
....from kekwa22 with love....
To Know Me Is to Love Me
Ayat Ayat Cinta
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Ketika ku bersujud
izinkan aku mencintaimu
Tuhanku aku mula belajar mencintaiMu
sejak kecil ku melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU ku hayati masih terpahat dalam ingatan.
Tuhanku aku
tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau
seperti Saidina Umar Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu
melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.
Tuhankuaku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki
izinkan aku mencintaiMU
melalui solat yang ku lakukan dalam waktu
yang terbatas
Tuhanku Izinkan aku mencintaiMU
Keyakinan di Sebalik Dugaan Allah 26 November 2007 Oleh HAPPIS BASHA ... Wahai jiwaku, Adakah engkau setabah Siti Hajar, Mengendong bayinya yang masih merah, Mencari air penghilang dahaga.. Di terik padang pasir merak, Ditipu dek fatamorgana, Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman... SEPANJANG perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiayai hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang enam bulan perjalanan, maka mereka pun tiba di Mekah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir dan berteduh di sebatang pohon tamar.
Panas terik terus menyelubungi diri. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara untuk memberitahu isterinya tentang perintah Allah s.w.t itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya yang bergegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu: "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu yang masih merah di sini?" Adakah aku berbuat dosa padamu." Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. "Tidak, wahai isteriku, bukan kerana dosamu. Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya hanya Allah s.w.t yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah s.w.t."
Apabila disebut ia perintah Allah s.w.t, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah s.w.t, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan, keyakinan dan pertolongan kepada Allah s.w.t.
Namun, hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah s.w.t itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah s.w.t, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang.
Digambarkan tempat itu kemudiannya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan keesaan Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Agung. Teringat akan peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah s.w.t, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan," kata Siti Hajar sambil mengesat air matanya yang berlinangan.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah s.w.t. Pasti Dia akan membela kami. Dia tidak akan menganiayai kami yang lemah ini."
"Cuma... doakanlah agar datang pembelaan Allah s.w.t kepada kami." Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan.
Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya.
Namun, atas keyakinan yang padu pada janji Allah s.w.t, ditunaikan juga perintah Allah s.w.t walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah s.w.t.
Maka, Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah tinggal di padang pasir di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan dan dugaan yang akan berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Kemanakah hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?
Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana.
Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safaa dan Marwah untuk mencari sumber air.
Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.
Tiba-tiba dengan rahmat Allah s.w.t, sedang Siti Hajar mencari-cari air, maka air pun keluar dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."
Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu kehendak Allah s.w.t. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.
Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai Allah s.w.t, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Mekah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.
Sesungguhnya ketabahan perlu ada pada diri seseorang sepertimana ketabahan yang dimilik oleh Siti Hajar. Disebalik dugaan pasti ada tirai yang akan terbuka satu hari nanti kerana Allah s.w.t amat menyayangi "... Kekuatan seorang wanita bukanlah pada kelantangan suara, Tetapi pada kekuatan perasaan, Wanita yang gagah, wanita yang tahan menerima dugaan..." |
Aizat - Hanya Kau Yang Mampu
Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku..
Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
semalam dengar lagu ni masa balik dari gym, rasa yang bermacam2 rasa... susah nak di gambarkan.. sebab dila dengar lagu ni... teringat kat dia n teringat kat dr.. tah tak tahu ce mana nak describe perasaan tu.. sampai kat opis pagi tadi pun, masih terngiang2 lagi lagu ni... ada rasa sedih dan ada rasa suka.. tak tahu ce mana.. aarrgghhh tapi teringat jerk at dr.. kenapa dengan aku ni, dah tak betul apa.. aaahh memang la tak betul.. hahhahahaa
memang aaarr aku merindui dia.. tapi untuk apa? Aku sendiri kalau boleh sedikit pun tak nak ingat kat dia.. tapi bila kenangan tu datang, aku tewas juga..
Gugurnya Bunga cinta - Laksamana
Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh
Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...
kenapa aku kena lalui semua ni.. kadang2 aku rasa tak adil.. tapi aku pasrah... namun terlalu sukar untuk aku buangkan ingatan ku padanya... memang payah.. entah la... dah banyak yang dia lakukan padaku namun kenangan itu terlalu sukar untuk di buang... tapi aku pelik sebab lagu ni untuk sapa sebenarnya,,, liriknya cam untuk dia.. tapi masa nyanyi lagu ni teringat kat dr.. aarrgghh kenapa ni...
apa la nak jadi ngan aku ni.. lagi 2 minggu jerr lagi final exam... takot oooo tapi buku lum buke... ce mana nak study kalo tempat tak selesa, fikiran tah kemana2 melayang... perasaan tak stabil.. tak tahu kat sapa yang aku bleh luahkan agar apa yang terbeban di bahuku ni dapat di redakan.. segalanga cukup menekan di jiwa... Ya Allah, bantulah hamba Mu yang lemah ini....
Kian
Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
ku sedari
kini akan hakikat sebuah kehidupan...
ku sedari kini..
betapa kerdilnya aku disisimu Ya Allah...
Ya Allah
ampunkanlah segala dosa2 ku..
Ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu ini..
maafkan lah aku YA Allah....
Ya Allah, betapa besarnya hikmah yang telah
Engkau berikan pada ku Ya Allah
Alhamdulillah syukur pada Allah
Aku sedar ya Allah...
Ya Allah.....
telah lama kasihnya pergi dari diriku...
sudah tak bermakna lagi aku di hatinya...
cuma aku sahaja yang menyayangi dirinya sepenuh hati...
betapa aku... rasa kecewa teramat sangat..
Kasihku Abadi
by Inteam04
Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati
Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...
memiliki hati yang tenang, bahagia dan tiada rasa gundah-gulana adalah sesuatu sangat diinginkan semua orang.orang yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, 'Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah' ialah: "Kehidupan sebenarnya ialah kehidupan yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan".
Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya.
Syaikh as-Sa'di juga menyarankan: "Hendaklah juga membandingkan antara kemungkinan risiko yang menimpa dengan banyaknya kemungkinan dapat diselamatkan daripadanya. Jangan sampai kemungkinan yang lemah dapat mengalahkan kemungkinan kuat dan banyak. Dengan demikian, akan hilanglah kesedihan dan perasaan takut".
Setiap orang juga perlu menjangkakan perkara paling besar yang dapat menimpa kemudian menyiapkan mental untuk menghadapi apabila terjadi serta berusaha mencegah yang masih belum terjadi dan menghilangkan atau paling tidak meminimumkan musibah yang sudah terjadi.
Apabila seseorang dihadapkan dengan ketakutan, sakit, kekurangan atau tidak tercapai keinginannya, dia hendaklah menghadapinya dengan tenang dan menyediakan mental mencukupi, malah dia harus bersiap menghadapi keadaan lebih berat sekalipun.
Sesungguhnya persiapan mental dalam menghadapi musibah akan memperkecilkan musibah itu dan menghilangkan bebanannya.
Apa yang lebih penting ialah selalu memperbaharui kekuatan menghadapi musibah disertai dengan tawakal dan yakin kepada Allah.
Jika hati bersandar dan bertawakal kepada Allah, tidak menyerahkan kepada prasangka buruk, tidak dikuasai khayalan negatif dan yakin atas kurniaan Allah, pasti akan terusirlah perasaan sedih dan mampu menghilangkan pelbagai penyakit fizikal dan jiwa.
Hati boleh mendapat kekuatan, kelapangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.
Ramai orang yang tabah hatinya tetapi masih terpengaruh dengan prasangka buruk dan khayalan, apatah lagi orang yang memang lemah hatinya.
Betapa hal berkenaan sering menyebabkan kedunguan dan kegilaan.
Firman Allah bermaksud:
"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya". (Surah Ath-Thalaq: Ayat 3).
Ertinya Allah akan mencukupkan untuknya semua apa yang dia perlukan daripada urusan agama dan dunianya.
Oleh itu, orang yang bertawakal kepada Allah hatinya menjadi kuat, tidak dapat dipengaruhi prasangka buruk, tidak dapat digoncang oleh peristiwa yang terjadi kerana dia tahu, termasuk tanda lemahnya jiwa ialah perasaan takut yang tidak beralasan.
Dia tahu Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang bertawakal kepadaNya. Dia yakin kepada Allah dan tenang kerana percaya akan janjiNya.
Dengan demikian, hilanglah duka dan gelisah. Kesulitan berubah menjadi kemudahan, kesedihan menjadi kegembiraan dan perasaan takut menjadi keimanan.
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah
senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan
itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian...
Ya Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku
I just hope to be a much better person.
To be able to lessen the hurt I might have caused to the people I love around me.
Directly or indirectly.
I am trying my best.
It has made be thinking.
And I pray that once all is done, things will take place nicely.
Not for worse, but a brighter future ahead.
On the verge of breaking down.
But saying to myself that things will be okay.
Let's see how it goes by the efforts done.
today quite bz.... banyak keje yang perlu di selesaikan.... tapi jiwa tak tenteram.. kenapa errkk.. banyak sangat pk la ni.. macam2 yang di pk.. semuanya pasal kehidupan.. kehidupan seorang insan di muka bumi ini... banya pancaroba yang perlu di lalui.. semuanya menguji ketabahan keimanan seseorang... tapi tak akan sesekali aku menyerah kalah..
kadang2 rasa kuat nak hadapinya.. tapi kadang2 rasa telah tertewas...
hari ni, ada seseorang yang mengingatku kepada arwah ayah.. sedih tak terkira.. rindunya.. Al-fatihah. segala kenangan bersama ayah seolah2 baru jer laku.. teringat lagi masa darjah 1 ayah dengan bangganya menghantar aku kesekolah... pagi n petang.. rindunya... tapi Allah lebih menyayangi ayah... ayah seorang yang penyayang.. sabar.. jarang dia nak marah2...
Ya Allah tempatkan ayah di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...
dah 2 hari tak dengar suara doktor.. semalam doktor sakit. hari ni, langsung tak dapat call doktor.. aarrgghh risau arrr. rindu ke? eehh mana ada rindu.. just teringat jerr.. tadi wan pun mengusik aku.. boring sebab doktor tak call. hehehe tu bukan sebab utama. tu sebab sampingan jerr.. sebab utamanya hehehe ada la... mana leh share kat sini.. nanti aarrr bg tahu.. lum ready lagi nak citer.. hahahha poyo jerrr... hopefully doktor sihat..
wan n doktor the different person but they are really nice. i just like it. they make my life wonderful.. kelakar ngan gelagat dua orang ni... my new fren. hehehheh tapi tatau aarrr... let imagine kalo kehilangan dua orang ni.. sure lonely giler hidup.. hehehehe.. meriah habis.. at least dapat gak menyakat diaorang... tapi tah aarrr tapi kalo bleh tak mo kehilangan diaorang... dua karekter yang berbeza.. tapi aku suke.. tapi tatau nak cakap ce mana... keduanya aku bleh join kepala.. hahhahahah. kekadang cam bengong2 skit.. tapi yang bestnya dengan dia orang, aku bleh citer apa saja tentang apa jerr topik2 yang di rasakan nak share... hehhehehe.. sebab dia orang pun lebih kurang sekepala jerr ngan aku... hahahhha
tapi rasa tak adil buat doktor plak... sebab dia tatau kewujudan wan, sedangan wan tahu kewujudan doktor. ce mana nak bagi tahu doktor tentang wan.. tapi kedua2 ni kena tahu akan kewujudan masing2 hahahhahaa poyo jer aku ni... kelakar la pulak... hehehe tak per aarr sampai masanya dia orang akan tahu menahu gak... kalo wan kawan aku, doktor pun kena jadi kawan wan gak.. baru best.. tapi nak ke diaorang... hahahhah ni yang aku tatau.. hehehheeh.. poyo betul aku malam ni.. may be penat main badminton tadi
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
Dalam perjalanan langkah
yang belum terhenti ini,
Jalan selangkah yang lalu,
penuh dosa dan noda..
Bersilih ganti,
antara godaan dan keinsafan..
Layakkah aku dalam rahmat-Mu..
dibawah lembayung rahmat-Mu.
Walau seringkali godaan yang memburu,
Seringkali itu juga
seribu keinsafan berbisik dihati..
Wahai Tuhanku..
ku merayu dimalam hari,
Menagih ampunan dan kasih sayangMu.
Wahai Tuhanku,,rayuanku..
terimalah daku kembali..
Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU
setiap saat masa yang berlalu..
Walau seribu yang memberikanku kasih,
tidak kan sama kasihsayangMu
Ya Rabbi.. Ya Allah..
dengarlah rayuanku sayup-sayup
berbisik dimalam yang hening..
Bertemankan cahaya bulan,
sinaran bintang yang memancar..
Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu..
Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang..
Yang memiliki setiap hati..
Kasih sayang yang luhur buat hambaMu.
Ya Rahman.. Ya Rahim,
kusedari cinta manusia cuma
setitis dari selautan cintaMU
Ya Rahman.. Rayuanku,,
janganlah kasih yang setitis didalam hati ini..
Melalaikan daku dari mengingatiMU..
pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu
agar daku tidak tenggelam
dengan fitnah dan mehnah duniawi..
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...