29 June 2008

Wanita




....from kekwa22 with love....

28 June 2008

Ayat Ayat Cinta


Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Ketika ku bersujud



....from kekwa22 with love....

Kisah kita.....

dulu kita menganyam impian
membina mahligai bersama
menggapai cita bersama
melayari bahtera bersama
kau nakhodanya
aku pembantu mu..

masa mengejar usia bersama cita yang dilakar
meredah arus permodenan penuh noda
sisa-sisa daki kota berhamburan
tempiasnya turut ku rasa
apakah salahku kerana aku seorang wanita?
apakah salahku kerana aku tidak berdaya melawan?
apakah salahku kerana aku seorang yang lemah?
apakah salahku kerana aku tidak berdaya..
aku hanya seorang wanita yang lemah..
apakah semua salahku?
apa lagi salahku pada mu?
katakan..
luahkan..
aku sedia menanggung segala penghinaan..
kerana kau..
insan yang ku sayang setulus hatiku..
insan pertama bertakhta di hatiku..
insan pertama memiliki hatiku..
insan yang ku letak seribu harapan untuk hidup bersama..
dan kini..
segalanya hancur berkecai..
di mana kepercayaan mu padaku..
tidakkah kau memahami diriku lagi..
tidakkah kau tahu..
aku hanya untukmu..

sungguh mudah kasihmu beralih
sedangkan luka ku masih berdarah..
aku kau tinggalkan
dengan sejuta penghinaan..
aku hanya insan biasa..
yang menumpang mencari bahagia di bumi Pencipta Agung ini..

cuma satu yang ku pinta
janganlah dibuang segala memori kita
kerana itu janji kau dan aku..
jagalah dia sebaik mungkin

....from kekwa22 with love....

izinkan aku mencintaimu

izinkan aku mencintaimu

Tuhanku aku mula belajar mencintaiMu
sejak kecil ku melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU ku hayati masih terpahat dalam ingatan.
Tuhanku aku
tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau

seperti Saidina Umar Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu
melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.
Tuhankuaku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki
izinkan aku mencintaiMU

melalui solat yang ku lakukan dalam waktu
yang terbatas
Tuhanku Izinkan aku mencintaiMU



....from kekwa22 with love....

Keyakinan di Sebalik Dugaan Allah




Keyakinan di Sebalik Dugaan Allah

26 November 2007

Oleh HAPPIS BASHA

... Wahai jiwaku,

Adakah engkau setabah Siti Hajar,

Mengendong bayinya yang masih merah,

Mencari air penghilang dahaga..

Di terik padang pasir merak,

Ditipu dek fatamorgana,

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman...

SEPANJANG perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiayai hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang enam bulan perjalanan, maka mereka pun tiba di Mekah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir dan berteduh di sebatang pohon tamar.


Panas terik terus menyelubungi diri. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara untuk memberitahu isterinya tentang perintah Allah s.w.t itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.


Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya yang bergegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu: "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu yang masih merah di sini?" Adakah aku berbuat dosa padamu."


Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. "Tidak, wahai isteriku, bukan kerana dosamu. Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"


Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya hanya Allah s.w.t yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah s.w.t."


Apabila disebut ia perintah Allah s.w.t, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah s.w.t, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.


Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan, keyakinan dan pertolongan kepada Allah s.w.t.


Namun, hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah s.w.t itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah s.w.t, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang.


Digambarkan tempat itu kemudiannya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan keesaan Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Agung.


Teringat akan peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah s.w.t, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan," kata Siti Hajar sambil mengesat air matanya yang berlinangan.


Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah s.w.t. Pasti Dia akan membela kami. Dia tidak akan menganiayai kami yang lemah ini."


"Cuma... doakanlah agar datang pembelaan Allah s.w.t kepada kami." Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan.


Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."


Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya.


Namun, atas keyakinan yang padu pada janji Allah s.w.t, ditunaikan juga perintah Allah s.w.t walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah s.w.t.


Maka, Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah tinggal di padang pasir di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan dan dugaan yang akan berlaku.


Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Kemanakah hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?


Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana.


Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safaa dan Marwah untuk mencari sumber air.


Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.


Tiba-tiba dengan rahmat Allah s.w.t, sedang Siti Hajar mencari-cari air, maka air pun keluar dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."


Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu kehendak Allah s.w.t. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.


Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai Allah s.w.t, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Mekah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.


Sesungguhnya ketabahan perlu ada pada diri seseorang sepertimana ketabahan yang dimilik oleh Siti Hajar. Disebalik dugaan pasti ada tirai yang akan terbuka satu hari nanti kerana Allah s.w.t amat menyayangi
hamba-hamba-Nya yang tabah.


"... Kekuatan seorang wanita bukanlah pada kelantangan suara,

Tetapi pada kekuatan perasaan,

Wanita yang gagah, wanita yang tahan menerima dugaan..."



....from kekwa22 with love....

harapan....



Pernahkah kamu terfikir, apabila kamu rasa ingin juga dihargai, daripada orang-orang yang terdekat, mereka yang tidak kamu sangka yang sebenarnya melakukan hal demikian?

Ada manusia yang menghargai dengan kata-kata. Ada pula melalui gerak-geri mereka. Bagaimana pula orang yang kamu harapkan tidak melakukan kedua-dua hal tersebut?

Adakah kamu akan berasa hampa? Kecewa? Atau pun menerima seadanya kerana orang yang dekat dengan kamu mungkin terlupa? Terlalu sibuk dengan hal ehwal lain hingga apa yang penting bagi dirimu kurang penting bagi mereka? Jika ini yang berlaku, mampukah kamu memaafkan mereka? Atau terus memendam rasa?

Lumrah manusia, pastinya ingin dihargai. Harapan tidak selalunya tercapai. Orang-orang yang terdekat selalunya menjadi sumber inspirasi dan sayap yang penting. Bila tiada kata-kata penghargaan dan terima kasih daripada mereka, kita mesti belajar memaafkan. Memaafkan memang sukar kalau tiada keikhlasan. Namun kita mesti cuba dan terus cuba.

Kerana pergantungan dan harapan kita hanya pada Dia.
Bila hati sedih rintihlah padaNya.
Supaya hati tenang dan lega semula.
Agar kita dapat bangun dan hidup kembali.

....from kekwa22 with love....

plan yang tak kesampaian

Salam..

hari ni semua plan yang aku rancang, hanya 10% jer dapat dilaksanakan... pagi-pagi lagi aku dah ada kat library tapi kepala aku pening tahap dewa sampai tak leh nak handle.. nak study pun tak masuk apa.. kul 11 aku turun dari library.. g antar barang kat umah baru skit dan terus jer kak aya datang, aku pun g tesco, makan tengahari, makan pizza jerr.. n g gombak.. sakit kepala still tak hilang.. ikut kak aya g servis kete.. tapi aku yang g tido dalam kete.. ada la setengah jam kot.. panas ke apa ker... semua tu aku tak kira... siap mimpi2 lagi.. hahahhahaa... aku sedar kebelakangan ni aku rasa letih sangat2. tak cukup tido n tak cukup rest. next week final exam.. tah la aku tak prepare apa pun.. satu subjek pun tak leh nak study.. bukannya tak mahu study.. tapi kepala aku sentiasa sakit.. rasa ringan sikit kepala.. bila bangun tido.

kebelakangan ni kepala aku selalu sakit.. selalu sangat selsema.. ubat plak dah jadi cam teman setia plak.. dah la ubat2 tu tak bagus.. drug banyak.. balik tu dalam kul 4, terus g lepak kat umah k aya.. pastu g pasar malam.. teringin nak makan laksa.. so dapat aarrr ari ni... hehehe.. demam2 ni teringin plak..

tak sabar rasanya aku nak pindah umah.. cukup bulan ni aku tinggal kat umah baru... depan opis jerr.. umah tu lebih selesa dari umah aku ni.. nanti aku g keje jalan kaki jerr... n aku harap, aku boleh struggle untuk 4 hari sebelum final exam.. hope aku dapat flying colors result aku..

tak sabar rasanya nak habiskan course aku... yeyeyyeye



....from kekwa22 with love....

Doa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

....from kekwa22 with love....

25 June 2008

hanya aku yang mampu

salam.
hari ni pagi2 lagi dah sakit kepala.. sakit sangat2 pulak tu hari ni satu hari mengemas bilik. macam yang buat. habuk pulak, masya Allah. dah la ku ni allergic ngan habuk.. sakit kepala tak tau nak cakap ce mana... tapi tak pe la teruskan gak la apa yang dah di rancangkan..

dalam sakit2 ni teringat plak kat megat.. dia datang bilik aku ngan senyum sengih.. hehehe sajer la tu nak nyakat aku.. hehehehe dia ada bg aku lagu.. katanya hayati lirik lagu tu.. lagu tu pun bukan 1st time aku dengar... aku tahu apa maksud megat..

Aizat - Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku..

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhh..
Aku cinta oooo…

http://www.mediafire.com/?zejettjdi32

aku tahu apa maksud megat.. faham apa yang ingin megat sampaikan melalui lagu tu... aku sendiri pun tak pasti sama ada boleh ke tak aku melakukannya.. sebab bukan senang nak lakukannya. entah la hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..



....from kekwa22 with love....

24 June 2008

Gugurnya Bunga cinta - Laksamana

semalam dengar lagu ni masa balik dari gym, rasa yang bermacam2 rasa... susah nak di gambarkan.. sebab dila dengar lagu ni... teringat kat dia n teringat kat dr.. tah tak tahu ce mana nak describe perasaan tu.. sampai kat opis pagi tadi pun, masih terngiang2 lagi lagu ni... ada rasa sedih dan ada rasa suka.. tak tahu ce mana.. aarrgghhh tapi teringat jerk at dr.. kenapa dengan aku ni, dah tak betul apa.. aaahh memang la tak betul.. hahhahahaa

memang aaarr aku merindui dia.. tapi untuk apa? Aku sendiri kalau boleh sedikit pun tak nak ingat kat dia.. tapi bila kenangan tu datang, aku tewas juga..

Gugurnya Bunga cinta - Laksamana


Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh

Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...

kenapa aku kena lalui semua ni.. kadang2 aku rasa tak adil.. tapi aku pasrah... namun terlalu sukar untuk aku buangkan ingatan ku padanya... memang payah.. entah la... dah banyak yang dia lakukan padaku namun kenangan itu terlalu sukar untuk di buang... tapi aku pelik sebab lagu ni untuk sapa sebenarnya,,, liriknya cam untuk dia.. tapi masa nyanyi lagu ni teringat kat dr.. aarrgghh kenapa ni...

apa la nak jadi ngan aku ni.. lagi 2 minggu jerr lagi final exam... takot oooo tapi buku lum buke... ce mana nak study kalo tempat tak selesa, fikiran tah kemana2 melayang... perasaan tak stabil.. tak tahu kat sapa yang aku bleh luahkan agar apa yang terbeban di bahuku ni dapat di redakan.. segalanga cukup menekan di jiwa... Ya Allah, bantulah hamba Mu yang lemah ini....



....from kekwa22 with love....

22 June 2008

Kian

baru jer dengar lagu ni.. ada plak lagu ni dalam playlist aku.. kalo dengar lagu ni sure teringat kat seseorang.. seseorang yang terpaksa aku lepaskan.. entah lah mungkin ini adalah hakikat kehidupan yang telah tersurat buatku.. tipu la kalo rasa tak sedih. tapi aku redha dan pasrah.. aarrgghh aku pun ada perasaan.. kalo dengar lagu ni, trus jer,.. rasa sayu n sedih.. sangat2 tergambar semua kenangan..
segala yang pernah dilalui bersama...
wwawawawa. kenapa aku kena lalui sesemua ni... Ya Allah bantulah hambaMU yang lemah ini..

Kian

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati



....from kekwa22 with love....

story for the 22 jun 08

today quite sleepy.. kat kelas boleh tido.. hahhaha.. bukan aku sorang jer tido... yati n fiza pun tido gak... hahahaha... penat study nak test... kesian dr zainal mengajar.. dia mengajar bersungguh2 tapi aku ni yang tak paham2.. ala.. bukan aku jer yang paham.. org lain pun sama tapi malas nak ngaku.. cuma aku jerr yang jujur bg tahu aku tak paham... buktinya bila aku tanya mmat belakang tu dia paham tak.. dia kata.. wat2 paham jer la... ha,,, kan tak jujur tu..

dr zainal pun terangkan semula.. aku pun tak paham lagi.. last2 aku kesian dia nak terangkan kat aku... so ngaku jer la paham.. bukan tak jujur dalam kes kedua ni, .. tapi kesian pulak kat dr zainal.. last2 dia kata, saya faham apa yang awak tak faham... hahahahahahah... tapi memang susah bab tu.. lagi 2 minggu final exam.. mulai esok lena la start study jangan main2.. malam ni time lepak2... hahahaha

mujur test aku dapat jawab.. hopefully dapat full marks. tu target aku... minta2 la.. sebab semua soalan boleh jawab n gerenti betul...tak de la teruk sangat masa finl nanti.. sebab soklan final susah oooooo

abis klas kul 4.30pm.. trus balik umah n lepask2 jer boring tahap dewa.. tak de sapa nak cakap internet plak tak de.. so.. layan movie.. tu pun rasa boring.. pastu g masjid solat maghrib pastu ada kuliah.. lepas isya baru balik... lapo aaarrr... trus beli makanan.. balik umah ada line tenat.. yahoooo.. tak de la boring lagi..

jom makan...


....from kekwa22 with love....

15 June 2008

ku sedari

ku sedari
kini akan hakikat sebuah kehidupan...

ku sedari kini..

betapa kerdilnya aku disisimu Ya Allah...

Ya Allah

ampunkanlah segala dosa2 ku..

Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu ini..

maafkan lah aku YA Allah....

Ya Allah, betapa besarnya hikmah yang telah

Engkau berikan pada ku Ya Allah

Alhamdulillah syukur pada Allah

Aku sedar ya Allah...

Ya Allah.....

telah lama kasihnya pergi dari diriku...

sudah tak bermakna lagi aku di hatinya...

cuma aku sahaja yang menyayangi dirinya sepenuh hati...

betapa aku... rasa kecewa teramat sangat..

Kasihku Abadi

by Inteam04

Kamar hatiku, sekian lama

Suram dan sepi, kekosongan

Aku mencari insan sejati

Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya

Disemai rasa kasih sayang

Agar bersemi ketenangan

Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan

Dan ku rindukan keramahan

Aku inginkan kemesraan

Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi

Menyayangimu, disayangi

Merindui dan dirindui

Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku

Biar tenang resah di dadaku

Terimalah serta kabulkan harapan ini

Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna

Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah

Hidup mati jodoh pertemuan

Ditentu Allah yang Esa

Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati

Dipertemukan serikandi

Susah dan senang sama harungi

Demi cinta yang hakiki

Oh...



....from kekwa22 with love....

Pening aarr

Salam..

today, tak berapa sihat.. sakit kepala n selsema dari pagi sampai ke malam ni... berat jee kepala.. kalo tak sihat, mood pun tak berapa ok.. ingatkan kelas lewat hari ni.. rupa-rupanya awal la pulak.. mujur tergerak hati nak datang kelas awal... hopefully esok dah baik selsema ni.. kalo tak teruk aarr pening...

Senin ni nak gi interview.. lamanya tak g interniew.. 9 tahun... hopefully aku dapat jawatan ni.. YA Allah murahkanlah rezeki aku... Ya Allah bantulah hambaMu ini.. HAmba yang seringkali mengharap pertolongan dari Mu.. Ya Allah perkenankanlah doaku.. Ya Allah, aku harap agar permohonan ni diterima... YA Allah, permudahkanlah...

pesal aku rasa letih sangat ari ni... tah la... penat sangat kot... kurang tido n kurang rest.. kepala plak pk yang bukan2 macam2 yang di pk kan... tak tahu sampai bila..

tadi aku dah pk.. tapi tak tahu la.. boleh buat ke tak... tapi aku akan cuba buat... Ya Allah bantulah hambaMu ini.. susah aarr... nak wat tapi aku teruskan jua... sebab aku memang takleh teruskan dengan sesemua ni... aku sedar ada perasaan sayang dalam diri.. tapi aku tak boleh teruskan... sama ada dr atau wan.. aku tak boleh teruskan walaupun as fren.. susahnya aku juge.. orang bleh tuduh aku macam2. aku gak yang sakit hati... memang aku gembira n terhibur dengan mereka berdua.. tapi aku tahu.. tak boleh selamanya cam ni...

aaarrgghh semuanya menyemakkan fikiran aku jerr.. dengan sesemua ni... malas aarrr aku.. nanti tak ada penyakit, cari penyakit.. bila dapat penyakit, susah la pulak akau nak handle...

YA Allah hanya engkau sahaja yang maha mengetahui...


....from kekwa22 with love....

14 June 2008

Taubat Seorang Hamba

lagu yang paling aku suka

Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


....from kekwa22 with love....

Menanti di Barzakh- FarEast


Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

....from kekwa22 with love....

Tenangkanlah Hati


memiliki hati yang tenang, bahagia dan tiada rasa gundah-gulana adalah sesuatu sangat diinginkan semua orang.orang yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, 'Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah' ialah: "Kehidupan sebenarnya ialah kehidupan yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan".

Jika seorang itu ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.

Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya.

Syaikh as-Sa'di juga menyarankan: "Hendaklah juga membandingkan antara kemungkinan risiko yang menimpa dengan banyaknya kemungkinan dapat diselamatkan daripadanya. Jangan sampai kemungkinan yang lemah dapat mengalahkan kemungkinan kuat dan banyak. Dengan demikian, akan hilanglah kesedihan dan perasaan takut".

Setiap orang juga perlu menjangkakan perkara paling besar yang dapat menimpa kemudian menyiapkan mental untuk menghadapi apabila terjadi serta berusaha mencegah yang masih belum terjadi dan menghilangkan atau paling tidak meminimumkan musibah yang sudah terjadi.

Apabila seseorang dihadapkan dengan ketakutan, sakit, kekurangan atau tidak tercapai keinginannya, dia hendaklah menghadapinya dengan tenang dan menyediakan mental mencukupi, malah dia harus bersiap menghadapi keadaan lebih berat sekalipun.

Sesungguhnya persiapan mental dalam menghadapi musibah akan memperkecilkan musibah itu dan menghilangkan bebanannya.

Apa yang lebih penting ialah selalu memperbaharui kekuatan menghadapi musibah disertai dengan tawakal dan yakin kepada Allah.

Jika hati bersandar dan bertawakal kepada Allah, tidak menyerahkan kepada prasangka buruk, tidak dikuasai khayalan negatif dan yakin atas kurniaan Allah, pasti akan terusirlah perasaan sedih dan mampu menghilangkan pelbagai penyakit fizikal dan jiwa.

Hati boleh mendapat kekuatan, kelapangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

Ramai orang yang tabah hatinya tetapi masih terpengaruh dengan prasangka buruk dan khayalan, apatah lagi orang yang memang lemah hatinya.

Betapa hal berkenaan sering menyebabkan kedunguan dan kegilaan.

Firman Allah bermaksud:

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya". (Surah Ath-Thalaq: Ayat 3).

Ertinya Allah akan mencukupkan untuknya semua apa yang dia perlukan daripada urusan agama dan dunianya.

Oleh itu, orang yang bertawakal kepada Allah hatinya menjadi kuat, tidak dapat dipengaruhi prasangka buruk, tidak dapat digoncang oleh peristiwa yang terjadi kerana dia tahu, termasuk tanda lemahnya jiwa ialah perasaan takut yang tidak beralasan.

Dia tahu Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang bertawakal kepadaNya. Dia yakin kepada Allah dan tenang kerana percaya akan janjiNya.

Dengan demikian, hilanglah duka dan gelisah. Kesulitan berubah menjadi kemudahan, kesedihan menjadi kegembiraan dan perasaan takut menjadi keimanan.


....from kekwa22 with love....

Tip


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah
senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"



KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2.
Rasa hormat kepada orang lain;
3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan
itu.


KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian...



....from kekwa22 with love....

13 June 2008

Doa



Ya Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

I just hope to be a much better person.
To be able to lessen the hurt I might have caused to the people I love around me.
Directly or indirectly.
I am trying my best.

It has made be thinking.
And I pray that once all is done, things will take place nicely.
Not for worse, but a brighter future ahead.
On the verge of breaking down.
But saying to myself that things will be okay.

Let's see how it goes by the efforts done.




....from kekwa22 with love....

11 June 2008

citer ari ni....


today quite bz.... banyak keje yang perlu di selesaikan.... tapi jiwa tak tenteram.. kenapa errkk.. banyak sangat pk la ni.. macam2 yang di pk.. semuanya pasal kehidupan.. kehidupan seorang insan di muka bumi ini... banya pancaroba yang perlu di lalui.. semuanya menguji ketabahan keimanan seseorang... tapi tak akan sesekali aku menyerah kalah..

kadang2 rasa kuat nak hadapinya.. tapi kadang2 rasa telah tertewas...

hari ni, ada seseorang yang mengingatku kepada arwah ayah.. sedih tak terkira.. rindunya.. Al-fatihah. segala kenangan bersama ayah seolah2 baru jer laku.. teringat lagi masa darjah 1 ayah dengan bangganya menghantar aku kesekolah... pagi n petang.. rindunya... tapi Allah lebih menyayangi ayah... ayah seorang yang penyayang.. sabar.. jarang dia nak marah2...

Ya Allah tempatkan ayah di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...

dah 2 hari tak dengar suara doktor.. semalam doktor sakit. hari ni, langsung tak dapat call doktor.. aarrgghh risau arrr. rindu ke? eehh mana ada rindu.. just teringat jerr.. tadi wan pun mengusik aku.. boring sebab doktor tak call. hehehe tu bukan sebab utama. tu sebab sampingan jerr.. sebab utamanya hehehe ada la... mana leh share kat sini.. nanti aarrr bg tahu.. lum ready lagi nak citer.. hahahha poyo jerrr... hopefully doktor sihat..

wan n doktor the different person but they are really nice. i just like it. they make my life wonderful.. kelakar ngan gelagat dua orang ni... my new fren. hehehheh tapi tatau aarrr... let imagine kalo kehilangan dua orang ni.. sure lonely giler hidup.. hehehehe.. meriah habis.. at least dapat gak menyakat diaorang... tapi tah aarrr tapi kalo bleh tak mo kehilangan diaorang... dua karekter yang berbeza.. tapi aku suke.. tapi tatau nak cakap ce mana... keduanya aku bleh join kepala.. hahhahahah. kekadang cam bengong2 skit.. tapi yang bestnya dengan dia orang, aku bleh citer apa saja tentang apa jerr topik2 yang di rasakan nak share... hehhehehe.. sebab dia orang pun lebih kurang sekepala jerr ngan aku... hahahhha

tapi rasa tak adil buat doktor plak... sebab dia tatau kewujudan wan, sedangan wan tahu kewujudan doktor. ce mana nak bagi tahu doktor tentang wan.. tapi kedua2 ni kena tahu akan kewujudan masing2 hahahhahaa poyo jer aku ni... kelakar la pulak... hehehe tak per aarr sampai masanya dia orang akan tahu menahu gak... kalo wan kawan aku, doktor pun kena jadi kawan wan gak.. baru best.. tapi nak ke diaorang... hahahhah ni yang aku tatau.. hehehheeh.. poyo betul aku malam ni.. may be penat main badminton tadi

....from kekwa22 with love....

09 June 2008


salam...

today quite borink.. n busy.. pagi2 lagi mr adi datang bilik n bg cenderati dari beijing.. wahh best tu g beijng.. bila la nak dapat g sana.. hehehhe... ari ni jas good mood.. hehe

forget to bfast.. today.. poyo tak? hahhaha... kul 12.30 jer mula la perut keroncong menyanyi lagu yang tak sedap didengar..
alhamdulillah satu masalah settle.. nasib baik orng kat MPM tu bleh kawtem.. kalo tak.. susah aarr nak citer.. alhamdulillah... walau pun tak tau MPM kat mana, kena redah gak la.. apa nak wat terpaksa.. at least dapat settle 1 masalah.. Amin.. hopefully semuanya dalam perancangan...YA Allah berkatilah perjalanan hidup hambaMU ini.. tunjukkanlah jalan yang lurus dan jalan yang benar...

Ya Allah ce mana eerrk nak buangkan rasa rindu.. susahnya nak handle perasaan kalo dah rindu.. sebab tak de maknanya masih merindui... tah la.. kekadang bila perasaan tu datang jiwa jadi kacau.. terus bad mood. kenapa eerrkk masih rindu... tolonglah bantu hambaMu ini..

tah la.. moga aku di beri ketenangan untuk melayari hari2 yang mendatang...

.......................................................
....from kekwa22 with love....

07 June 2008

aarrggghhh

today... i really dun know what to do.quite borink, sad, confuse n 1001 i feeling.. but semuanyanya bad feeling.. why am i like this? why why why.. i dun really understand.. but i really miss someone.

aku tak bleh jadi cam ni... blurr tak tahu nak wat per.. jiwa tak tenteram... nak wat apa pun rasa tak de semangat malam ni kat kelas new lecturer hope aku bleh catch up apa yang lecturer ajar...
sometimes aku rasa nak lari jer.. dari semua ni tapi how to.. kalo lari bleh selesai sesemua ni tak perr aaarr juge.. but i always feel weird.

aaarrrhhhggg
Ya Allah tolonglah hambamu ni.. YA Allah kuatkanlah iman aku.. kuatlah n tabahkanlah hatiku menempuh segala dan semuanya

kadang2 aku rasa aku kuat nak laluinya tapi kadang2 rasa tak terdaya nak laluinya lagi...
dah lama rasanya tak dapat jengok blog ni.. bukan tak rindu tapi kesempatan tak ada... bila kesempatan ada, line pulak tak derr hehehh guna wifi free cam ni la jadinya..

aarrggghhh boring tahap dewa tak tahu nak wat mende.. kalo ada mende yang nak di wat pun rasa malas n tak ada hati nak wat...

aarrggghh kenapa ni. aku rasa lonely sangat2.. ari ni ada kelas plak tu.. at least tak de la terbuang masa sangat..

aku rindu... rindu oada dia.. pelik kenapa aku masih rindu. aku yang pergi dari dia. bukan dia yang pergi dari aku, tapi aku yang pergi dari dia.. aku pergi dari dia sebab dia tak perlukan aku..

tah la.. aku tak ske hidup cam ni... cam tak ada arah n tujuan but sometimes quite blurrr.. aku tak tau apa yang aku nak.. n kadang2 aku tahu apa yang aku nak...
aaarrggghhh