31 January 2010

mengalah bukan bererti kalah

kat tasik pagi ni lengang betul. may be orang kl, ramai yang kuar dari kl kot. may be balik kg or pergi holiday. esok kan kl cuti. sebab tu menyumbang kepada lengangnya jalan dan kurangnya orang di tasik titiwangsa. tapi pakcik2 yang regular tu, tetap ada. dia masa yang berbeza tapi di tempat yang sama.

sape kata sunday adalah hari untuk berehat? its totaly wrong okeh. macam2 kena buat on wekend. tak macam wekday. tak yah wat mende pung. for example wekday, bangun tido, siap2 gie keje. petang balik keje. lunch plak dah ada orang siap masak. balik keje kalo rajin masak, kalo tak rajin ermmm apa yang ada jer.. kalo wekend plak, kena buke kedai dobi, kena masak kena wat apa lagi erkk.. ermm macam2 aarr yang kalo wekday tak yah wat sumer2 tu.. hehhehe poyo tak aku?

balik jer dari titiwangsa, ogie dok sibuk menjahit manik. kak norma cabut rumput kat depan, aku dok bz panaskan roti canai segera yang kak norma beli masa dia gie teganu. elok arr lepas balik jogging makan roti canai. kalo nak hilangkan kalori untuk sekeping roti canai. kena berlari 6km tau.. errmm abaikan jerr la.. wat2 tak tahu jer.. mula2 aku makan roti canai cicah susu pekat, kak norma gelak kat aku. pastu dia pun join sekali.
lepas breakfast, aku buke kedai dobi sekali lagi. pelik arr.. semalam rasanya dah settle semua. pesal hari ni ada sebakul lagi? mana datangnya. tak kan aku pakai baju dua jam sekali tuko kot. tapi tu arr... sampai ogie pun tegur aku dia siap cakap, 'ait, semalam kan dah membasuh?' aku sengih jerr la.. sambil cakap.. 'anak ramai maaa'

lunch untuk hari ni aku masak mee bandung. ogie plak tekun study satu novel. kak norma gi kenduri kat danau kota.tengah hari tadi aku bengang dengan seorang insan yang bernama shahrul nidzam ni. saje jerr nak wat temperature aku naik. cakap jerr la nak jumpe aku. tak yah nak psaiko then cari kesalahan aku sebab tak nak jumpe dia.. weii plisss la... rimas tau tak. yang aku bengang tetiba dia emo dan marah aku bila aku cakap, ina kena keje untuk menyara diri ina sendiri. errmm salah ke statment aku ni? rasanya tak de salah pun. ermm penggunaan tatabahasa ke yang salah orr bahasa yang aku gunakan dia tak faham? realitinya dah macam tu. just a simple ayat.
tak de sebab nak marah. tapi bila dia marah dengan ayat aku ni, ermm something wrong somewhere.

en shahrul nidzam, kalo ko nak tahu, ni le antara sebab2 yang aku malas nak jumpe ko. dictactor & baran. antaranya suke guna statment memaksa. then cakap dia bukan paksa. 'yer la tak jumpe abang pun tak pe' nak je aku jawab time tu, memang pun. memang tak pe. tak pe sangat2'. tapi aku tak de la nak cakap cam tu. agak2 aarr. cakap dalam hati jer.. tadi dah la marah2 aku pasal nothing then nak jumpe aku pulak. eerrmm no way man. aku bukannya your girlfriend or your wife nak paksa2. semua nak kena follow. sorry okeh. ina, be cool. take a deep breath. forget it.

hari ni aku memang rajin sikit. sempat aarr aku menyiapkan project buat bunga untuk achik. bukan lama pun. kurang sejam dah siap 11 kuntum. tapi kalo malas, 11 hari pun belum tentu dapat menyiapkannya.
tiga jer? ermm tak lah.. kesemua 11 kuntum dah siap. tak yah pikir2 lagi. masuk dalam kotak. kalo terlupa time balik kg... ermm mau achik mengamuk ngan aku. semalam pun dia update lagi barang2 yang kena sponser.. dia nih...
lepas tu aku continue dengan this one. butterfly. pink color...
ni, my dinner. mangga muda tapi tak masam. rasanya memang manis. teman, dont be sad okay. kalo ko sedih aku pun sedih jugak. aku diam jerr sebab aku tak mo ianya akan menyebabkan ko terluka lagi. tapi percayalah dugaan ni kecik jerr dari apa yang pernah aku lalui. just 5%. ianya belum lagi bermula. sikit jerr ni. be strong. sabarlah. ada hikmah di sebalik semuanya. i will always beside you & welcome if you wanna share with me.








....from kekwa22 with love....

30 January 2010

pls think it

semalam kononnya nak gi jogging pagi ni. tapi tetiba terjogging kat atas katil la plak. hehehe.. lepas subuh, kalo tido semula memang arr.. sedar2 dah 7 lebih. ermm malas la pulak nak gie. sebab cuaca dah panas. sebenarnya aku bangun dah awal dah pukul 5 lebih.

kedai dobi plak buke awal la hari ni sebab tak de apa nak wat. bagus cuaca hari ni. panas. sempat kering semua pakaian di jemuran.

aku gie sogo ngan ogie. masa untuk shopping. ramai giler orang kat sogo. maklumlah cuti dan sale. tapi ok gak kalo beli time sale. banyak boleh jimat. tapi jangan plak soping barang2 yang tak perlu, tu membazir namanya. dengar la nasihat aku. kan kan kan..

aku memang dah decide nak beli sumthing. tapi sales person tu malas nak layan aku. nak say hi pun tak. aku ni jerr excited maka terbantutlah cita2 aku. bengang betul. kalo nak beli barangan yang branded, tapi ko pakai selekeh, t-shirt & jeans lusuh jerr... sila hentikan niat anda serta merta okeh. tak de sape nak layan. ermm boleh blah! tu moral of the story aku kat sogo hari ni.

masa belek2 another barang lain, dengan niat nak membeli.. ada le sowang lagi yang baru dok usha2 kat sebelah aku tu tanya salesperson tu 'kak, tak de less ke?' then sales person tu jawab, 'dik, akak dah keje 18 tahun kat sini tak pernah ada less. kalo akak mati kat sini pun rasanya tak de less jugak' aku gelak jer bila dengar salesperson tu cakap then orang yang bertanya tu sengih2 gak. hehheh.. ermm selama aku gunakan pun, mana ada less walau beli kat airport or duty free. just best buy jer. tapi aku suke dgn layanan sales person yang nih. friendly tak de la cam yang tadi. last2 aku kena jaga dia nyer booth. poyo giler. tapi memang ramai orang time tu dok usha booth dia compare dgn booth lain. sempat la aku jadi promoter hari ni. tah apa2 tah.

lepas tu aku pi cari reben untuk bunga achik. lagi 2 gulung. ermm cukup arr semua mende. aku target dalam minggu ni akan siap semuanya. insya Allah. cadar pink yang achik nak tu, lum jumpe. ermm dah jumpe tapi tak berkenan la pulak. serabut sangat dia nyer corak. tu yang kureng berkenan. then lepas lunch, terus jer balik. beli barang dua tiga benda jer tapi banyak gak habis nih... ce mana tu?

on the way balik tu aku di kejutkan dengan satu berita. memang terkejut sangat2. tak pernah aku pikir ianya akan terjadi. alasan yang aku tak boleh terima langsung. kalo aku tak leh terima, ermm apatah lagi orang yang berkenaan.

petang tu aku join kak norma gi pasar malam kat depan jj
banyak giler kitaorang memborong. macam masing2 ada anak 10 orang jerr... hehehe.. macam2 beli. sayur2an, ikan dan buah-buahan. tu yang berat tu. lagi pun esok bajet lepas balik jogging, tak singgah pasar. that why gie pasar malam. aku beli bahan2 nak masak mee bandung esok. cuma telur jer tak beli sebabnya dengan barang banyak2 tu sat lagi pecah la pulak. esok pagi lepas balik dari jogging, singgah kedai jap beli telur.

masa kat pasar malam aku nampak laksa johor. wahh mana pernah orang jual laksa johor kat pasar malam. so, aku pun layan aarr RM4 tau.
memang dah lama aku nak makan laksa johor. tapi dah tak jumpe. masa gie k4 last week pun aku cari gak, tapi tak de. ada gak bercadang nak masak.. tapi belum sampai tahap mengidam... so, malas nak layan sebabnya nak wat kuah dia leceh sikit. kena letak santan, ikan tenggiri, lengkuas sikit & serai lg. daun pudina lagi. ermm tah apa2 lagi.. tak sama macam laksa kedah. tapi lebih kurang laksa serawak. perbezaan antara laksa2 adalah, laksa kedah guna laksa beras. laksa johor guna speghetti dan laksa serawak guna mihun. kuah nyer stail yang berlainan. persamaan hanya pada perkataan laksa. kenapa ya.. ermm aku tak taw...

hidup dan kehidupan.. root word yang sama tapi punyai pengertian yang berlainan. dalam hidup ni, ada perkara yang kita kena serius. kena bertegas. kena make a decision. sama ada suka or not kena buat jugak. then follow decision yang dah buat tadi. apa yang berlaku lepas tu, kena hadapi sebab keputusan tu, sebab diri sendiri yang buat. orang cakap, berani buat then berani tanggung. atau kalo bahasa kasarnya sendiri mau ingat aarrr. ada perkara2 yang kita perlu handle dengan bersahaja... just follow the wind. ada juga perkara2 yang biasa2 jerr.. jangan jadikan complicated. perkara yang serius pulak, jangan handle sambil lewa. dont act like childish.

wah emo plak aku malam ni. sebab alasan yang di beri tu, aku tak leh terima okeh! perkara2 yang melibatkan hati dan perasaan sememangnya complicated. sukar nak di terjemahkan. kekadang penggunaan perkataan yang salah akan menyebabkan salah faham. kekadang nak luahkan dengan perkataan pun susah jugak sebab tak ada perkataan yang seswai. kamus dewan yang tebal lagi berat tu pun kekadang tak jumpe nak cari perkataan yang bakal di gunakan. kekadang membiarkan hati berbicara lebih baik. tapi apa kesudahannya? sesuatu perkara tu.. perlu dinoktahkan. itu memang pasti dan mesti. aku hope everything not will be but must be ok. not just ok jerr..

Aku Sebatang Kara - Fauziah Latiff

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali... hidup yang getir...

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...

Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir

Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan...

Tangis dalam senyum tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi oh...

Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia... deritaku...
Sebatang kara... oh... hm... m...


eermm tetiba aku speechless bila dengar lagu ni.. that is true.








....from kekwa22 with love....

29 January 2010

ye ye dah jumaat

ye ye dah jumaat. ermm rasa cepatnya masa berlalu. macam semalam jer hari isnin. febuary pun dah nak muncul. then dok pikir nih.. apa pencapaian aku sepanjang bulan january ni. apa erkkk cam tak de jer... sama jer... cam bulan seblas. cam bulan duablas last year.

ce mana erkk nak wat supaya life more interesting? ce mana erkk nak wat hari esok lebih baik dari hari ni? kekadang tu hari esok lebih teruk dari hari ni.. tapi kekadang tu memang lebih baik dari hari ni.. bila rutin tu sama jerr setiap hari rasa cam bosan jerr.. tapi whatever aku bersyukur kerana hingga ke saat ini aku masih di beri kesempatan dan peluang oleh Yang Maha Esa di dunia fana ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Pagi tadi, Bob tengah test cable CHF, dia dok membebel sebab cable tu fail. Berkali2 dia test, tapi still fail jugak. Then aku cakap arr memang le fail sebab dia test guna pen. Time tu aku dok sebelah dia, memang la nampak kat tangan kanan pegang test probe, sebelah kiri pegang pen. Then sambung kat test jig. aku plak, mulanya malas nak bagi tahu yang dia test guna pen.. ermm sajer.. nak dengar dia membebel pot pet pot pet pasal cable fail. nak gelak pun ada tapi tahan maa.. mana leh kantoi dulu. poyo tak aku? tapi tak sampai ati plak nak biar lama2 dia test guna pen. lagipun aku tak leh control dah nak gelak. Bila aku bagi tahu dia test guna pen, dan dan tu dia tengok apa yang dia pegang, apa lagi gelak gamat aarr satu line. kelakar. ermm lawak hari jumaat. mamai aarr tu.

tepat pukul 5.30 aku dapat email ni dari Mr Adi. sajer jerr nak share.. ala.. bukan 1st time dapat email cenggini. tapi ermm nak abadikan satu pencapaian untuk hari ni. errmm baru jerr pikir apa pencapaian aku untuk bulan ni. tak de yang major pun.. ermm database lom siap lagi.. hari ni, tak sempat pun nak mengedit.tapi kan, kalo mr adi tau yang aku ni, main2 masa keje, malas, bosan, always mahmood lari, surfing tah apa2, baca blog, update blog, chatting, baca novel online dan tah apa2 lagi, confirm dia cansel email ni. malah tak lepas pun dari outbox dia. confirm sangat2. tapi motto aku senang jer, yang penting kena smart. ciisss alasan tak hengat.

pukul 6, emran update kat aku yang sapura secured kat wangsa maju dah tak secured. maknanya instead of secured jadi unsecured. uits diaorang kan project besor dgn goverment. 10 orang di berhentikan termasuk permanent staff. pergghh ramai tu. ada yang dari support department pun kena, seperti account department. naper eerrkkk... ermm tak yah pikir aarr..

tetiba teringat teringat abang kay.. ermm keciknya dunia nih. pi mai pi mai tang tu jugak. kalaulah abang kay tahu, i can imagine how he will behave. hahhaha.. tak tau arr terkejut beruk ke or terkejut biawak. sejak dulu, hinggalah ke hari ni abang kay sentiasa take care aku. dia memang seorang abang yang baik. ermmm jap ee nak cari pics lama2 aku ngan abang kay.. kalo jumpe aku publish. kalo tak jumpe.. tak de rezeki arr nak abadikan dalam blog ni.ha.. jumpe pun 1 pic dgn abang kay.. tapi guna henpon jerr ni. kualiti pic dah reduce. tapi ok arrr.. best giler time ni. kat pulau kapas teganu. time ni umo aku 19 tahun & abang kay 20. kelakar giler.. ada ke aku boleh pakai kain batik. poyo tak hengat.. time ni kitaorang wat kursus kepimpinan kkdk. aku nyer tugas time tu tukang masak. tugas yang aku ske. tapi masa ni, tak de la masak sensorang berdua dgn noni. mana larat nak masak sensorang untuk 30 orang. rasanya lom mandi lagi time ni. tapi.. apa pek dahnya pakai kain batik time program tepi pantai pulak tu.. aaiisseeyyyy. ermm aku no idea. ermm tak takut terlepas kain ke? huhuhu tak leh imagine aarrr naper la aku pakai kain batik. ermm maknanya aku still ada skill nak pakai kain batik. kan kan kan. kalo skrang ni, kat umah pun tak pakai kain batik.. wawawa tak leh nak pikir naper or sebab menasababnya aku pakai kain batik time nih. tapi kain batik ni, my mak angkat yang kasi. tu aku ingat.
ni abang kay nyer idea. poyo tak? memang tak de orang len dah kalo bukan abang kay.. cari arang kat dapo untuk conteng muka. 5 hari kot kitaorang kat pulau kapas ni. time ni kitaorang wat kursus kepimpinan untuk diorang ni. program ni dibuat masa batch aku kena letak jawatan, so, diorang akan amik alih. masa time aku nak amik jawatan dari batch abang kay wat kat gurun kedah. yes! time tu gi gunung jerai.... 6 hari kat gurun dan 4 hari kat balik pulau. hehehe alamak.. tak leh berhenti senyum aarr... memang best giler time nih.








....from kekwa22 with love....

28 January 2010

blog

Hari ni aku terpikir, kenapa aku suke merayau2 baca blog orang? Pesal errkk tah.. saje jerr.. ada jugak blog yang aku dok layan. ada blog yang aku baca, saje jerr tanpa tujuan apa pun. ada juga yang aku dapat resepi. ada juga yang aku baca novel kat blog tu. ada juga yang aku dapat mp3 or lirik lagu. ada juga yang aku dapat pics dan ada juga aku sekadar menziarahi jer.. adakah untuk nak mengisi masa lapang? Ermm tak jugak kot. Sebabnya kadang2 time bz2 pun melangut baca blog aka diary orang len. hehehhe.. Apa yang bestnya? Tah aarr tak taw.. cam tu la jugak kot orang yang baca blog aka diary aku nih..

jom check kenapa orang baca blog aku?

i. saja2 mengisi masa lapang

ii. dah tahu nak wat mende, layan jerr la

iii. nak tahu apa yang berlaku dlm hidup aku

iv. nak tahu yang entry aku kali ni ada kena mengena tak ngan dia

  1. i dan ii
  2. i, ii dan iii
  3. ii dan iii
  4. semua di atas

cam quiz kat fesbuk la plak. Hehehehe. Walau apa pun setiap yang baca blog ni, ada tujuan masing2. whatever. ermm ada aku kesah?

Malam ni tak ada aktiviti... kepala masih lagi pusing2. tapi lom kronik. layan jerr la apa yang patut. sebenarnya bukannya tak de apa nak wat.. bunga achik lom siap okeh! Ala.. mahmood lari aarr nak wat sumer2 tu… nanti aarr.. lambat lagi pun ada lagi dekat 3 week. Achik pun lom tanya dah siap ke lom. So, ok arr… masih ada masa...

pagi tadi aku bosan2 kat opis, then sempat lagi cari new font. sempat lagi tu rasa bosan2 dalam dok bz2. ilek arr yang penting smart. kan kan kan. yerr la tu.. nak cover. ni aarr font2 yang aku sempat cari pagi tadi. nanti kalo aku nak wat card ke.. apa yang yang related.. boleh jerr guna font2 nih..

kepala masih lagi pening arrr.. rasa badan tak sedap jerr.. macam demam jerr nih. tapi rasa nak masak. tak de la lapo sangat. tapi lapo gak arr.. tapi memang nak masak, ermm tak kira nak masak apa pun okeh!. kak norma lom balik dr teganu. aku ngan ogie jerr ada. kalo kak norma ada, aku confirm malam ni masak nasi. mula2 cadang nak masak nasi gak.. tadi kak faridah kasi sayor. ada petola, timun, cili besar, cili padi, tomato dan ermm ada la beberapa jenis lagi sayor. baik kan jiran aku... tengkiu, tengkiu

ni aarr aku masak untuk dinner. aku cari2 jumpe separuh lagi spinach fettucini. errmm ok jerr la.. aku malas nak letak sayo berdaun. nanti jadi lembik dan tak cantik. sebab kecut or layu kena bahang api. ermm tetiba ada cili kan? ogie : ooowwhh mentang2 la cili mak din kasi, terus jerr jadi accessories. walaupun masa makan kuis ketepi.
aku : dah ada letak jerr la. cili tu pedas maa.
ogie : selama ni, ada jerr cili, tapi pesal tak letak?
aku : masa tu dah letak lada sulah. ermm dah pedas
ogie : elleh mak din nyer pasal arr tu...
aku : yang ni letak lada sulah sikit jer
ogie : yerr lah bakal mak mertua bagi kan..
aku : apa plak. tu mak mima la..
ogie : mak mima bukan mak din jugak?
aku : apa ni.. pasal cili jerr kan...
ogie : saje jerr test
aku : cepuk laju2 nak?

kalo aku yang menghidangkan makanan, aku akan guna pinggan kecik dan melangkung. tapi kalo untuk diorang, guna pinggan beso. hehehe. selalu kak norma tak puas ati.. kalo aku hidangkan kat dia pinggan besar. set pinggan ni, cukup jerr. tapi aku selalu pilih pinggan kecik. kak norma cakap aku psaiko dia bila bagi pinggan besar sebab selalu nampak macam sikit jerr.. tapi aku selalu jawab, akak.. kan boleh tambah dan boleh kurangkan? your choice.

tetiba teringat plak yang aku belum dapat jawapan lagi. petang tadi, aku tanya king satu soalan. ermm soalan yang simple jerr, tapi kena explain punya la lama. siap kena bagi contoh lagi.. jadi panjang berjela. padahal simple jerr masa-elahnya.. tapi sampai kesudah lom dapat jawapan. hinggalah tika dan saat ini.

errmm kepala aku makin sakit ni.. kena tido dulu arr.. walau tak ngantok, tapi kena paksa mata tido. kalo tak esok may be melarat plak. mudah2an esok dah sihat.









....from kekwa22 with love....

27 January 2010

blank means pass?

malas betul aku nak pi keje hari ni. mahmood lari. pesal tah. semalam pun cam nih gak.. pesal la nih.. may be pasal dah lama tak cuti kot. dah berapa minggu dah keje 5 hari. kalo tak keje 4 hari jerr.. lagi pun rasa lama giler dah keje tak cuti. tak sabo nak cuti. cuti pun dah apply.

aku demo la my database pada boss aku. aku target dalam seminggu baru boleh siap. tapi tercepat la plak. tapi baru siap 90%. aku sengaja demo awal, sebabnya mana tau kalo dia ada idea nak tambah ke apa ke.. aku malas aarr nanti dah siap kena update plak. kalo nak update, baik sekarang, sebelum aku lock semua tu. aku demo key in form & result dalam report. kelakar bila boss aku cakap 'ni report ina buat? transfer ke access?' wah tetiba plak boss aku jadi kagum nih. aku plak blur.. kenapa plak? biasa jer, tiru format yang sedia ada jer.. lepas ni kak siti tak yah penat2 tulis configuration lagi sebab semuanya dah auto. just print jer..

petang tadi, aku dapat email dari Ng - contraves. ermm memang aku gelak giler.. tak pernah lagi aku dapat jawapan yang paling poyo cam ni. ni pasal audio board dari contraves la. QA nak report yang membuktikan board tu dah test by takaya. kk bg tau takaya tak kuarkan test report. just test jerr. cuma test coverage, memang boleh dapat. meaning component2 yang takaya test jerr la. bila dah QA nak sangat2, walau kk dah bg tau tak de report. so aku pun malas nak kecoh2 dan nak bising2 aku pun request kat Ng, cc kat QA. just nak bagi tau yang aku dah request. then petang ni aku dapat 1 attachment dari Ng. aku pelik aarr naper dia attach blank form kat aku. then aku pun tanya Ng pesal bagi blank form kat aku?. jawapan Ng yang membuatkan aku gelak tak hengat.. blank form means, all boards pass. mak oooiii tak pernah pulak aku tau kalo blank report tu maknanya board tu pass. then aku fwd aarr mail tu pada QA. dah nak sangat.. ha... hambik kau..

agak2 kan kalo esok aku dapat blank repot dari anak buah aku, then diorang cakap, "kak ina, semua board pass, sebab tu bagi blank form jer.. sign aarr" agak2 apa tindakan aku
a. cepuk laju2 saploh minit
b. ketuk ketampi doploh kali
mana satu jadi pilihan aku, a, b atau semua di atas.

pukul 4, masa fendi wat makan2 tu, Mr Adi tanya aku hari ni berapa radio dah close? ada doploh? mak ooii semalam cakap saploh jerr sehari. petang ni dah nak doploh. mana bleh... aku jawab setakat ni sembilan jer dari fresh board. yang convert navy nyer ada 19. total 235 radios.

malam ni aku pi main badminton. dah 3 minggu aku tak pi main. tired aarr.. pergelangan tangan rasa cam sakit jer.. masa main game ke 3 lagi berdenyut. pesal plak nih. dan dan tu aku stop. sat gi melarat.. jadi len plak. pukul 10pm aku dah balik umah.

sampai jer umah, terus lapo. apa erkk aku makan hari nih? pukul 10 makan mihun. masa lunch dengan king tadi makan fruit coktail jer.. pukul 4 makan laksa. skrang dah pukul 10 lebih, mesti la lapo. tapi malas nak masak apa2. tired tapi tak ngantok plak. sebabnya baru lepas mandi. segar. ni jer supper aku malam nih. malas nak wat apa2. roti letak susu pekat & buah kiwi. dah lama tak makan roti dengan susu pekat. dulu kecik2 suke wat cam tu.. then tabur milo kat atas. sebenarnya dah lama buah kiwi ni kat umah. tapi tak de sape nak makan kecuali aku. ogie kata masam. kak norma cakap nanti kalo dah manis dia makan arr.. ermm buah kiwi, bila plak ada yang manis. alasan okeh. last2 last aku gak yang nak kena habiskan. moral of the story jangan beli buah kiwi lagi, beli buah lain.








....from kekwa22 with love....

26 January 2010

bosan day

pagi ni aku rasa malas nak gie keje.. bosan. sangat2 tak de mood langsung. kat mana tah mahmood aku lari, aku pun tak tau. masa aku kuar dari umah ni, aku dah bajet.. sape2 yang spoil lagi mood aku, ermm siap la aku terus cuti hari ni... huh! ugut diri sendiri tu. tapi siyesly aku memang tak de mood nak wat apa hari ni. sejak semalam lagi rasa cenggini.. pesal erkk.. kena sindrom bosan.
rasa cam nak balik umah, then baring2 atas katil jer.. malas nak pikir apa2. nak close radio ke? nak label ke? ke nak cable ke.. ermm sumer aku malas pk.. aku just nak duduk lepak diam2. ermm tapi boleh ke?.. hari ni dah selasa.. lambatnya nak tunggu 11-2. tak sabo nak balik kg. 50% hati dan perasaan dah ada kat kg. last sekali balik kg on hari raya haji. lama tu... ermm baru la best bila lama tak balik.. rasa rindu. pesal aku lama tak balik kg??? ermm pesal mak aku yang datang kl. kalo tak pun dia balik umah opah. so, tak de maknanya kalo aku balik kg tapi tak jumpe mak. balik umah opah? ermm kalo balik umah opah, keje aku nyakat budak cinonet dua orang tu jerr la.. mana ada aktiviti lain. kalo kat umah mak.. ermm macam2 boleh wat. tapi opah pun bukan ada kat umah sangat pun...

ni dinner aku malam ni. pesal tah sejak dua tiga hari ni, rasa cam malas jerr. apa yang patut jerr la senang dan mudah. menu aku malam ni, tak sampai saploh minit di sediakan, dah boleh makan. ermm dah pemalas tu.. pemalas gak.. okeh.
apa erk aku nak wat malam ni? tak de idea langsung. perut pun dah kenyang. mata lom ngantok.
apakah aktiviti yang berfaedah yang harus di buat? ermm selain dari tido, dah tak de aktiviti dah.

cumanya aku dok pikir pasal purfume. sebabnya yang dok ada sekarang nih tinggal nyawa2 ikan jer. time ni le jugak nak abis. tapi sekarang ni dok pikir sama ada nak maintain dengan yang nihatau nak tuko pada yang lain. tapi yang nih dah 4 tahun dah aku maintain. cuma sampai ke hari ni rasa cam nak tuko la plak... kalo tuko, nak tuko yang mana plak? tapi dalam kepala aku, hanya ada yang nih
dan yang nih. ermm dua2 best. cuma tresor ni kalo yang dulu soft sikit bau dia.. tapi yang ni, agak strong dia nyer bau, but i like it.kalo instuition, bau dia sesedap rasa. maknanya tak strong tak soft. suam2 kuku jer.. sama cam miracle jer.. ermm yang mana satu jadi pilihan. nak maintain or nak tuko. kalo nak tuko, nak yang mana satu?

tapi teringat plak masa jenjalan kat jj hari tu, ada tengok yang ni.. ermmm not bad. paling baru dari estee lauder. agak strong bau dia. tapi nice. dah usha2 dah hari tu. dah syium2 bau dia..err.. kalo bvgari ni pun best gak. lembut jer bau.. nyaman... eehh nyaman ke? ala.. bau yang lembut gitu....yang mana satu ni.. ermm banyaknya pilihan. tu aarr dalam dunia ni memang banyak pilihan.. yang penting buatlah keputusan yang sebaik mungkin.. cee waahh.. tapi aku nak pilih yang mana satu nih? kalo tanya ogie sat lagi ermm tak yah tanya la.. dah tau dah jawapan skema dia. tapi kalo tanya kak norma.. ermm dia addict dengan CD jer.. mana satu nak pilih nih... ha.. ada satu lagi.. mungkinkah yang nih?
ermm kena wat solat istiqarah ni.. nak wat pilihan yang mana satu. sebab yang dok ada ni.. dah nak abis.. tapi rasanya aku nak intuition kot. tapi kalo still guna miracle pun ok gak jerr. dah jadi trade mark. tapi sensuos pun not bad. aarrgghh malas arr nak pikir.. tengok aarr dulu ramalan kaji cuaca ce mana nanti... ikut mood aku arr nanti..









....from kekwa22 with love....

25 January 2010

layannnnnnnnnn

Hari ni, pi keje dengan mood yang baik. hari yang cerah. semuanya okeh. tak de monday meeting IOP pagi ni. tapi pukul 10.45am aku wat meeting untuk line cable. ceria & senyum lebar wajah2 diorang bila aku ucapkan tahniah di atas performance diorang. ermm bestnya... diaorang happy. diaorg dapat siapkan cable CHF sebanyak 483pcs. siap dapat tepukan gemuruh lagi. bukan susahkan nak wat anak buah happy, just appreciate dengan contribution diorang. bila diorang rasa di hargai, diorg akan bekerja dengan bersungguh2 untuk next timenya.

masa aku dok update line cable nyer performance, amar datang kat line sebab dia nak ukor berapa keluasan lantai kat production. dia tengok aku dok wat aneka jenis graph. then dia tanya aku, ce mana nak wat. then aku tunjuk aarr betapa kacangnya nak wat. (berlagak giler..) then dia cakap kat aku.. ermm cam tu jer? aahh la.. aku jawab. dalam ati aku dok berkata2 pesal mamat ni.. nampak cam terkejut jer.. pastu si amar ni cerita, yang dia mana reti buat graph kat excel. ooo itu pasai la... that why macam teruja jerr.. selama ni kalo dia buat graph guna autocad. aku speechless la pulak. dalam hati rasa kagum, wat graph dgn autocad tuu...giler nyer hebat tapi dlm masa yang sama rasa nak gelak jugak tapi tahan jerr sebab rasa kagum & rasa nak gelak tu sama banyak. tapi sebab amar dah gelak dulu, aku pun join arr gelak jugak. . last2 dia cakap, nanti dia nak belajo wat graph dgn aku kalo aku free. aku pun, you are welcome amar.. tapi kalo nak cari masa aku free, ermm rasa cam tak de kot. aku pesan kat dia, bila2 dia memerlukan khidmat aku, just datang jer.. aku tolong ajar dia. bukan susah mana pun.

today, my boss approved my proposal for improvement TRC5100 data entry. yes! yes! so, my task akan bertambah le.. ermm tu la gatai2 sangat kan dah bertambah lagi task. cari penyakit kan? tapi tak perr aarr. tak kan nak duduk di tahap yang lama. tapi nak develope new database bukan satu perkara yang cam kacang jer.. kena duduk depan pc diam2 sambil kepala & jari2 ligat memainkan peranan serentak. kalo tak buat pun tak per.. tapi aku tak sampai ati plak dok tengok kak siti key in in excel. leceh. pas tu bila nak wat ATR kena salin balik. wat keje dua kali. nak develope table & form serta nak manipulate dalam query tu, tak de la susah sangat. boleh tahan. tapi cabaran mental bila nak transform pada report & link to each radio configuration. ermm cabaran dia kat situ paling besar. tapi itulah sebenarnya main point database ni. aku tak tahu bila boleh siap. tapi aku try the best before M3 have been started. ina, fighting!

lepas lunch jerr, aku start bengang... sebenarnya paling tepat saploh minit sebelum kul 1 lagi. rasa cam ada batu 50kg hempap kat atas kepala. ada ke patut bagi tuduhan cam tu. dan dan tu aku pi menyiasat. then its clear. settle. tapi masih ada lagi yang tak berpuas hati dgn jawapan aku... tak per aarr.. tengok arr esok meeting sure ada lagi isu ni. EB pun agree dgn aku. so, wait & see.

aku agree aarr dgn fariza dan EB pun sependapat. nampak macam nak sabotaj.. ermm tah la. sampai pukul 5.50pm, hanya 4 biji radio jerr boleh close. kalo ikut board yang ada sepatutnya boleh close 17 biji radio. pukul 6pm mr adi tanya aku hari ni berapa yang dah close, then aku bagi tahu 4 jer la.. tak kan nak bagi tahu saploh kot . dia tanya kenapa sikit sgt? agak2 apa aku nak jawab? jawab dengan jujur okeh! that all.

dekat2 pukul 7.45 baru aku sampai umah. leka wat database. memang bajet nak balik lambat pun today. tired. letih fizikal & mental.

balik umah, rasa nak makan. tak lapo pun. tanda2 tension okeh. ni arr yang sempat untuk malam ni.nampak cam kentang, tapi ubi kayu. ermm jumpe kat jj masa hari sabtu lepas. tak goreng tau. ni panggang dalam oven jer. ermm memang sedap bau dia sementara nak tunggu garing. dari tak lapo, terus jadi lapo. kentang kan dah biasa.. so, apa salahnya tuko dgn ubi kayu. mesh potato ni sedap sebab dia campur dengan herb & carrot. menu orang paling malas dalam dunia. hahaha. mana taknya.. ubi kayu separuh masak jer.. aku letak hotdog & tuang jer air panas pada serbuk mesh potato. taada.. siap dinner aku malam nih.

makan depan pc sambil melangut tengok citer heading to the ground episode 5. best gak citer ni.. boleh layan jer.. tetiba ada part kena check guna mri. adoii.. bukan salah citer ni.. tapi tetiba.. aku teringat plak saat2 aku di sumbatkan kedalam machine nih. spoil aarrr elok2 okeh jadi ko la plak..
rasanya seumur hidup aku, aku tak akan lupa.. ce mana takutnya kesan daripada tu, cemana seramnya nak masuk dalam machine seluruh tubuh aku. ce mana sakitnya nak baring time tu. semuanya masih aku terasa. sejuk bilik ni. masa tu aku minta nurse selimutkan aku tebal2. hasilnya nurse selimutkan aku sebanyak 5 lapis selimut kaler putih. memang aku rasa aku dah nak mati time tu. tuhan saja yang tahu betapa sakit & sedihnya aku tika itu. nobody beside me. dah la bunyi magnet dalam ni kuat. takut campur sedih. air mata dah tak leh nak control2 lagi. sedih giler. saat ni, aku rasa macam ternampak-nampak jer aku yang baring ketika itu.. aarrggghhhhh tetiba plak aku rasa sedih bagai .... last2 semua mende tak jadi. yang jadinya layan blues atas katil jawabnya.. ermm spooiilll my mood.









....from kekwa22 with love....

24 January 2010

berjalan sakan

hari ni aku sensorang jerr pi tasik. tapi hari ni, tak macam selalu.. biasanya ramai orang. minggu ni kureng skit. atau aku kah yang awal. ermm may be kot. sebab aku sampai tasik dalam 720am dan 8.15am aku dah on the way nak balik. rasa kejap jer.. ermm sensorang kan.. kalo ngan kak norma sambil bercerita & gelak2 tu yang lama tu. ala.. dah tak jumpe budak kecik tu.. i wish one day akan jumpe lagi budak comei tu..

ni my breakfast. chocolate from king. thanks.boring aarr pagi ni... dah le sensorang kat umah ni.. tak tau nak buat apa dah. semua benda dah siap aku buat.. ogie pi opis. mula aku pun ingat nak pi opis gak.. bukan nak wat keje, tapi nak melepak.. hihihii at least ada gak orang nak aku sakat. tapi malas aarr esok dah nak kena pi opis lagi. wah.. tak sabo nak pi genting... mesti best.. poyo betul.. lambat lagi maaa..

petang tadi dalam pukul 2, ogie ajak aku pi soping. errmm aku layan jer la.. lagi pun tak de apa nak wat kat umah. mula2 pi k4. punya la ramai orang.. tapi tak lama pun kat k4 ada la dalam setengah jam jerr.. then pi jj plak. pun ramai orang.. pesal tah orang ramai2 kat jj nih. ogie nak cari baju kat zizi untuk wat hantaran.. bukan ogie yang sibuk memilih, tapi aku. ogie nyer pilihan, aku tak berkenan sungguh. last2 aku plak yang bukan jadi penasihat, tapi tukang pilih.. sape yang nak bertunang sebenarnya, aku ke ogie? musykil betul.

kat jj aku pi secret recipes. tetiba jerr rasa nak makan chocolate indulgence.masa dok makan tu... aku terpikir, sedap kat mana la chocolate indulgence secret recipes. jom kita check, cake dia cinonet jer.. pulak tu sponge cake jer.. then tambah plak cream. bukan susah pun nak wat cream tu, main ingredient dia, butter & gula yang kaler kuning tu. yang kaler cekelat tu, tambah aarr chocolate skit. tempek2 aarr kat situ.. bagi tinggi. then wat topping, cover semuanya... dah jadi.. bukan susah sangat.. hahahaha ... eksyen giler.. tapi aku jugak beria2 masuk kelas semata2 nak belajar how to make chocolate indulgence. tapi sekali pun tak pernah wat sendiri. ala.. at least aku ada la ilmu ce mana nak wat walau pun ilmu tu tak pernah di praktik. kenapa ya.. may be sebab chocolate indulgence ni, makan sikit ok aarr kalo makan lebih daripada sepotong, tekak rasa tak best sebab banyak sangat cream. moral of the story, tak yah susah2 nak wat, beli jerr sepotong kat secret recipes, habis citer. aku rasa, aku lebih suka chocolate moist kot. apa2 pun tak leh selalu2 tau. high calories okeh!

masa kat jj tu, ada ramai2 orang derma darah. rasa cam nak derma jerr.. apa salahnya.. wat kebajikan pada yang memerlukannya. lagi pun darah o kan boleh derma kat sumer.. kumpulan darah yang baik ati. sebab tu aku pun baik ati gak.. cehhh!!! tapi o hanya boleh terima darah o jer... cerewet la pulak.. ermm sebab tu adik aku cakap aku ni cerewet... alasan okeh!!.. adik beradik aku sumer darah o. ogie cakap, kalo dia derma, aku kena drive balik. aku cakap kalo aku derma gak sape nak drive plak? sebabnya lepas derma darah, mesti rasa nak pitam.. bukan nak lagi.. tapi memang akan pitam. tambah2 plak aku ni low blood pressure. ala.. dah pernah dah derma darah, tu yang tau condition selepas tu. tapi kalo ada sesape bleh drive, ok jer.. apa salahnya.. so, moral of the story, tak jadi arr.. tapi yang penting niat tu ada kan.. kan kan.

aku ngan ogie kat jj sampai pukul 5pm. then sambung plak ke giant. dah 3 dah soping complex. kaki pun dah tak larat dah nak jalan. ramai juge orang kat giant ni.. aku layan jerr si ogie ni nak bersoping mulanya. tapi lepas tu, aku memang tak larat dah nak jalan. last2 aku cakap ngan ogie, pi arr naik atas aku tunggu kat bawah jer.. sambil dok tunggu2 tu, aku pun wat project len, aci tak?. makan kfc. hahahaha... dari tengah hari tadi aku teringin nak makan ayam goreng.
layan blues sensorang sambil makan kfc. pada hal tadi dah makan chocolate indulgence. ermm habis tenaga berjalan.. kena la ganti dengan yang baru.. bagus tak alasan.

dalam pukul 5.45pm baru sampai umah. giler nyer tired. lepas mandi & asar, kononnya nak baring jer.. tapi tertido la pulak. pukul 7 baru terjaga.. tak de la lama sangat tertido. dalam 45minit kot. bagus aarr tido waktu2 nak maghrib. ermm anak sape lah nih. tapi rasa cam ngantok jer lagi... just nak tunggu isya jer.. lepas tu kalo ngantok cam nih, layan jerr mata.. kalo pagi nanti bangun awal.. ermm nasib arr...

masa makan sensorang tadi aku sempat tanya kak norma, dia kat mana dah.. dia cakap baru jerr nak masuk balai berlepas. masa tu dalam pukul 5.45pm. tapi sekarang dah ada kat umah dah, 8.20pm. rasa dekat jerr langkawi tu... ermm meriah aarr umah aku malam nih. cukup anggota kuarga. tapi kalo layan borak ngan kak norma jap lagi.. sure mata terang benderang. al-maklumlah this week jumpe kak norma 3 hari jer...

kak norma tanya aku, apa persamaan antara henpon dengan ampai kain? ada rasa nak belasah tak kak norma dengan soklan nih... soalan yang memberi tekanan mental nak jawab. aku cakap kat kak norma .. ermm malas aarr layan akak.. tah apa2. dapat idea tak betul.. then aku paksa dia bagi tau apa jawapannya.. sebab malas arr nak pikir. jawapan kepada soalan apa persamaan antara henpon dengan ampai kain? adalah, ke-ring ke-ring angkat, ke-ring ke-ring angkat. aku bantai gelak dengar jawapan kak norma. dah agak dah, mesti poyo nyer jawapan dia.. ada.. jerr idea nak memeriahkan umah di malam yang aman damai nih.








....from kekwa22 with love....

23 January 2010

bertamu di kalbu

hari ni, lepas subuh jerr tertido.. ermm sejuk2. mata plak tah ce mana tak leh celik. rasa ngantok giler.. pada hal semalam mana tido lewat pun. pukul 11 dah tido. tido bertemankan sehelai baju. hehehhe. sebab tu kot rasa cam malas jerr nak bangun. biasa saturday pagi, dah siap dah & dah sampai ke tasik pun waktu cam nih. bila bangun kul 8.30am, tengok2 aku jerr sorang kat umah. kak norma dah sah kat langkawi. ogie pun tak de. dengan kete dia pun tak de.. ermm pelik. semalam masa aku balik, ogie dah tido. so, tak sempat nak berbual.

fendi msg aku pagi tadi, dia tanya aku kat mana.. errmm mana lagi kalo bukan kat umah. dia plak kat opis. then aku tanya.. dia, sapa lagi ot hari ni. pastu aku dapat jawapan cam nih dari fendi, dia yang suruh orang ot, dia plak tanya sapa lg ada kat opis. hahhaha. adoi hai kena balik la plak.. apa la aku nih... padan muke aku. kena sebijik. siyes.. aku memang lupa yang aku yang suruh diorang ot. ada ke patut...

awal kedai dobi beroperasi. walaupun pukul 9am, cuaca dah terik. sempat la nih kering baju2 aku today. lebih kurang pukul 10.45am, angah datang. nak gie semua house pagi ni, nak tambah bunga untuk achik la nih.. dia nak tambah jadi sebelas dulang.

pergi sekejap jer.. angah dok dalam kete, aku pi masuk semua house. ada kot dalam 10 minit. tapi walaupun cam tu, angah sempat lagi soping beli tudung. punya lah... balik tu aku singgah jj kat umah aku tu. ermm sebabnya.. cari bahan2 nak masak la.. ermm ogie & kak norma tak de, so tak yah masak nasi. ye ye. hahahaha poyo tak.. kan dah 5 hari bekerja makan nasi... weken makan len la plak kan kan kan. tapi kalo ada kak norma.. masak apa pun dia tetap nak makan nasi. tu yang aku malas nak masak len tu.. rasa macam tak seronok pulak. tapi dia tak kisah pun kalo aku masak apa.. cumanya nanti makanan banyak sangat kat umah, sape nak makan plak.. tak baik membazir. so, moral of the story masak yang sumer makan.

aku ngan agah jerr kat umah ni. dah pukul 12pm lebih aku lom bfast, mana tak lapo. sepatutnya dah lunch dah time nih. masa kat jj tu, aku dok pilih apa la aku nak masak weken nih.. ermm so, pilih punyak pilih dekat2 pukul 1 baru sampai umah. aktiviti pertama aku masak aarr. angah plak sibuk ngan dia nyer fesbuk. ni aarr lunch aku today.
ermm sedap tau.. bukan aku kata, angah kata. hehhehe. sampai 2 kali dia tambah. dia pun lapo tu sebenarnya.. pada hal dia dah bfast kul 10. simple giler masak. senang & cepat. tak yah masak banyak2 meaning sayur ke lauk ke... hehehe dasar pemalas. campur jerr semua.. dah siap. tapi memang best bila campur tuna in olive oil + oregano & sekeping cheese bagi rasa lemak2 gitu... letak sikit lada sulah bagi ada rasa pedas. ermm memang yummy... khelasss gitu.

tengah hari tu, angah tolong aku potong2 reben jer.. kalo yang len tu dia boleh tolong tengok jerr.. dia mmg kureng reti mende2 ni. rasanya aku jerr yang suke layan sesemua nih. best plak dok belek2 bunga nih. rasa cam aku plak. esok2 kalo turn aku ermm ada tak orang nak wat kan? or sendiri mau ingat la.. ermm jawapan dia, dah tau dah.. sendiri mau ingat la...

dalam pukul 5 lebih, fiza ajak aku kuar pi makan. aku ingat dia nak ajak pi mana.. rupanya dia nak ajak aku makan sate. loorr semalam aku dah makan sate.. di tempat yang sama dan pada waktu yang sama serta meja yang sama. haaa kan banyak yang sama tu... ermm i miss him. kalo tak makan sate, tiga pat bulan tak makan. kalo dah makan, hari2 makan. tapi aku makan 5 jerr len len tu fiza aarr abiskan. dia cakap lepas makan sate nih.. teman dia pi makan bubur nasik kat belakang masjid plak. mak ooiii sate lom abis lagi dah ada hati nak makan len plak. dia cakap, dia lapo tak lunch. aku cakap kat dia, ermm aku teman jer.. mana larat nak makan lagi.
masa on the way nak gie tu, aku bagi cadangan kat dia kalo makan durian ce mana? sebabnya aku memang ngidam nak makan durian dah lama dah. sejak2 fiza cuti sem lama... aku tak de geng nak makan durian. apa lagi, dia memang la setuju. tak beli banyak pun, beli 3 biji untuk 2 orang. boleh aarr.
ermm memang sedap durian nih. fresh lagi. durian baru sampai kot. creamy. isi tebal bijinya cinonet jer. memang sedap. sangat2. pada hal baru lepas makan sate tu... hhahah.. giler nyer kuat makan. port makan kat utm aarr. area2 pak gad belakang. errmm pot biasa makan durian kalo kat utm. sebabnya bukan 1st time aarr tu... dulu dengan hadi & the gang. sebabnya kat situ tak de la orang lalu lalang sangat dan senang nak basuh tangan. malam plak fiza ada kelas that why la port tu memang seswai sangat2.

lepas tu aku balik umah jer.. tengok2 ogie dah balik. rupanya dia keje.. errmm ingatkan pi mana le dengan kete.. dia pi keje nek kete aarr tu.. dah tak larat jalan kaki selama 5 hari waktu opis hour kot. tu yang weken kena pi nek kete.. gud idea. i like..

this song is dedicated to king.

Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu








....from kekwa22 with love....