw.. bila di tanya nak bagi kat sapa.. sudah tentu la kat awek. awek tu, nama panggillan lain untuk his mama la.. so sweet..

masa kat wedding tu, dia jumpe... jeng jeng jeng.. wah.. bukan main hepi bercerita.. jumpe datuk lee chong wei..

balik dari kenduri, dia terus cari mama.. sedap jerr mama dia membuta sebab sakit kepala tak hilang2 sejak lepas maghrib. roses tu, di sorok kat blakang. memang suprise habis.. mana la dia belajar aku pun tataw.. masa bagi bunga tu, siap kiss mama lagi.. so... sweet... romantik betul anak mama nih... tu baru 3 tahun tu...

on sunday plak, enche affa register untuk kayuhan sihat balakong. register 2 nama.. sudah semestinya anak ngan bapak le.. tak kan mama nak join kot... sat lagi len plak jadinya... acara bermula seawal pukul 8am. mujur hari mendung jerr.. tapi tak de la ujan.. redup la sikit suasana.. ramai sungguh penyertaan. masing2 dengan basikal yang canggih2.. semuanya nak ambil bahagian.. kecil besar, tua muda semuanya nak ambil bahagian.

dalam ramai2 orang tu.. ada jugak anak mamasemangat betul nak memulakan kayuhan 10km bersama2 dgn peserta yang lain... nampak armand.. cinonet jerr...
gaya macam orang beso jerrrrr... cuma enche affa tak sempat nak beli topi jerr.....

sempat lagi nak uji basikal dia.. tiru orang beso la nih...

muka, semangat giler tuuuuuuu.... macam ganas jerr...

saat2 memulakan kayuhan... sempat lagi menyengih....

ni, lerr no basikal armand iskandar
tak ada la enche affa dan armand kayuh hingga 10km. melalui jalan raya dan kawasan berbukit serta curam.. bahaya tu.. diaorang dua beranak kayuh keliling tasik bandar tun hussein on jer.. lepas setengah jam.. peserta kayuhan sampai di tapak permulaan.. mula la armand sad.. tah ce mana tah dia tahu dia dah kalah.. puas di pujuk tapi dia tetap gak sad. sampai nangis2 sebab kalah.. tahu pulak tu ce mana kalah.. siap suruh enche affa mulakan sekali lagi macam tadi.. heheh memang le dah tak boleh.. kesian dia sangat2 sad... bila nengok ramai orang yang sampai ke tempat penamat..
ramai peserta yang telah sampai ke garisan penamat...
muka sad sebab tahu dia dah kalah. kesian betul...
entah ce mana tah.. masa majlis penyampaian hadiah.. di umukan, peserta paling muda untuk kayuhan sihat balakong, jatuh kepada basikal nombor 0299. wah.. apa lagi.. terus jerr hepi... sangat2 hepi.. berlari2 gie ambil hadiah.
tak de pun rasa segan atau malu dgn orang ramai, yang penting dapat hadiah dan menang. seronok bukan main...
kecoh mulut dia bercerita yang dia menang jugak.. terubat le kesedihan tadi.. teruja betul sebab menang.. dia nyer hepi.. tak yah citer aaarrr... petang tu, siap gie umah atok semata2 nak cerita tentang kemenangan dia.. sepanjang hari hepi.. hadiah yang aramand dapat ni, adalah toaster. alhamdulillah.. menanbahkan lagi koleksi toaster kat umah ni...

rupa2nya semalam, dapat sumthing dari my darling... muuahhhsss tengkiu yerr enche affa... lagu ni, so sweet...

ku takkan berpaling - Rossa

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

T’rima kasihku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
S’lalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari-Mu



i love you strong strong...
muahhsss


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”