31 August 2009

murah rezeki

hari ni kat umah jerr menjahit.. then gie carefour wangsa maju beli kain.. then terbeli lg 1 pasang baju raya.. ramai giler orang kat carefour tah beli apa pun aku tak tau..

aku pun sempat shoping barang dapo sekali.. sajer nak menyempit dengan orang lain..

then balik tu masak untuk berbuke.. meriah giler.. ada nasi beriani, ayam masak badam, ikan sambal, sayur fucuk, ikan goreng dan ulam raja. yang tak ada dalam pic ni.. kari dhal, karipap, buah duku.. sambal tempe.. errmm yang nak makan 3 orang jer.. tapi orang cakap rezeki jangan di tolak.. sememangnya bulan ramadhan ni rezeki melimpah ruah.


malam.. aku pi solat kat Muaz dengan kak Norma.. tu jerr la aktiviti aku sepanjang hari ni..

....from kekwa22 with love....

happy independent day

hari ni aku selsema.. sebab sejuk.. coz today pagi2 dah ujan.. so, aku memerap dalam umah jerr. aku wat aperr jerr.. update blog..then baca novel.. then masak untuk berbuke. petang tadi kak norma kuar.. then tinggal aku sensorang jerr kat umah.. tu yang baca novel jerr.. ni le menu berbuke tadi.. buah betik, cucur udang, ikan goreng, terubuk masak asam pedas (ni yang semalam nyer), sayur tauge then terubuk bako & air asam



then lepas berbuke pi masjid.. then teman kak norma pi Habib Jewel kat ampang.. ramai giler orang.. beli barang kemas macam ikan kat pasar jerr
ni antara koleksi.. habib jewel yang less 70%. kalo aku kayo, aku dah borong dah ni.. huhuhu

happy independent day to malaysian

....from kekwa22 with love....

29 August 2009

hari yang meriah

hari ni aktiviti bermula sejak pagi2 lagi... biasa la kan.. time ni le nak membasuh segala stok2 yang ada.. biasalakan.. wanita berkerjaya cam aku nih mana membasuh hari2.. len la kalo dok kat umah macam2 nak buat. pagi tu pi hantar kete kak norma pi servis, then pi pasar.. punya la lama pi pasar sampai nak dekat pkul 2 baru balik..

mulanya pi jahit tepi baju.. punya la lama tunggu.. then sessi membeli ikan.. fuh.. best tu.. pi beli banyak stok untuk this week. then petang tu kuar lagi untuk ambil kete kak norma..

ni menu berbuke petang ni.. asam pedas ikan terubuk, ayam bako, sayur daun meranti, terung sambal, buah melaka, agar2, tembikai kuning dan rendang ayam.. fuh.. giler nyer heaven..
petang ni fiza datang berbuke kat umah aku.. errmm meriah tu dengan citer dia.. biasa la fiza kalo bercakap tak leh nak stop..
....from kekwa22 with love....

28 August 2009

pesal aku tak suke lagu raya

errmm... hari ni my officemate dah pasang lagu raya... tak sampai 10 hari pose dah pasang lagu raya.. aku tak ske sungguh sbb cam tak hormatkan ramadhan jerr.. then aku memang tak ske lagu raya.

bila errkk aku tak ske lagu raya.. errmm tahun lepas aarr aku mula tak ske dengar lagu raya.. hinggakan hari raya pun aku tak pasang lagu raya time balik umah opah. aku pasang nasyid jerr...sampaikan abang lim tegur.. suruh tuko lagu raya baru ada suahsana raya katanya.

pesal aku tak suke dengar lagu raya. sebab kalo dengar lagu raya,

1. aku akan rasa sedih
2. aku akan bertambah sedih
3. aku sedih dengar lagu raya
4. aku tak mo aku jadi sedih
5. aku tak nak bersedih

jadi untuk mengelak dari perkara2 diatas terjadi hinggakan mood aku akan spoil, aku tak ske dengar lagu raya... sebenarnya lagu tak bersalah.. tapi aku jerr yang tak mampu nak handle diri aku bila aku dah rasa sedih.

....from kekwa22 with love....

lepaking day

hari ni tetap bosan gak.. dah la hari ni.. semua bos2 tak de.. cuti.. jadi kami2 ni semuaya joli aarr.. huhhu.. aku? tak de la joli la sangat ada le keje.. tapi tak de la bz tahap gaban...

sepagi aku dok membelek mende alah ni.. watertighness fail. puas aku godek2 tapi tetap tak leh.. puas aku menggodek.. last2 bukan machine ni yang problem tapi radio yang fail.. errmm keypad yang bocor... tapi ok gak.. at least ada keje yang aku wat.. tak de la joli kan kan kan
so, ada la hasilnya... then semua radio yang aku test tu.. pass.. errmm tak de la yang reject radio..Amin...

tengah hari tu aku pi kedai 'Bagus'.. errmm apa eerrkk yang bagusnya.. bagus ni kedai bakeri la.. so.. aku pi ngan fariza. dia beli kulit piza.. dia cakap nak wat tuna piza.. errmm sure sedap. tapi aku beli bahan2 nak wat kek coklat aku jer.. errmm my feveretkan... bukan setakat my feveret.. my adik2 pun feveret gak.. tak perr beli awal2 nanti tak de la kelam kabut nak pi 'Bagus'.. aku beli tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat, coklat rice & vanila essence.

semalam aku baru habis baca novel ni.. errmm tak de la best sgt2 biasa jerr novel ni.. tapi aku watak megasari or ayusari memang seorang wanita yang tabah mengharungi badai kehidupan. walaupun hanya novel.. tapi wataknya terkesan jugak kat hati aku ni... overall ok la novel ni..

petang ni tepat jerr 4.30 dah balik dar opis sebabnya dah boring & tak tau nak wat apa dah.. kepala ni dok teringat nak balik kat umah jerr.. hati, jiwa, perasaan semuanya dah ada kat umah.. sebab tu dapat call dari store pun malas nak gie.. hehehehe.. ala.. tuesday kan ada... ilek aarrr


ni menu berbuke petang ni.. rendang daging, sayo campo, agar2, ikan goreng & rendang ayam semalam.... errmm best kan menu petang ni...
....from kekwa22 with love....

27 August 2009

aku yang tak de mood

hari ni tahap kemalasan aku tahap yang membimbangkan.. tahap gaban nyer malas. apa yang aku buat hari errrkk... errmm aku melawat production, then aku tengok pasal cable sikit2.. jenjalan kat radio TRC5100.. pastu aku dok kat meja aku baca novel.. hehheh. tu jerr la yang aku buat..

aku tak de mood langsung.. nak wat apa2.. tah le.. fikiran aku ni kacau... aku rasa sedih.. dan macam2 perasaan lagi ada.. aku tau kenapa aku jadi cam nih.. errmm entahlah.. sampai

petang tadi kononnya nak pi pasar malam.. tapi ujan.. then pi gian jerr beli sikit jerr barang. nak beliikan kat giant.. errmm macam tak fresh jerr.. tu yang tak beli tu...

ni menu berbuke petang ni.. meriah giler... macam2 ada.. ada karipap, rendang ayam, sup cendawan, ikan goreng.. dan buah tembikai.. errmm sedap tu


....from kekwa22 with love....

26 August 2009

pesal aku rasa sedih...



kenapa dgn aku nih....

sedih tahap terra...


....from kekwa22 with love....

Eh! wat yu talking?

aku pi library UTM semalam tehn aku ada pinjam beberapa buah buku. antara buku yang aku pinjam.. eerrmm buku ni.. le... menarik tu buku ni... kelakar giler.. bahasa yang di gunakan simple jer.. memang nice la. leka membaca.. then ketawa macam apa tah.. tapi ada pengajaran yang terselit di setiap lawak jenaka. buku ni bukan mengisahkan lawak bodoh tah apa2.. tapi jenaka yang kita kena berfikir atas apa yang di perbualkan. so, pagi ni aku pun explore la kat internet ni.. ada tak sesapa yang komen pasal buku ni...

then aku jumpe artikel nih...
Buku nipis dan simple Eh! Wat Yu Talking? ni mengandungi lawak jenaka dan cerita berunsur pengajaran yang dikumpul oleh penulis, mungkin dari pelbagai sumber, berkisarkan Pak Pandir, Mak Andih, Abu Nawas, dan watak-watak lain yang rasanya dicipta oleh penulis sendiri, dalam versi bahasa Inggeris. Pada mulanya penulis cuma berkongsi cerita ini dengan rakannya Dato' Ng Tieh Chuan. Tapi Dato' Ng sendiri tertarik dengan kisah2 ini lalu meminta beliau bukukan saja cerita2 tersebut. Nah, inilah hasilnya!

Apa pandangan saya tentang buku ini? Idea mengumpulkan itu sememangnya bernas. Di mana lagi boleh kita dengar cerita2 macam ni? Kalau di sekolah sekarang pun rasanya susah betul nak dengar cerita Pak Pandir ni. Tapi isinya? Oklah..sesuai dibuat santai. Pak Pandir bukan orang yang macam yang selalu kita dengar. Berdasarkan isi buku ini, serasa macam Pak Pandir tu bukan orang yang sama, dan duduk di tempat yang berlainan. Rasionalnya? Ada cerita Pak Pandir jadi hakim yang bijak di kampungnya. Ada pulak cerita Pak Pandir dengan Mak Andih yang 'kurang pandai' (sopan la daripada sebut bodoh) dalam menguruskan rumahtangga, tapi dalam masa yang sama diorang 'bajet' pandai dalam urusan tersebut. Macam-macam lagi yang bercanggah. Hmm musykil2...apapun saya teruskan jugak membaca sampai habis.

Cerita yang seronok dibaca bagi saya, hmm agaknya cerita Pak Pandir dengan seorang wanita di dalam keretapi..tajuknya 'The Pipe' (kisah 19, m/s 22). Pak Pandir tengah hisap paip dalam keretapi, lepas tu datang la seorang perempuan ni dengan anjing di pelukannya duduk setentang dengan Pak Pandir. Perempuan tu sangat2lah tak suka bau asap rokok tu. Dia konon2 bagi isyarat la supaya Pak Pandir berhenti merokok tapi Pak Pandir buat2 tak tau je. Maka, bila perempuan ni nampak Pak Pandir macam dah tidur, dia pun buang paip tu keluar tingkap keretapi yang tengah bergerak tu.

Pak Pandir sebenarnya nampak tapi dia diamkan je. Bila wanita ni pergi ke begnya dekat rak untuk ambil barang Pak Pandir pun buang anjing tu keluar tingkap. Then masa perempuan ni balik ke tempat duduknya, sedarla yang anjingnya dah hilang. Dia pun tanya Pak Pandir, mana anjing saya, nampak tak? Pak Pandir dengan selambanya menjawab, "Anjing awak pergi ambik paip saya tadi (Your dog went to fetch my pipe)."

Karekter lain dalam buku ni termasuklah Pak Him, Pak Mat, Pak Lah, isteri Pak Pandir (mungkin dalam buku lain disebut sebagai Mak Andih, tapi dalam buku ni tidak diberi nama kepada watak tersebut), anak Pak Pandir, Abu Nawas dengan Sultan, dan kadang-kadang ada juga tentang Pak Pandir dengan Sultan. Kebanyakan lawaknya sesuai tapi ada juga yang tidak. Contohnya jenaka yang mengaitkan Tuhan (Allah). Sampaikan dalam The Pony and The Buffalo (kisah 9, m/s 11), Pak Pandir pernah mengadu kepada Tuhan supaya membunuh kuda belaanya yang tak cukup tempat untuk berkongsi dengan kerbaunya. Tapi keesokannya kerbaunya pulak yang mati, bukannya kuda itu. Lalu Pak Pandir berkata "Dear God! You have been God for so long but it seems You are incapable of making the distinction between a pony and a buffalo. (Oh Tuhan! Kau dah menjadi Tuhan sekian lama tetapi nampaknya Kau tak mampu membezakan antara seekor kuda dan seekor kerbau)" Melampau! Saya faham niat penulis untuk dalam menjadikan lawak2 ini untuk merehatkan minda, tapi tegas saya ingin katakan cerita ini sesungguhnya tak relevan dan bukan boleh dibuat lawak jenaka, terutama apabila dikaitkan dengan Tuhan! Buku ini sepatutnya perlu diedit dari segi nilai agama dan kepercayaan juga, bukan mengambil kira nilai sastera Melayu semata-mata, biarpun bukan hanya dibaca oleh orang Islam. Adalah lagi, beberapa cerita yang 'meng-sarkastikkan' (maaf) orang/hukum agama ni (sekadar satu contoh, baca kisah 63, bertajuk Botox, m/s 91). Boleh ke blog Ulas & Kupas untuk info lanjut (antara yang saya tertarik dalam ulasannya ialah kata-kata gurunya tentang sarcasm).

Kalau diketepikan isu itu, secara umumnya buku ini sesuai dibaca oleh semua. Sebagai bacaan ringan sahajalah. Karikatur oleh E.Yu juga ada unsur kartun Melayu, alah yang ala-ala Lat gitu. Pemilihan font pun saya kira relevan, iaitu dalam format Comic Sans saiz 12. Tulisan kekomikan, tambah lagi saiz besar menjadikan buku ni mudah dibaca. Tak kira karikatur mahupun tulisan, dua-dua berjaya memberi impak bagus pada konsep komedi yang dibawa. Berminat? Belilah. Tak mahal, cuma RM12.90 je. - di petik dari http://helaianrindu.blogspot.com/2008/06/eh-wat-yu-talking-chronicles-of-malay.html

aku setuju dengan penulis nih... sebab aku pun merasai perkara yang sama. tak bosan membaca.. weeii baca aarr tak rugi tau.. tadi dok tido.. jer di bulan puasa ni, baik le mengisi masa lapang dgn membaca
....from kekwa22 with love....

Ramadhan ini

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!


artikel dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1885

....from kekwa22 with love....

Istimewa Saat Ramadhan


Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!


artikel dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1885

....from kekwa22 with love....

25 August 2009

lonely heart


knapa malam ni aku teringat lagi kat dia? kenapa aku mesti rasa sedih.. Ya Allah tolonglah buangkanlah ingatan aku ini.. aku tak mahu air mata ini mengalir lagi.. dah puas aku menangis selama ni...

tah le sehari dua ni sentimental lain macam jer.. tah le tak tahu aku kenapa jadi cam ni..

Ya Allah aku mohon padaMu agar kesedihan ini pergi.. jangan kembali lagi.. tak perlu untuk aku kenangkan atas apa yang telah berlaku... semuanya telah tersurat. Tabahkanlah hati ku ina Ya Allah. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segalanya...

....from kekwa22 with love....

selamat berbuke




ni menu berbuka hari ni.... jerr menu petang ni.. sambal tumis ikan bilis, ikan tongkol masak singgang, sayur stim sos tiram, kacang kelisa & puding roti.

ni 1st time aku wat puding roti.. sedap tu... siap ada kuah lagi...

then lepas tu wat misi menyelamat. nak tahu menyelamat... apa.. kucing yang dok atas syiling dari hari ahad sampai ke hari ni. kesian kat dia.. sampai nak mengiau pun serak suara dia. then masa bagi makan tu.. punya le berselera dia makan.. dan minum dengan gelojoh sekali. tapi memang kesian kat dia.. bukan tak mo tolong, tapi tak tahu ce mana nak tolong sebab tinggi tu syiling porch then mana ada tangga nak panjat. tapi hari ni dengan kerusi yang di lapik dengan bata, dapat gak kak norma mencapai kaki kucing tu dan di bawa turun... errmm kesian.. sangat2 kat dia...


....from kekwa22 with love....

gembiranya dalam hati...

hari ni sejuk giler kat opis. sampai aku selsema.. walaupun aku dah tutup air cond bilik ni.. tapi still lagi aku terasa sejuk. apa tah aku wat pagi ni.. errm tak banyak yang aku apat buat.. update part list cable then wat comparison digital board.

aku sempat gak pi UTM tadi, nak tanya pasal borang pengesahan tamat belajar. semuanya dah siap, tunggu nak pos jerr lagi. ok laahh tu. tetiba aku pelik bila aku tak leh log in dalam website UTM. siap ada nota lagi, anda adalah graduan... perrgghhh best tu... senarai nama dah keluar. 2 orang jerr pompuan... jangan tak tahu... wah.. jangan riak.. tak baik.. yang aku kenal dalam senarai ni.. errmm abang wan, ipin, zali & lagi sorang pompuan tu of coz la kenai... hehehehe.. alhamdulillah segala penat lelah aku berbaloi selama ni. walau pun masa ni aku tengah bergelut dengan hati dan perasaan. segala macam ujian bertandang. hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk aku belajar.. Alhamdulillah.
ni baju aku yang aku dah siap jahit. errmm baju raya ke? errmm tak kot ni cuma baju kurung. dah lama aku tak menjahit. mana2 baju yang aku nak pakai masa solat aidilfitri nanti belum decide lagi. sebabnya masih ada 2 pasang lagi belum siap sepenuhnya..


kak norma cakap yang warna coklat ni, nampak cam kaler orang tua2. errmm tu la pasainya.. tapi na wat cemana.. dah semua kedai2 dok jual kain yang kaler2 cam ni jerr.. sampai aku tak ada pilihan.. so, dalam banyak2 ni.. hanya yang ni jerr aku berkenan. semua trend ni skrang ni.. katanya nama kain ni satu malaysia.. errmm tah la. tapi yang pastinya aku pun tak berapa berkenen ngan coraknya walaupun jenis kain ni aku suke. ada lagi 2 belum siap lagi.. kiranya tahun ni paling sikit aku ada baju baru le.. errmm bukannya tamak tapi sebab aku jahit sendiri baju aku.. so, nak wat berapa tu.. tak jadi masalah. yang jadi masalah adalah rajin & malas jerr.. kan kan kan

kak norma suke sangat ngan baju aku yang cam ni.. dia kata sweet jer.. dulu masa kecik2 mak cakap baju raya jangan tunjuk kat orang sebab nanti nampak buruk. then aku pun percaya le.. bila baju dah siap jerr.. simpan tu siap sorok2 lagi sebab tak mahu baju jadi buruk.. tapi sebenarnya moral of the story, mak aku penat tengok aku melaram dengan baju baru.. sehari berkali2 mencuba, pada hal bukan ada apa yang berubah pun.. hehhehee poyokan. ala.. biasa la.. budak2 apa lagi nak buat dalam bulan pose cam ni.. bukan bleh main meriam pun.. just cuba baju raya jerr

tetiba aku teringat malam tadi, kenapa air mata aku laju jerr keluar tanpa tersekat2 cam selalu.. seolah2 paip bocor. sedih aarrr sedih sangat2. bukan apa.. cuma terkenang semasa dulu.. aku bukan nak kennag pun.. tapi tah le tetiba jerr.. dah le masa tu time2 tido. mata pun dah tak larat nak celik, time tu le terkenangkan memori lama.. errmmm sedih tu.. lama gak aku layan blues.. maklumlah dah lama tak terkenang....


....from kekwa22 with love....

24 August 2009

hari yang bz

today bz giler.. aku rasa aku ada kat tempat aku..ada la dalam 2 jam jerr.. lain2 tu aku ada kat production, dlm sore, jumpe supplier dan macam2 lg aku buat.. tu pun ada mende yang tak sempat siap. aku tak sempat nak study digital board hari ni. sebenarnya untuk radio nyer digitalboard, nak upgrade.. emm macam2. hari tu downgrade ni nak upgrade plak.. errmm layan jerr la..

dulu masa lomjadi engineer, aku nak jadi sangat.. bila dah jadi.. aku terfikir plak.. apa bestnya jadi engineer nih... errmm apa errkk.. ada gak le yang best..dan ada gak lerr yang tak best.. yang bestnya bila nak develope new product. weeii teruja tu.. banyak giler nak kena study.. then masa nak wat proposal.. for new project & PPC.. yang ni mencabar gilerr.. yang tak bestnya.. apa errkkk. errmm macam2 gak.. spt orang len slalu pandang cam poyo jerr bila aku nak wat improvement.. bengang betul...

aku balik awal hari ni. pukul 5 dah balik ambil kesempatan office hour balik umah. masak ni lerr.. ada gak persamaan dgn semalam.. lengkong semalam & buah limau.. petang ni aku masak udang sweet sour & sup cendawan campur tauhu lembut. then kak norma bawa balik bubur lambuk & buah dukong. ikan masak taucu. macam-macam ada...

selamat berbuke...



....from kekwa22 with love....

23 August 2009

hari2 yang cerah

aku nih baru balik dari muaz. tahun ni aku nak berterawih kat muaz. seronok aku rasa kat sana.. sebab meriah.. aarrgghh kat mana2 pun sama jerr kalau berterawih. hari ni kurang sikit mengantuk. tak macam semalam.. aku sampai nak tertumbang sebab terlalu mengantuk.. tapi aku tak tau plak sama ada aku terlelap ataupun tak.. tapi seriusly, mujur tak tumbang.. kalau tak wat malu jerr...

petang ni, ni le juadah berbuke. simple jer.. tapi bila makan kenyang tahap dewa tu.. tak masak apa pun. ikan masak taucu, campurkan buncis dengan kuah kari semalam sebagai sayur. ada lengkong yang comel lote cam orang yang wat dia.. heheheh poyo jerr.. ada timun skit, limau dan errmm tengoklah sendiri apa yang ada. hehehehe. aarrgghh mata dah tak leh celik dah ni.. errmm gudnite.. see u on sahur.. u? heheheh tah... my blog la.. sapa lagi


....from kekwa22 with love....

1st day berpuasa

hari ni ni melepak jerr kat umah.. tk kuar pi mana kot.. dok umah jer.. malam nanti jerr kuar pi terawih. apa yang aku buat hari ni.. dok menjahit sambil tengok the lagend. errmm siap dah le baju orang sebelah.. best gak citer nih.. menjahit pun tak bosan.. ni le baju yang dah siap tu..

ni nak citer pasal citer the lagend yang aku dok tengok tu... best ooo citer dia..citer ni dah lama. tapi aku jerr baru tengok.cerita dia mengisahkan raja dewa2.. tah apa2 tah.. tapi aku layan jerr... tapi aku memang suke cerita hayalan cam nih... sebabnya.. layannn jerr la.. walaupun ada adegan yang tak masuk akal.. tapi jalan citer dia menarik.. so, aku pun tertarik le.. citer storm rider pun aku ske.. tapi dalam citer ni nama lain dia wind & cloud.

petang ni aku nak masak apa tah.. lom ada idea. ni menu semalam

1st time aku buat puding karamel. perrgghh sedap giler... tak sangka la plak. then kari ikan kembung. kailan taucu. ikan goreng dan macam2 lagi.. hehhe.. malam pi solat terawih. insya Allah malam ni aku pi lagi..

....from kekwa22 with love....

21 August 2009

Ramadhan menjelma

Wah tak sangka.. kejap jerr masa berlalu.. kini Ramadhan muncul lagi. setahun rupanya masa dah berlalu.. pantas betul. harapan aku agar di bulan yang mulia ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.

ni niat puasa.. mana la tau kalau2 dah lupe.. tapi hopefully tak ada yang terlupa.




HARAPAN RAMADHAN (Man Bai & Raihan)

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintah NyaMoga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…dengan Rahmat Mu oh Tuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
Album : Maafkan - Raihan 1999



....from kekwa22 with love....

20 August 2009

19 August 2009

today blues

hari ni aku pi wat lawatan ke supplier company tu nama apa tah.. GMS Engineering & services... ada banyak arr machine yang canggih2. CNC machimne pun ada. besar tu.. yang aku tgok kat TPM pun tak de la sebesar yang diarang nyer. aku berbangga kerana company melayu dah canggih cam tu,... huh.. hebat tu... . rupa-rupanya diaorang develope lazer printing marking machine. fuh.. hebat tu machine kalau nak beli beratus ribu. ni pec office yang kat kajang untuk mechanical assembly proces








tengah hari tu.. lunch kat bangi. errmm bangi.. n banyak kenangan aku kat bangi nih.. errmm tak perr la.. abaikan jerr.. usah di kenang.

ni menu malam nih. 3 jenis jer.. tapi sedap... masak lemak daging, kacang buncis goreng & ikan masin... sedap sampai menjilat jari. sedap tu..
sebelah malam, aku tak wat apa pun.. borak2 dgn kak norma & ogie plak merajuk dgn bfren dia. hehhehe orang bercinta bleh le merajuk2 nih. aku? errmm apa yang aku dapat kalau aku merajuk?.. then nak merajuk ngan sape? huh! tak de makna nya...


....from kekwa22 with love....

18 August 2009

Doaku

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu
Tuhan yang Maha Pemurah lagi maha penyayang
agar segala urusan ku di permudahkan
urusanku di dunia dan di akhirat

Ya Allah, engkau luruskan hatiku..
supaya aku tidak menyimpang dari jalan Mu
Sesungguhnya aku bermohon padaMu ya Allah yang hatiku berada dalam tanganMu..

kurniakanlah hatiku kekuatan, ketabahan, ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur

Kurnikanlah taufiq dan hidayahMu padaku

berkatilah hidupku..
Aku bermohon ketetapan hati ya Allah

untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ya Allah.
Hatiku goyah ya Allah... imanku tipis.
Kurniakanlah hati ini kekuatan...
Kurniakanlah ketabahan buat ku...
ketenangan dan kedamaian, kurniakanlah hatiku secebis kedamaian
dari taman-taman syurgaMu ya Rabbul Izati.
Berilah kekuatan buat diri ini

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui

apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan,

maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaianku.

Dan Engkau mengetahui segala hajatnya,

maka kabulkanlah permohonannya.

Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu

keimanan yang selalu mendampingi hatiku,

keyakinan yang kuat sehingga aku mengerti

bahawasanya tidak akan menimpa dirinku

kecuali apa yang telah Engkau tentukan bagiku

dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa diriku

Adalah ujian dari Mu
Ya Allah sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya


....from kekwa22 with love....

17 August 2009

dun no how to describe

aku tak tau cam na nak describe ce mana perasaan aku sekarang ni.. cuma dengan cara ni jerr aku luahkan.. how i feel..








....from kekwa22 with love....

happy saturday

actually ni le 1st time aku pi pusat sains negara. sebelum ni mmg tak pernah. lagi pun tak teringin pun nak gie.. heheheh orang kata tak ada dalam senarai. tah. tak tahu kenapa.. apa lagi tempat yang aku lom pergi sepanjang dok kl nih.. errmm muzium negara, planeterium negara, menara kl errmm dan banyak lagi la tempat yang lom menjejakkan kaki. sebenarnya pusat sains ada wat game explore race. aku tak de la join dia nyer race. tapi just jadi urusetia jerr.. penat ooo kalau jadi peserta. tapi jadi urusetia, enjoy jerr...

aku pun tak tau ce mana tetiba jerr aku boleh terlibat dalam event ni... errmm best jugak. daripada tak wat pe kat umah, so ada gak la aktiviti aku on saturday. biasanya kat umah pun aku ada aktiviti gak.. tak de la melepak jerr tak tentu pasal. aku jarang tengok tv. tak tahu le kenapa. sbbnya may be dah lama sangat tak tengok tv tu yang hilang mood tengok tv tu. kat umah bukannya tak ada tv. ada, sampai 2 tv lagi. tapi tak tengok gak.. eerhh apa aku citer pasal tv plak.. tadi nak citer apa yang aku wat on saturday kat pusat sains negara.

aku kagum n best betul bila tgok robot2 nih.. kalau aku dapat jadikan koleksi.. errmmm best tu..

ni salah satu specis yang ada kat pusat sains negara. hehehe.. lembut jerr dia nyer material for badan. tapi nampak cam garang.. hehehehe best pegang dia.. wah.. tetiba aku teringat citer night at the mesuem. bila pukul 12am jerr semua patung2 bernyawa..
ni panorama masa pagi2. maklumlah semuanya under preparation.
ni check point last sekali. pentas utama. errmm sapa yang cepat sampai.. maka dialah yang jadi pemenang. tempat pertama tiket penerbangan serta penginapan ke pukhet. kedua tiket penerbangan serta penginapan ke langkawi & ketiga tiket pergi balik ke redang island.


then balik daripada tu aku pi bangsar.. errmm tak sangka plak aku nak p jumpe is. mulanya dah malas dah nak gi tapi tak tau tetiba jerr tuko plan. errmm rasanya kawan ngan dia dah dekat 2 tahun tapi lom pernah jumpe. nice person. kelakar. suke ketawa. best dapat jumpe dia.. then gi exibition dia.. lat cartoons. eerrmm yang bestnya one of karikatur.. errmm betul ke bahasa aku ni.. rasanya betul dah lat lukis on my birthday.yang kelakarnya bila jumpe one's of his officemate. sebabnya satu masa dulu dia ni le yang tak bagi aku kawan ngan is.. pada hal aku masih blur & tak tahu apa2. tetiba dia buruk2kan is pada aku.. poyo jer.. bila jumpe dia, dia pun tahu yang dan terus jerr kenal aku ni.. satu masa dulu pernah contact aku. tapi may be sebab dia ada niat something .. tu yang tak kekal kawan ngan dia. tapi dengan is.. boleh kawan hingga ke hari ni..

....from kekwa22 with love....

14 August 2009

errmm entahlah

hari ni aku keje banyak.. mula2 aku bersemangat jer.. then semangat tu hilang lenyap cam tu jerr...tapi aku boring n bosan. cam putus fius jerr aku nih.. errmm entahlah. bila aku jadi cam nih kan.. mula aarr aku bengang. then mood nak wat ape pun hilang.. entahlah aku rasakan.. baik aku sensorang jerr.. kalo aku sensorang, sure nyer aku tak di hidangkan cerita2 seumpamanya.. tapi aku tak salahkan diorang sebab tu adalah kehidupan diaorang... entah lah.. cam better jerr aku jadi lone ranjer cam dulu2.. petang pulak dah bz la pulak. aku bajet nak bermalas2 then 5.30pm trus balik. nampaknya tak kesampaian hajat aku. macam2 hal la pulak nak kena handle.. tapi tu la.. dah namanya kerja.. malam tu aku pi meeting sempena umah kat ukay bistari yang terbengkalai dah 2 tahun. ramai gak yang datang. dalam ramai2 tu.. aku nampak la pulak dia. sajerr jerr lalu depan aku. aku tak tau sama ada dia perasan aku atau pun tak. errmm lantak pi lah...

....from kekwa22 with love....