30 June 2010

ok jerr

apa masa-elah aku ni pun aku tak tau.. semalam.. aku bajet rabu, mujur tak gi spot seven, kalo tak.. wat malu jer.. hari ni plak.. aku bajet thursday. esok, dah plan dah hepi dah becoz of friday. pesal tah bila tetiba hari pun boleh lupa.. apa yang bestnya on weekend ni pun aku tak tau. tak de apa2 pun.. biasa jer.. sama jerr cam minggu2 lepas.. nothing menarik pun..

weehhh.. dah bulan july dah rupanya.. kejap jerr masa berlalu. pejam celik, pejam celik. kalo pejam tak celik2 ce mana? maknanya.. blog ni dah tak update.

tetiba semangat nak gie jenjalan berkobar2. poyo betul.. ni semua.. khairi la nyer pasal sibuk tanya nak gie pulau kapas ke tak.. pulau kapas, aku dah gie dah... penuh ngan nostalgia. tanak aarr gie pulau kapas.. gie pulau lain la pulak. gie pulau perhentian? errmm perhentian besar dah la kot.. tanak aarr perhentian kecil. cukup2 la tu... nak gie redang..? tunggu la sikit2 lagi. sampai aku dah tak ingat. kalo aku dah tak ingat.. pls jangan ingatkan aku apa2 pasal redang.. sebab semuanya hampasssssss

jom jom count down nak gie kinabalu. tarikh keramat adalah on 25-10-2010. tunggu tau kinabalu, aku nak datang.. jangan gie mana2.. errmm setakat ni ahli dah bertambah. maka rombongan che kiah dah jadi 5 orang. lalala... best2. tak sabo dah ni... tahun depan, kalo ada rezeki lebey.. kita gie beijing tau.... mudah2an tercapai hasrat dan kesihatan serta kewangan mengizinkan... tu yang penting.. kalo2 ada sesapa yang nak sponser.. sangat2 di alu2kan.. setakat ni ahli2 yang nak gie beijing, hanya aku ngan ogie jer.. hehehhe.. kalo ada sesapa nak join, jom aarr ceewwaahh... walau ce mana pun, aku hanya mampu merancang

apa yang best aarr nak wat untuk mengisi masa lapang? supaya aku di jauhi dari memikirkan macam2. macam2 yang akan menyebabkan kepala aku berserabut. ada le beberapa idea.. tapi semuanya tak best. tak canggih betul. aarrggghh nak wat apa ye.. bosan weehhh.

hari ni kat opis fiza tegur aku.. sebab aku nampak sangat2 stress & tension. memang aarr sangat2 stress. masa aku dok kat line cable, mr adi cakap kat aku, 'ina, jangan aarr sedih, senyum sikit' errmm perasan jugak dia dgn keadaan aku yang serabut serabai. petang tadi aku balik opis bukan petang la dah malam weiii dah dekat 8.30pm. then aku terus gie main badminton. tak de nya nak mandi2 dulu. balik baru mandi.. kalo aku dok umah, aku akan layan blues... nanti parah.. sampai kat spot seven, amar tegur aku, 'nor, baru bangun tido ke?' hish mamat ni.. satu2nya mamat kat ste yang panggil aku as 'nor'. serabut sangat ke rupa aku? rasanya memang kot...

rasa macam nak makan, tapi tak de selera nak makan apa.. malas aarr.. rasanya last sekali aku makan 830am pagi tadi, nasi goreng. memang tak terasa nak makan apa.. esok2 jerr la makan apa yang ada..

aku main badminton dengan melepaskan perasaan. meluahkan stress. tapi siyesly tak enjoy langsung. tapi tak perr aarr as long as aku tak ada kat umah layan blues dah cukup baik. kaki sakit weeii.. sejak semalam lagi.. malam ni bertambah sakit aarr... bukan apa.. sengaja. sebabnya.. pakai kasut tinggi, pastu berlari ke sana ke mari.. tu la pasai.. sendiri yang carik penyakit.. dapat aarr... pastu malam ni.. membelasah main plak.. so, sendiri mau ingat la... biar aarrr

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata kata
Bertulangkan dusta


lepas mandi ni, segar bugar.. masalah nak tido la pulak ni... jangan aarrr... tolong aarr gie jejauh.. jangan jelma langsung.. orr.. wahai mata.. cepat2 la lena..

tak pe aarrr

ok jerr





....from kekwa22 with love....

29 June 2010

bila rindu datang bertandang

hari ni sangat2 tired. dah la bz tahap dewa hari ni. dua2 line aku fullhouse. terkejar kesana kemari.. penat aaarrr.. dengan material plak tetiba bleh tak cukup. bila tetiba dateline cable di anjakkan ke depan. bila tetiba semua jadi urgent.

bila tetiba JP muncul di depan pintu our IPAT office sambil pakai spec hitam. dalam hati aku berkata2 mimpi ke JP ni, tetiba jerr muncul. tak de email pun yang menyatakan bahawa dia akan muncul di pagi yang indah permai ni dengan kaca mata hitam. err sakit mata kot. tapi may be aku kot tak dapat email. sebab dia datang regarding kamal nyer fsr. apa lagi.. semua yang ada kat bilik ni.. masing2 take turn pi laga2 pipi dgn JP, sambil di saksikan oleh mr adi & megat.

bila aku semangat gila.. hujan lebat serta kilat di redah jua.. namun sia2 belaka.. giler weeii cam nak nangis tu rasa.. dah la hujan kat luar lebat. kalo hujan dalam kete lagi.. errmm susah aarr kalo dah basah2 cam tu nak masuk opis semula.. control tu yang penting. tapi ada la jugak kena tempias2. rasa macam nak cepuk laju2 di tambah pulak dengan sepak laju2. geram betul... tapi nak wat ce mana...

di tambah plak bila orang yang buat janji2 palsu. esok kata lusa.. lusa kata esoknya.. dah esoknya kata esoknya lagi. berjambul betul. bengang giler. semalam.. kalo aku dah sampai kelang, then cakap system tak leh run, siap la... ada aku nak pakat ngan pa'an nanti kalo nak bayo, biar lambat2. nanti aku wat alasan, our ceo & coo mula2 pi thales italy, pastu pi thales Germany, then gie thales cholet, lepas tu gie thales Netherlands tak tau bila nak balik sini, tahun depan kot. tu pun kalo diorang rasa nak balik. maka tak de sape nak sign semua payment. padan muke. pulak tu.. pakat2 supaya pihak2 yang received tu, hold sampai hari terakhir ikut dalam iso nyer procedure. hambik kau... ingat aku tak leh ke gunakan kekdah yang akan menyusahkan ko?.. wait n see okeh... wahh semangat waja la pulak bab2 nih.. abis.. tension nyer pasal.. project ni dari aku belum masuk spital lagi tu. lama bangat weeiii

aarrgghh jiwa kacau weeii... sejak semalam lagi.. tak per.. nak wat ce mana... terima jerr la.. tah apa2 tah. rasa kecik ati yang kalo pikir2 balik, tak relevan langsung. nak wat ce mana.. dah rasa cam tu.. weeii ina, pls la... ce mana ni.. nak menghadapi kehilangan kalo cam ni gayanya.. ce mana ya... pls give an advise. boleh ke tak boleh? tah la.. boleh kot..

pergi jauh-jauh. aarrgghh pergi jauh2 aaarrr.. sampaikan kak norma cakap kat aku, sedih aarr lagu ni.. ermm memang sedih. tapi nak wat ce mana ya... nak gie jauh2 la nih.. ce mana errkk kekdahnya...

ce mana ya, nak buat.. mulut boleh diam dari berkata2. tak cakap apa pun. tapi minda & hati tak boleh diam dari berkata2. ada jerr.. yang nak di ucapkannya.. dah penat suruh diam tapi degil betul. tak tahu dah nak wat ce mana.. entah la.. penat aarrr... penat dengan semua2 ni. ok ok jom kita stop. tapi pls teach me how to stop it. semalam, sampai pukul brapa aku pun tak tahu bila aku terlelap. puas pusing kiri kanan depan & belakang. tapi cam tu gak.. malam ni, tak tau lagi apa ceritanya.. yang pastinya.. hujan kat luar tu macam nak jangkit yang kat dalam ni jer...

sejuk aarr... memang sedap tarik selimut time2 cam ni.. tapi nak wat ce mana kalo ada part2 dalam diri sendiri masih degil. masih nak berbicara lagi.. pot pet pot pet. macam tak leh nak berhenti. dah dah la tu... sambung esok2 la pulak... tak larat dah ni.. errr baru pukul 8.50pm rupanya.. agak2 arrr.

malam ni tak masak apa pun sama macam malam semalam. sebab tak tahu nak masak apa dan tak berselera nak makan apa. betul la.. orang kata, kalo layan blues ni.. kekadang rasa lapo dan kekadang rasa kenyang.. tapi aku tak rasa lapo dan tak rasa kenyang dan tak rasa nak makan apa pun. esok2 la..

Jangan ada benci - casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku








....from kekwa22 with love....

28 June 2010

Pergi Jauh-jauh

Sebenarnya ada banyak mende yang aku nak tulis. tapi may be lain kali kot. cumanya.. nak sing this song jer.. lagu yang sangat popular sejak petang tadi hinggalah ke malam ni..Pergi Jauh-jauh - Swing

Siapa sangka kasih yang bertaut
Akhirnya menjadi kusut
Siapa ingin putus perkasihan
Di saat engkau amat kuperlukan
Dalam mimpi kau tak lagi jelma
Dalam jaga kulihat engkau jauh di sana

Oh... apa lagi harus kulakukan
Selain ku menarik nafas ketidak kepuasan
Dalam keadaan perasan tak terkawal ini
Api amarahku benci dan dendamku
Membuak di dada padamu
Insan jenis apakah engkau
Yang pandai meyakinkan aku
Dan setelah mendalam
Kau meninggalkan

( Diriku terkapar sendirian )

Pergilah kau pergi jauh-jauh
Agar hatiku yang runtuh kembali teguh
Pergilah kau jangan lagi jelma
Aku benci lihat wajah cantik
Yang materialistik... ( 2X )







....from kekwa22 with love....

27 June 2010

pc dah laju...

aarrgghh letih gile hari ni... sangat2.. fullhouse dgn activities. tirednya...

pagi2 tadi gie tasik. hari ni cam biasa.. 7am dari umah tapi lambat giler sampai tasik. pulak tu bukan jauh mana pun. sebenarnya.. jalan jammed la pagi tadi becoz of standard chartered KL marathon 2010. dalam 735am baru sampai tasik. lenggang pulak tu..penat gila membanting tenaga hari ni. perrgghh memang penat. peluh mencurah2. sampai umah dah pukul 10 lebih dah. semalam janji dengan ogie nak gie low yatt pkul 10am. tapi nampaknya kena adjust sikit la. penat arrr sangat2

lepas mandi2 dah wangi2 aku pun berangkat ke low yatt. jogging kat low yatt pulak. teman ogie beli new laptop. wah.. best2.. rasa cam nak beli laptop baru la jugak.. hahhaha.. ina, jangan dok mengada2 ok.. yang ni pun bukan masalah sangat pun.

lepas gie low yatt, gie sungai wang. makan2 untuk lunch dan ogie nak soping. sejak dua menjak ni.. dia dah jadi pompuan. bagus2. dah tak de dah t-shirt itam atau t-shirt cekelat. no more t-shirt & jeans lagi. sumer dah glamer2. gud-gud. perkembangan yang sihat.

wahh best... laptop aku dah laju.. ye ye ye.. suruh orang2 kat low yatt tu kasi cuci bersih2 guna clorox yang kuat sental kuat2 supaya bersih. hasilnya.. ermm sungguh mengkagumkan..

maka malam ni, keje aku adalah update tingkap, pintu, almari dan yang sewaktu dengannya. re-install kis. paling penting aku dah back-up dah.. sebelum aku mula menginstall sw yang tah apa2.. hehhehe tapi.. lambat giler nak setel nih.. tak pe.. bawak2 bertenang.. ilek2 tarik nafas. esok2 boleh di setelkan.

adoi.. abis sumer aku nyer bookmarks gone. semalam, malas nak salin2. sumer feveret2 aku dah ilang.. ermmm maknanya.. kena la menjelajah semula seluruh dunia mencari. tak pe.. take ur time..

petang tadi, mima datang bawa buah-buahan tempatan. thanks ye mima.. nanti kasi lagi taw
arrgghh.. biar la pc ni update & install sensorang. aku nak layan tilam & bantal. letih aarr... esok dah keje.

Bukan aku tak cinta - iklim

Saat kita berpisah
Kau pegang erat tanganku
Sepertinya tak merelakan
Kepergianku untuk meninggalkanmu

Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku
Aku lihat kau menangis...

Lambaian tanganmu
Masih ku ingat selalu
Itu yang terakhir
Ku melihat dirimu

Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu kau kirimkan undangan
Agar kau tak berharap

Bukannya aku tak tega
Bukan pula aku tak cinta
Kerana orang tua
Yang tak merestui cinta kita









....from kekwa22 with love....

26 June 2010

plan yang tak menjadi

cam biasa.. pi tasik pagi ni.. sensorang layan blues. memang tersangat la bluesnya pagi ni.. lagi pun sebab sensorang. earphone memang melekap kat telinga dengan nada volume yang sikit lagi nak pecah gegendang telinga. sampai satu part tu.. aku jenjalan lenggang kangkung sambil tangan melibas kiri & kanan. tak pedulik & tak dengar sesapa pun dari belakang, kiri or kanan. libas nyer libas.. kena le seseorang. adoi.. terkejut den aarr.. ce mana boleh kena ni.. apa lagi, kelam kabut aku minta maaf.. kesian kat aunty tu.. mau sakit lengan dia kena libas dgn aku. aku tak sengaja wehhh.. dia dari belakang.. dia bajet.. tak kena kot.. sebab tu dengan selambanya dia nak potong aku, tapi makan jalan..

cam biasa aarr buke kedai dobi.. pastu sidai. masa sidai tu... farhah dok nangis.. rasa macam nak kidnap jerr budak kecik tu.. sebab aku nak kuar pi opis lepas sidai kain. dok dengar kak faridah dok pujuk cucu dia.. kalo dia ada kat luar dgn kak faridah jer.. harus kena kidnap. tapi kalo dgn pak long or pak su dia.. errrr segan weeii...

aku masuk opis kejap jerr.. just menghadirkan diri.. tengok2 lebey kurang.. sembang2.. masuk opish baca email. reply email.. tu la keje aku.

balik opis aku masak untuk lunch. yang ni, sambal terung
terung yang beli kat paso malam last weeek baru nak di masak hari ni. cukup seminggu dalam freeze. merah jerr lebih tapi tak pedas. sangat seswai

yang ni, apa dia?
rendang kambing. tengkiu ye.. pak ndak kasi daging kambing. len kali kasi lagi tau.. sekor pun tak pe.. tapi make sure kambing yang dah di sembelih. kalo belum.. nanti susah nak jaga.. habis kebun pak cik nan kena baham.. lagi pun susah nak cari orang sembelih & nak buang kulit. bab2 ni aku tak pass. hehheh. kasi daging sudah memadai.. maka boleh la masak menu berasaskan kambing everyday..

setel semua dekat2 1pm. tapi aku malas nak makan lagi. sampai pukul 4pm pun belum makan lagi.. bukan tak lapo.. tapi malas nak menyuap. poyoss tahap dewa dewi. bukan lapo sebab tak de makanan tapi sebab malas... err.. alangkah bagusnya kalo sesapa ada yang sudi nak menyuap. kikikiki

semalam nyer citer... kat sunway. paling best, baskin robbins. sape yang tatau kan ice-cream ni.. memang la heaven kan.... apakah perasaan korang bila ice-cream ni.. tetiba berada di depan korang.. muncul secara tiba2. what do you feel??. bukan cup yang besor ni, bukan juga saiz2 cenggini. tak main taww

tetapi 2 bin yang sebeso cam nidi letakkan di depan mata aku. yang jaraknya hanya 20cm jer.. pulak tu di hiasi dgn dry ice yang berasap2.. aroma dari pralines 'n cream. gile nyerr teruja. letak kat depan aku dengan arahan 'makan la'

then.. adakah aku jadi cam budak nerd je?, sekadar jeling2 & pandang2 jer... serta senyum2 tersimpul malu.. tunduk2 sambil garu2 kepala yang tak gatal.. oowhh mungkin tidak... hahhaha. beli punya la banyak. satu bin tu harga lebey RM400 tau. 2 bin maknanya.. kira sendiri okeh... aku dah tak reti nak kira becoz mata, otak & fikiran dok tengok bin ice cream tu jer... maka.. bermula la.. adegan membaham pralines 'n cream. memang sangat2 sweet. manis weehh.. ni memang manambahkan kemanisan yang sedia ada. tapi moral of the story.. memang puas aarr makan ice cream semalam. setahun tak makan ice-cream pun tak pe.. dah cover dah.. wakakkaka

bajet baik dah malam ni nak melepak kat i-city. dah plan dah.. tup tup.. kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan.. tetiba bfren ogie ajak gie tgok midnight malam ni. so, tak kan aku nak pi sorang2. mungkin tidak . maka dengan automatic segala plan petang tadi.. berkubur. wawawawa cedih tu... tak per.. next time ok..

petang dah dekat2 nak pukul 7pm, gie pasar malam la.. malam ni, dinner made in pasar malam.di iringi dengan...sedap tu durian ni.. fresh & manis.

malam ni, memang murah rezeki. bila kak roza datang bawak segala jenis makanan. sangat2 banyak.. kalo di kumpul2 boleh wat open house. sape la nak makan.. banyak2 ni.. petang tadi dah bagi kuih kemboja basah pada kak faridah. ni yang dok ada kat umah ni, dengan kek gulung, bauhulu lapis nenas, kuih lapis, samosa, kuew teaw goreng, segala jenis kerepek, roti sardin dan tah apa2 lagi.. aku pun tak tahu sape nak makan.

aarrgghh malam ni ada rasa rindu. aarrgghhh rindu tu.... sangat2

tapikan.. bila berkumandang jerr lagu ni kat muzik.fm

Kita terpaksa bermusuhan - Slam

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan..

makadari renyai-renyai hujan berubah menjadi deraian yang lebat.







....from kekwa22 with love....

25 June 2010

bila malas

di sebabkan hari ni, sejak pagi2 lagi aku di serang demam selsema. sampai sepanjang hari sakit kepala, sakit hidung & bersin tak henti2. so, malas nak wat apa dah..

malas nak citer pasal cable yang putus enam
malas nak citer pasal lampu jatuh dari workbench
malas nak citer pasal jig lkp semalam ok, pastu ko, then ok pastu ko lg
malas nak citer pasal wire braid tetiba missing an action
malas nak citer pasal kura-kura gelap tanpa warna dot blogspot
malas nak citer pasal sanggul & cucuk sanggul
malas nak citer pasal malam ni melepak kat sunway.. oopppsss
malas dah nak type apa2

ddaaaaa






....from kekwa22 with love....

23 June 2010

belajar2 nak jadi nurse

mulanya hari ni, aku nak gie klang sensorang. tapi bos aku suruh bawak fendi sebab nak suruh fendi belajo ce mana nak wat maintenance nanti. maka berangkatlah aku ke telok gong bersama2 dengan fendi.

lepas briefing kat sana lebih kurang, aku pun berangkat balik. malas nak stay lama2 kat sana. dalam pukul 1pm, aku dah sampai ste. masa balik tu, tah ce mana fendi tanya cam ni,

fendi : semalam ada bekal, akak letak apa masa lunch tu?
aku : (uits nampak jugak mamat ni, walaupun duduk jauh) apple strudel. kenapa?
fendi : untuk abg je ke.. abis tu sy punya mana? sy tak kira nak jugak
aku : eehh tak cakap pun nak..
fendi : tak kira, sy nak jugak.
aku : mana ada kira2 la
fendi : nak jugak.

budak kecik ni kan.. nampak jerr dia.. ingatkan tak nampak. hahahaha..

lepas jerr practice menari, aku dapat 2 miss call dari angah. bila aku call her back, dia bagi tahu yang dia demam. dia baru jerr demam hari ni. temperature 39*C. tinggi tu. doktor suspek kena denggi. pagi, dah ambil darah untuk check dengan detail. result darah belum keluar esok.

maka aku pun gie wangsa maju, amik satu-satunya adik aku yang ada kat kl ni. tapi sebelum tu, aku singgah jj untuk beli ketam dan 100 plus. aku yang suruh dia duduk dengan aku. nanti kalo dia kat umah dia, tak ada sesiapa nak jaga. maka kensel la project aku nak gie main badminton.

ni, aku buat sup ketam untuk angah.
orang kata, kalo nak suspek denggi, makan sup ketam, nanti bacaan platlet darah akan meningkat. ok la aku pun ikut la.. bukan susah pun.. dan tak memudarat pun. tapi angah makan sikit jerr.. ketam sebelah & hirup kuah jer..

yang ni pulak.. istimewa untuk aku.. hehehhe
udang goreng tepung.. best2..

bahan2nya ialah
- udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je. kalo buang ekor, nanti tak de bukti plak yang ada udang di sebalik tepung. hehehhe
- 1/4 cawan tepung pau - guna jer tepung gandum. tak yah ngade2 cam aku ni. aku guna tepung pau sebab tepung banyak kat umah lagi pun tekstur dia halus. sukatannya kalo banyak udang, banyak la tepungnya. adjust la sendiri ye..
- 1/2 sudu kecil baking powder
- garam secukup rasa
- 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit daun sup - dihiris halus
- air secukupnya
- 2 sudu tepung pau
minyak untuk mengoreng

kekdahnya..
campur semua bahan2 kecuali 2 sudu tepung tu... pastikan bancuhan tepung pekat. - golek2kan udang ke dalam bekas yang mengandungi 2 sudu tepung. pastikan ianya tergolek 360 degree. hehheheh... kemudian, celupkan udang ke dalam bancuhan tepung. then goreng la sekor2. hati2 ya.. bila minyak meletup..sila gunakan perisai sebagai langkah2 keselamatan... safety first okeh!

lepas angah makan ubat, aku suruh dia check temperature badan dia. 40.22*C. mak datuk.. punya la tinggi. aku ajak & paksa dia gie spital tapi dia tak nak. penat aku pujuk. tapi dia tak nak. aku plak, mana larat nak dukung dia.. lagi 4 jam kalo check balik, kalo suhu masih tinggi macam ni, aku tak kira, aku angkut gak dia gie spital mana yang buka malam2 buta cam ni. maka malam ni, aku akan jadi nurse, setiap pat jam check suhu tapi aku tak de la plak blood pressure nak check. kalo warded, cam tu la keje2 nurse kat spital every 4 hours.

aku nak tido jap sebab mata pun dah layu2 dah.. lagi 3 jam aku akan bangun check angah nyer condition. mudah2an suhu badan dia menurun.







....from kekwa22 with love....

22 June 2010

hala tuju, ada ke hala yang nak di tuju?

perrgghh tu dia .. tajuk kita pada malam nih.. tentu pa ada sebab menasababnya...

dah lama aku tak jadi kaunselor ni.. tetiba jerr malam ni.. tak per.. orang kata, sharing is caring. memang senang nak cakap.. memang senang nak nasihat kat orang. tapi sangat susah nak apply pada diri sendiri. entah la.. kenapa ye... memang dah lumrah. tu la namanya berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

hujan dua kali kat opis. tapi tak lebat. sikit2 jer...

tak ada sesiapa yang bersalah. keadaan pun tak bersalah. masa pun tak bersalah. semuanya & segalanya tak bersalah. semuanya adalah suratan takdir. ina.. pls ina.. don't be sad. plsssss senangnya nak ucapkan. tapi sukar nak melaksanakan.

entah la.. aku cuma manusia biasa. hanya yang biasa2 jerr tak ada yang luar biasa. di sebabkan aku hanya insan biasalah.. aku merasai semuanya. semuanya kekadang tak mampu untuk aku luahkan kepada sesiapa. hanya Allah yang maha mendengar segalanya.

insya Allah. aku akan tempuhi segalanya dengan kudrat yang aku ada. semoga Allah permudahkan segalanya.

Tuhan, bantulah hambaMU ini.






....from kekwa22 with love....

21 June 2010

tengok la nanti ce mana gayanya...

hari ni.. biasa2 je.. semuanya biasa. tak ada yang luar biasa. semuanya biasa2 jerr... cuma.. rasa macam lambatnya masa berlalu.. berchenta nak balik pukul 6pm.

malam tadi tido awal. tapi banyak kali terjaga. rasa macam dah lama jerr tido. may be letih kot. hehehe. banyak la punya letih. bukan wat perr pun semalam.

aku bajet2 radio dapat close dalam minggu ni 50 set. tapi tetiba mr adi datang, then cakap kat aku dia nak 100 set. ggluupp. rasa nak telan air liur rasa tak lepas.. mujur cable tak berapa nak urgent dah. semuanya dah stabil. dapat la aku tumpukan perhatian kat radio. mudah-mudahan 330 radio dapat siap dan hantar 3rd week of july. tapi pcb baru ada 100. wawawawa. aku tak tau apa nak buat dengan yang kat melaka tu... rasa macam dah tak de kekdah yang seswai nak digunakan... kalo aku push anak2 buah aku pun.. pcb tak de.. silap2 aku plak diorang baling dalam longkang beso belakang ste.. ha.. baru padan muke.

balik dari opis lepas mandi2 terus masak untuk berbuke puasa. ni jerr yang sempat
kangkung goreng

masak pindang ikan pelata.

yang ni, diatas permintaan che noma. ikan gelama jeruk.

yang ni pulak, apple strudel yang che ina dok target nak wat sejak kat opis lagi. cumanya buat satu layer jerr.. tak koser nak wat banyak2 layer.. hehehe..

pukul 7pm dah siap masak sumer.. pastu melengung aarr.. nak makan, belum time. bajet siap dalam 7.25pm ke.. tak de la rasa lama sangat nak tunggu berbuka.. apa lagi.. aku ngan kak norma melepak sambil borak2 kosong. dia pon puasa gak.

malam ni aku wat keje gile. keje orang2 yang tak de keje... errr testing namanya.. entah la.. ogie pun melayan aku.. then apa lagi... tapi... pikir nyer pikir rasa macam tak sanggup la pulak.. aiiseey... tengok la nanti ce mana gayanya...






....from kekwa22 with love....

20 June 2010

ketaq

hari ni, gie jogging ngan che noma. awal2 lagi dah sampai titiwangsa.. lama betul tak jogging. abis sakit2 otot. tetiba masa dah dekat nak abis satu round ada la pulak senaman 1 mesia.. hehhe.. terus jerr gie join. tetiba plak kena senaman ala2 joget gitu... joget 1 mesia. hantam sajalah..

balik dari titiwangsa.. seperti yang dah plan semalam.. menjelajahi kebun pak cik nan dengan cik noma la.... hahahha.. orang len tanam.. orang lain mengutip hasilnya.. kikiki.. jalan2 di kebun pak cik nan.. amik daun kunyit 3 helai.. daun kesum, daun limau & bunga kantan. jumpe pak cik nan kat kebun, then dia citer pasal pokok pisang. bermula dari buah pisang, daun pisang serta batang pisang. sampai aku kena ketit nyamok dia punya citer tak abis lagi.. hehehe.

pastu seperti di rancangkan.. wat cokodok udang.. kekdahnya : udang putih yang kecik tiga henget.. buang kepala & ekor serta janggut2nya.. tepung secukupnya.. biar udang lebih dari tepung.. hehehe... penting tu... bawang serta cili yang di potong nipis, tauge sejemput.. air suam & garam secukup rasa. goreng dengan gaya yang tersendiri.. maka hasilnya... sekali hadap jer.. dah settle.. hahaha..perut kenyang.. suka hati.. maka.. buka kedai dobi sekali lagi.. settlekan stock semalam punya.. cuaca pun suam2 kuku.. tak sempat kering pun.. tapi at least dah di basuh dong...

hari ni nyer plan nak masak untuk lunch, lewat sket. lepas zohor baru masak. sebabnya memang dah kenyang makan cokodok udang.. cokodok udang tak sama aarr dgn cucoq udang. kalo cucoq udang kena letak daun kucai & tauge, pastu udang beso.. dok terlentang kat tengah2.. siap dengan kepala serta ekor lagi... silap2 ada janggut. hahhaha... plak tu, nak landing sensorang.. hhahahha... poyo jerr.. err kalo jepun kan.. dia panggil tempura.. kira macam lebih kurang.. sama tapi tak serupa..

tengah hari tadi ada orang call aku.. mula2 cakap dah tak berapa nak elok dah. pastu siap marah2 aku.. aarrggghhh giler betul.. aku cuma tahan jer.. sedaya upaya control supaya be polite. pada hal dah menggigil2 kaki tangan dah. aarggghh.. kalo aku kuarkan bahasa aku nanti... aku pulak sama giler cam dia.. biarlah dia giler sensorang. apa kes nak marah2. tah apa2 suka ati aku la.. tapi masalahnya.. menggigil2 aku nih sebab tahan marah... sampai sidai kain pun masih lagi menggigil pada hal tengah2 panas saat2 azan berkumandang. tetiba dapat kronik tremor tengah2 hari ni... siap jer sidai kain... terus solat then masak nasi pun masih menggeletar.. ererr apa beza mengigil & menggeletar? sama jerr kot. nak tanya dewan bahasa, tutup plak hari ni... hahhah... moral of the story.. aku memang marah.

hampir pukul 2pm, aktiviti memasak pun bermula. walaupun tangan masih menggeletar tapi niat suci murni untuk masak, tetap di teruskan jua. sebabnya.. perut dah nak berirama keroncong.. chef pada hari ini ialah che ina & che noma. maka ni le hasilnya...

sebelum apa2 kena start dgn buah2an.. maka...buah ni jadi pilihan. semalam beli kat pasar malam.. kekdahnya.. hulur pat henget, then orang yang jual tu, kasi sebiji..

pastu diikuti dengan nama dia, sayur campur menggeletar... orang peyrock cakap ngeletor. maka hasilnya cam nih...

digandingkan pula dengan
masak lemak ketam dgn nanas ketaq tangan.. hahhaha.. becoz masa kupas buah nanas.. punya la siksa sebab dia nyer ketaq, sangat ketara.. sampai kak noma cakap aku ni kena parkinson. ni bukan sampai tahap parkinson lagi, cuma tremor yang kronik. kikiki..

yang ni pulak.. tanak kalah.. jarang terdapat di pasaran.. sedap nih...namanya kerabu.. kalo orang belah2 selatan panggil urap. apa2 jerr la.. nak bagi nama apa yerr... eerr kerabu udang & tauge. kali ni tak de perkataan menggigil becoz che noma tak menggigil masa wat nih. weiii sedap tu kerabu ni.. kekdah nak buat ni, celur udang serta tauge. hiris bawang besar serta cili. gaulkan dengan kerisik serta kelapa parut diikuti dengan sedikit daun pegaga yang di hiris. garam secukup rasa... jangan lupa daun limau purut sehelai di hiris halus2. setel.

yang ni pulaktelur masin malu2 alah.. hehehe sebabnya ada sebiji jerr... hahaha

tu dia.. kitaorang punya lunch. giler punya heaven. nak makan 3 orang jerr.. tepat pukul 3pm. semuanya habis licin.. hahhaha... tapi memang puas ati.. sedap2. kenyang perut, suka ati.. lalalalala..

wahh petang ni training menari ngan che noma. sambil gelak2. maklum lah.. bukan senang nak training orang yang keras ni.. hahhaha.. tak pasal2 aku kena jadi lembut lemah gemalai... aiiseeyy tak kose teman ni yong... tapi apa nak buat.. kalo jadi robot, nanti wat kena gelak jer... ala la diorang ni.. cer suruh aku wat mende len. melompat ke.. lari setempat ke.. lari dua tempat ke.. kan senang.. tak yah training2.. sumer tu.. dah tau dah step dia ce mana hahhaha.. tapi moral of the story.. best gak menari ala2 robot ni.. hehheh.. bila lagi kan... masih ada seminggu nak practice.

lagu ni dapat masa kat tasik lagi.. ada group wat dance dengan lagu ni.. slow jerr diorang nyer dance. lagu zaman2 che noma muda2. hasilnya.. balik jerr tadi.. che noma suruh aku cari lagu ni.. al kisahnya sepanjang hari ni, inilah carta lagu paling popular kat umah ni..

Sealed with a kiss - Bobby Vinton

Tho we gotta say goodbye for the summer
Darling I promise you this
I'll send you all my love every day in a letter
Sealed with a kiss
Guess it's gonna be a cold lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my dreams every day in a letter
Sealed with a kiss
I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But darling you won't be there
I don't wanna say goodbye for the summer
Knowing the love we'll miss
Oh let us make a pledge to meet in september
And seal it with a kiss
Guess it's gonna be a cold lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my love every day in a letter
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss


jomm.. layannnn.. zassss

untuk dinner malam ni hanya masak ni jer..
nama dia, telur dadar barai. tak terdapat di pasaran nih.. hahaha... mulanya nak wat telur dadar.. siap potong bawang & sebiji cili serta sebiji carrot yang di parut halus di tambah pulak dengan daun limau (al-maklum la ada daun limau kannnnn, sumer mende nak di letaknya..) untuk bau2an yang menyelerakan.. tapi masa nak mengalih ke side sebelah atas tu, tetiba pecah, terbarai abis sumer. tak pas la pulak che ina malam ni.. ce mana la.. goreng telur pun fail.. memalukan kaum jer... alang2 dah terbarai tu.. menyakitkan mata che ina.. maka.. dengan bangganya membaraikan dia sampai la jadi cam ni.. hahahaha... err sebenarnya tangan dah lembut sebab dok practice menari.. wakakkaka

masak lemak ketam dgn nanas ketaq tangan tengah hari tadi ada lagi 2 ekor. cukup la che ina ngan che noma. err che ogie gi dating. pastu tambah yang ni..
pegaga.








....from kekwa22 with love....

19 June 2010

Malam pesta muda mudi

hari ni, awal2 lagi dah buke kedai dobi.. semua stock2 dari penang, dapat di settlekan dengan jayanya.. jimmy pun mandi awal pagi hari ni. tapi dia.. tak de la menggigil. ramai la pulak anak pak cik nan pagi ni.. patut la pun.. si kecik farhah ada.

wah.. tak sangka pulak sejak dua menjak ni.. mesra alam betul pak cik nan ngan aku. ada jerr citer yang dia nak share ngan aku.. lembu la.. kambing la.. pagar la.. kayu la.. kete dia masuk lubang la.. dan tah apa2 lagi.. aku pun layan la.. al-maklum la se'lenggong' eehh bukan se'lenggong' tapi se'kenering' hahhaha. aku pun.. layan jerr la..

11 lebih baru kak norma balik. malam tadi dia bermalam kat quality hotel. bukannya jauh sangat pun.. kat sogo jer.. tapi punya la hampeh tanak balik umah.. hhaha. kali ni bagi chance sama dia.. dia meeting kat sana sampai malam2 that why la..

petang ni aku nak gie umah pak ngah.. tapi aku tak tahu nak bawa apa.. mulanya nak wat chocolate cake jer.. tapi rasa macam dah selalu dah.. tetiba terlintas puding roti.. lagi pun dah janji nak kasi resepi my puding roti...
nak wat puding roti ni senang jer... bahan2nya cam ni..
1 tin susu sejat
2 sudu butter
2 sudu gula
3 biji telur
1 sudu teh vanila
7 keping roti putih yang di carik2
1 kotak kismis lego

kekdahnya : rendam roti ngan susu sampai kembang. dalam bekas lain, pukul telur pastu masukkan butter dan lain2 tu. then tuang kedalam rendaman roti, kacau hingga sebati. bako la.. apa tunggu lagi...

cream puding:
1 cawan susu sejat
1/4 cawan gula pasir - kalo suke manis lebihkan.. kalo tak suke, kurangkan
1 sudu teh vanila
2 sudu makan tepung kastard

campur sesemuanya. panaskan hingga sekali didih. kalo pekat sangat, campur air... semuanya boleh di adjust... senang jer... makan pun sedap.

masa kat umah pak ngah, tak sangka laku la pulak my puding. sejam jerr kot kat umah pak ngah pastu aku gie spital. bawak 2 ketul puding kat mak wah. dah 2 hari kat HKL. tak tahu sampai bila dia akan menginap di sana. may be sampai lepas habis kimo & radiotherapy. lama lagi tu... hope semuanya berjalan dengan lancar.

aku gie pasar malam ngan kak norma. beli buah2an, sayur2an, ketam serta udang dan macam2 lagi sampai tak larat nak bawa..

malam ni.. layan citer ni.. rasa macam 1st time jerr tengok citer nih. kelako abis..misi malam ni.. nak edit & combine video clip. semuanya semata-mata kerana dinner 29hb nih. hope menjadi la nanti apa yang aku nak buat. mudah-mudahan..

lagu paling popular dalam carta sejak dua menjak ni.. ialah lagu nih

Malam pesta muda-mudi - Saloma

Malam pesta muda mudi
Bertemasya dan menari
Suka ria dalam hati

Sungguh ramai malam pesta
Muda mudi bergembira
Hilang rasa duka

Kita bernyanyi sungguh merdu
Menghibur hatiku
Marilah oh kawan-kawanku
Jangan malu

Malam pesta muda mudi
Banyak kisah yang terjadi
Hilang rasa hampa






....from kekwa22 with love....